10 Tips Berguna Sebelum Memilih Perabot Baru Untuk Rumah Anda
Home Products Home Items

10 Tips Berguna Sebelum Memilih Perabot Baru Untuk Rumah Anda

Liani

View  3  Times

2016-02-16 17:51:59

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:
Price: 100.0  Negotiable:
Contact Person: tiada
Contact Phone: 00-00000000
Address:
Please mark the map position
  • Bank Account:

10 Tips Berguna Sebelum Memilih Perabot Baru Untuk Rumah Anda

Label:

Sama ada beli perabot untuk rumah baru, menambah perabot sedia ada atau menggantikan perabot lama yang telah usang, pemilihan perabot baru kadang-kadang memang boleh buat anda pening kepala.


Pemilihan perabot yang tepat memberikan impak yang besar terhadap saiz ruang rumah, keselesaan, susun atur, kekemasan dan yang penting bagaimana wajah dalam rumah anda nanti. Kerana rumah diibaratkan seperti syurga. Rumahku...Syurgaku. Setiap kita pastinya inginkan yang terbaik untuk menghiasi syurga dunia.


Sebab itu, bagi mereka yang hendak membeli perabot, perlulah ada perancangan rapi dan info asas dalam pemilih perabot supaya nanti tidak menyesal pula dengan apa yang telah dilaburkan. Maklumlah, perabot pun bukan murah harganya dan tidak semua orang mampu membelinya setiap tahun.


Tips di bawah ini mungkin dapat bantu anda dalam pertimbangan sebelum memilih perabot yang diidamkan :





1  Pemilihan Tema & Gaya


Tujuan pemilihan tema & gaya adalah supaya anda tidak ‘kelabu mata’ di kedai perabot nanti. Maklumlah, di kedai perabot yang besar-besar, ada banyak pilihan yang boleh rambang mata dibuatnya. Adakalanya pembeli begitu mudah tertarik dan membeli berdasarkan pendapat jurujual yang sebenarnya tidak pernah lihat pun dalam rumah anda! Jadi, andalah sebenarnya yang berkuasa penuh untuk menentukan sendiri pemilihan perabot untuk rumah dan tema yang dipilih.


Penentuan tema dan gaya bergantung pada faktor personaliti anda. Anda mungkin menyukai konsep moden kontemporari, antik dan vintaj, gaya English dan sebagainya. Tergantung pada minat anda.


  



2 Menentukan Warna Pilihan


Apakah warna dinding rumah anda? Pastinya rumah anda mempunyai warna yang telah dicatkan. Pemilihan warna perabot yang lebih neutral adalah lebih fleksible. Berkemungkinan anda ingin mengubah mood suasana rumah anda dari semasa ke semasa. Pemilihan warna perabot lebih penting daripada pemilihan cat rumah. Warna perabot yang neutral lebih senang dipadankan dengan apa saja warna dinding. Warna perabot perlulah berpadanan dengan semua warna supaya nanti anda tidak perlu berulang-kali menukar perabot.








3 Keluasan Ruang


Ini yang biasanya pemilik rumah paling malas lakukan iaitu mengukur setiap ruang utama rumah seperti ruang tamu, bilik tidur dan dapur. Elakkan daripada memilih saiz perabot dengan teknik  ‘agak-agak’ sahaja. Ingat... Jika anda silap pilih perabot, susun atur rumah boleh jadi lebih sempit atau sebaliknya. Tidak semua orang mampu beli perabot setiap tahun. Buat sedikit nota catatan ukuran setiap sudut ruangan rumah anda.




4 Lakaran


Selain ukuran sudut, lakaran juga penting iaitu susunan dekorasi ruangan tertentu dan jenis perabot yang bakal diletakkan di ruang itu. Tanpa imaginasi dan lakaran susun atur perabot, agak sukar untuk tentukan apa yang bakal dibeli semasa berada di kedai perabot.   




5 Tentukan Keutamaan Kualiti Setiap Perabot


Tidak semestinya semua perabot rumah perlu berkualiti dan mahal. Anda perlu tahu keutamaan setiap perabot yang bakal dibeli. Sebagai contoh, anda ingin menggunakan kerusi sofa yang sama untuk jangka masa 5 tahun ke atas. Jadi , tidak salah jika melaburkan wang yang lebih banyak untuk sofa anda.

Begitu juga jika sebaliknya anda cuma memerlukan meja kecil untuk hiasan bunga meja. Anda mungkin tidak perlukan meja kecil berkualiti tinggi dan mahal-mahal.




6 Ciri-Ciri Keselamatan


Ciri keselamatan perabot juga perlu diberi perhatian terutama bagi yang mempunyai anak-anak kecil. Kenal pasti ciri perabot seperti ketinggian,berat, bucu tajam, kebersihan seperti habuk yang melekat da lain-lain. Ini penting kerana ada kes kanak-kanak yang terkena bucu almari tajam, ditimpa perabot,  jatuh dari almari dan sebagainya.




7 Pertimbangkan Perabot Terpakai


Bagi yang tidak kisah dan ingin mengurangkan kos, bolehlah pertimbangkan perabot terpakai. Ada banyak kedai perabot terpakai yang anda boleh dapatkan pada harga murah dan masih dalam keadaan baik. Tapi anda hendaklah lebih berhati-hati dan pastikan betul-betul keadaan perabot sebelum dibeli.



8 Survey


Buat survey lebih daripada 1 kedai dan bandingkan dari segi rekabentuk dan harga yang ditawarkan. Setiap kedai pasti mempunyai rekabentuk perabot berbeza. Beri masa kepada diri sendiri secukupnya untuk buat pilihan supaya tidak ada penyesalan nanti selepas membeli.


9 Jangan Beli Semua Perabot Dalam Satu Masa


Kadang-kadang adalah lebih selamat dari segi kos jika anda beli mengikut item. Perabot yang dibeli secara pukal boleh jadi lebih mahal dari yang anda sangkakan. Mungkin juga akan berlaku dimana anda tidak benar-benar menyukai atau memerlukan perabot tersebut setelah dibeli. Jadi, elakkan beli secara pukal


10 Beli Ikut Kemampuan


Akhir sekali, belilah ikut kemampuan kewangan anda. Bukan mengikut kehendak. Anda tidak perlu tergesa-gesa mendapatkan kesemua perabot serentak. Kenalpasti dulu perabot mana yang lebih diperlukan, dan belilah mengikut keperluan dan kemampuan.





I want to evaluate

Score:
Recommended

The Top 7 Online Shopping Sites In Malaysia

Rin Enzyme

KEDAI MOTOGEAR-KAJANG

I Love Snack Food

Papadog pet services