Senarai pilihan tempat beriadah di Hujung Minggu
Home Products Sports/Outer/Travel

Senarai pilihan tempat beriadah di Hujung Minggu

Mohd Khairul

View  2  Times

2015-10-26 16:05:59

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:
Price: 10.0  Negotiable: No
Contact Person: Travel
Contact Phone: 0120000000
Address: Selangor-Rawang Selangor
Please mark the map position
  • Bank Account:

Senarai pilihan tempat beriadah di Hujung Minggu

Label:

 

 

Senarai Pilihan Tempat beriadah di Hujung Minggu

 

 

Waterfall 1.jpg

by Khairul kaharuddin on October 26

 

Ingin beriadah? Bagi mereka yang sentiasa sibuk dengan urusan harian dan bekerja pastinya menginginkan
satu masa untuk berehat dan melapangkan fikiran dengan melakukan aktiviti riadah di hujung minggu
t
erutamanya bagi warga kota yang tidak berkesempatan untuk pergi bercuti, terutamanya di tempat-tempat
yang jauh seperti di langkawi, tioman kerana jadual yang sibuk, berikut adalah tempat untuk beriadah dan
mandi-manda yang sesuai di kunjungi di sekitar selangor

 

 

 

1 - Air Terjun Sungai Chiling

 

Waterfall 3.JPG

 

Lokasi Terletak di Kuala kubu Bharu Selangor. Sungai Chiling adalah antara tempat riadah terkenal
di kalangan penduduk Hulu Selangor, ini adalah kerana air terjun sungai chiling adalah antara yang
tercantik di Selangor, Banyak aktiviti menarik seperti Jungle Tracking. Sesuai bagi mereka yang
inginkan suasana mencabar di dalam hutan

 

Waterfall 5.jpg

Pemandangan Panorama Air Terjun Sungai Chilling.

 

Untuk sampai anda perlu melalui jalan daripada Serendah terus ke Kuala Kubu Bharu seterusnya
ke destinasi anda perlu melalui jalan selepas pekan kecil kuala kubu. bagi GPS anda perlu menetapkan
ke lokasi berikut : 3.589090 101.735114 

 

 

2 - Pusat Rekreasi Alang Sedayu

 

Waterfall 7.jpg

 

Terletak di Jalan Bentong Lama Gombak / batu 12 Gombak. Pusat rekreasi ini adalah antara tempat 
sesuai bagi kumpulan sama ada keluarga atau bagi mereka yang ingin membuat program rekreasi.
Untuk
 maklumat lanjut sila layari http://kemsedayu.com sekiranya anda merancang untuk melakukan
aktiviti riadah.

 

Waterfall 8.jpgWaterfall 9.jpgWaterfall 6.jpg

 

Antara aktiviti riadah yg ada di Alang sedayu antaranya adalah Paintball, Kayak, Jungle track dan banyak
lagi aktiviti 
berkumpulan. Anda perlu melalui jalan bentong lama gombak untuk sampai ke pusat rekreasi ini. 

 

Kordinat terletak di : 3.302769, 101.736827 - Layari Laman sesawang kemsedayu.com untuk maklumat



 

3 - Amverton Cove Golf & Island Resort

 

Waterfall 11.jpg


Anda tidak perlu mahir ataupun tahu mengenai permainan Golf untuk bercuti di Amverton Cove
Golf & Island resort. Lokasi pusat riadah ini bertempat di selatan pelabuhan Klang dan utara
bandar banting, antara tarikan popular di tempat ini adalah pelbagai jenis makanan laut boleh
di nikmati di sini seperti ketam, udang dan pelbagai jenis ikan

 

Antara lain aktiviti untuk pengunjung bagi melepaskan stress dan penat bekerja adalah SPA,
Gymnasium, Aktiviti memanah, dan juga aktiviti lasak eg “Flying Fox”, dan ATV.

 

 

4 - Air Terjun Kemensah, Ulu Klang

 

Waterfall 12.JPG


Terletak tidak jauh daripada Zoo Negara Tempat ini sesuai bagi mereka yang mahu menikmati
suasana alam semulajadi dan untuk mereka yg suka ber-barbeku sambil mandi di sungai atau
di air terjun, Terdapat juga sukan ekstrem ATV dan lain-lain.

 

Waterfall 13.jpgWaterfall 14.jpgWaterfall 15.jpg


Terdapat juga kemudahan Chalet yang boleh disewa semalaman yang membolehkan seisi
keluarga bersantai tanpa perlu keluar jauh daripada bandar.

 

Pastikan anda membawa makanan yang lebih kerana agak sukar untuk mendapatkan
bahan makanan disini. juga pastikan anda membuat tempahan awal sebelum berkunjung
untuk mengelakkan k
ekecewaan sekiranya tempat telah penuh.

 

 

5 - AVANI Sepang Goldcoast Resort

 

Waterfall 16.JPG


Bagi mereka yang pertama kali datang ke AVANI Sepang Goldcoast Resort, anda akan dapat
meluangkan masa beriadah dan berehat dengan suasana yang boleh memuaskan hati anda,
terutamanya dengan suasana Suite yang bersih, Luas dan moden,

 

Waterfall 19.jpgWaterfall 17.jpg

 

Waterfall 18.jpg

 

Anda akan dapat menikmati pemandangan laut, ombak dan matahari terbenam di balkoni anda
yang unik- dibina di atas permukaan air laut. Perkhidmatan juga adalah antara yang terbaik seperti
hidangan buffet, kenderaan golf cart, Cenderahati dan juga Persembahan hiburan.

 

Di selangor khususnya pada kebiasaan, pantai tidak begitu menarik. tetapi pihak resort telah
menerapkan rekabentuk dan suasana yang cantik untuk pengunjung nikmati

 

 

6 - Gold Coast Morib Resort, Banting

 

Waterfall 20.jpg

 

Menyerupai Taman tema, Gold Coast Morib ini terletak di Kuala Langat. Lokasi resort adalah 
menghadap ke Selat Melaka. 

 

Waterfall 21.JPG
 

Tempat ini biasanya adalah pilihan bagi mereka yang suka mengunjung terutamanya pada hujung
minggu dan ketika musim cuti sekolah. 

 

Tempat ini juga menawarkan pemandangan paya bakau dan laut yang menarik, dilengkapi juga dgn
672 bilik penginapan studio suite dengan jakuzi peribadi, 
Taman tema Air, Amfiteater, Kolam renang
dan Dewan bankuet yang boleh menampung terus sehingga dua ribu orang dalam satu-satu masa.

 

 

7 - Air terjun Kanching, Selayang

 

Waterfall 22.JPG

 

Destinasi berikutnya adalah Air terjun Kanching, Selayang. lokasi adalah berhampiran di antara
Sebelum bandar rawang dan selepas Selayang. 3 Kilometer daripada Templer Park. Untuk ke
lokasi ianya lebih dikenali sebagai Hutan Lipur Kanching / Kanching Waterfalls.

 

Tempat ini juga dilengkapi dengan laluan pejalan kaki sepanjang air terjun. di beberapa
kedudukan tempat juga sesuai untuk di adakan aktiviti perkhemahan dan berkelah

 

Waterfall 23.jpgWaterfall 24.jpg


Tempat ini biasanya akan dipenuhi oleh pengunjung pada hujung minggu untuk beriadah. Antara
lain kemudahan yang disediakan adalah kemudahan asas iaitu tandas awam, tempat persalinan,
Gerai untuk menjaja dan kawasan kemudahan meletak kenderaan.

 

Luangkan masa anda untuk beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan di hujung minggu atau
ketika percutian, tidak semestinya perlu untuk pergi ke destinasi yang begitu jauh untuk merehatkan
minda dan seterusnya dapat juga meluangkan masa untuk keluarga dan juga rakan-rakan.

 

selamat beriadah!

 

I want to evaluate

Score:
Recommended

JUTA HERBS MARKETING

The Top 7 Online Shopping Sites In Malaysia

TSM ELECTRIC TRADING

JS Adiwarna Publications

KEDAI MOTOGEAR-KAJANG