Kenali Jenis-Jenis Buah Mangga
Home Products Food

Kenali Jenis-Jenis Buah Mangga

Nur Syahera

View  1  Times

2015-09-01 12:44:53

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:
Price: 5.0  Negotiable: No
Contact Person: Tiada
Contact Phone: 00-00000
Address: Kuala Lumpur-KL City Kuala Lumpur
Please mark the map position
  • Bank Account:

Kenali Jenis-Jenis Buah Mangga

Label:

Kenali Jenis-Jenis Buah Mangga

 

Buah mangga atau nama saintifiknya ialah Murr Mangifera Indica L yang berasal dari keluarga Anacardiaceae ini merupakan salah satu buah yang digemari ramai.Buah mangga juga merupakan tanaman buah-buahan tropika yang popular ditanam di Malaysia samada secara komersial ataupun tidak. Siapa yang tidak suka akan buah mangga pasti akan rugi kerana keenakan buah mangga yang manis bila sudah matang dan juga boleh dimakan dengan pelbagai cara seperti membuat rojak buah, kerabu mangga dan sebagainya.Namun, tahukah anda yang buah mangga ini mempunyai pelbagai jenis yang perlu anda ketahui.

 

Antara jenis buah mangga adalah :

 

surprise Mangga Harumanis

 

image.jpg


 

Mangga harumanis merupakan buah yang berasal dari Sungai Nibong, Kuala Selangor ini berbentuk lonjong dengan purata berat sebiji sekitar 340-450 gram.Kod buah mangga harumanis ini adalah MA 128. Warna kulit harumanis ini adalah hijau dan akan bertukar hijau gelap atau hijau sederhana apabila sudah masak atau matang. Untuk isi buah mangga harumanis ini pula berwarna kuning dan sedikit oren dengan rasa yang amat sedap,manis dan berjus dengan aroma yang kuat.

 

surprise Mangga Golek

            mangga-golek-2-horz-01.jpg

 

Mangga Golek atau dikenali sebagai mangga Foo Fatt ini berbentuk lonjong panjang yang mempunyai berat sekitar 600-650 gram. Kulit buah akan menjadi hijau kekuningan atau hijau cerah apabila sudah masak dan matang.Manakala warna isi mangga golek ini adalah oren dan mempunyai sedikit fiber.Buah mangga golek ini agak sukar dijumpai ditanam secara komersial di negara kita. Kod untuk buah mangga golek ini ialah MA162.



surprise Mangga Mas Muda / Melele

    

    kweni.jpg

    

Buah mangga Mas Muda yang mempunyai bentuk bulat panjang ini mempunyai berat sekitar 350-400 gram. Warna buah mangga ini mempunyai kulit berwarna hijau cerah dan apabila sudah matang dan masak, warnanya sama sahaja iaitu hijau cerah.Isinya yang berwarna kuning cerah dengan tekstur yang halus. Manakala rasanya masam masam manis.Kod untuk buah mangga ini adalah MA 204. Buah mangga mas muda ini kurang ditanam oleh petani kerana kurang mendapat sambutan.

 


surprise Mangga Maha 65

 

MA165.jpg

 

Buah Mangga Maha 65 ini mempunyai bentuk yang panjang dan lonjong dengan berat sekitar 550-600 gram sebiji. Buah mangga maha 65 ini mempunyai warna hijau muda dan akan menjadi warna kuning kehijauan apabila sudah masak dan matang. Manakala isinya akan berwarna oren pekat dengan rasa yang manis dan masam. Pokok mangga ini biasanya ada ditanam di kawasan taman perumahan.Kod untuk buah mangga ini ialah MA 165.



surprise Mangga Nam Dok Mai

 

    

 

Buah mangga Nam Dok Mai ini adalah buah mangga yang berasal dari Thailand. Buah mangga ini mempunyai bentuk bujur dan membengkok sedikit di bahagian hujung. Berat sebiji buah mangga ini adalah 400-450gram. Kulit bah mangga ini berwarna kuning keemasan san isinya pula berwarna kuning. Manakala rasanya manis, berbau harum, berjus dan agak bersabut sedikit.Kod untuk buah mangga ini ialah MA 223.



surprise Mangga Chauk Anan

    

    

Buah mangga Chauk Anan ini sama seperti buah mangga Nam dok Mai kerana kedua-dua buah mangga ini berasal dari Thailand.Buah mangga Chauk Anan ini berbentuk bulat lonjong dengan warna kulitnya hijau ketika muda dan menjadi kuning apabila sudah masak dan matang. Manakala isinya mempunyai warna kuning oren dengan tekstur yang sederhana dan rasa yang manis. Berat sebiji buah mangga ini adalah antara 300-400 gram.Apa yang menariknya buah mangga ini adalah,buah ini mampu berbuah sepanjang tahun.Kod buah ini adalah MA224.

 


surprise Mangga Gedung Gincu

    

 

Buah Mangga Gedung Gincu ini mempunyai warna kulit yang lain dari yang lain kerana warna kulit mangga gedung gincu ini adalah berwarna oren kemerah-merahan. Bentuk buah mangga ini bulat tanpa lekukan dan isinya tebal dan berserat halus dengan rasa yang manis dan harum.Berat sebiji buah mangga ini antara 200-250 gram.



surprise Mangga Sala


 

Buah mangga sala ini dipercayai berasal dari Thailand. Bentuk buah mangga ini mempunyai bentuk lonjong bulat dan sedikit panjang. Berat sebiji buah mangga ini adalah antara 300-4560 gram. Warna kulit buah mangga ini adalah berwarna hijau muda dan warnanya akan sama walaupun sudah masak dan matang. Untuk isi buah mangga ini, ianya berwarna kuning oren dengan rasa yang sedikit masam dan manis.Buah mangga ini agak kurang diserang oleh serangga ataupun ulat.

       

I want to evaluate

Score:
Recommended

GenX Technology Sdn Bhd

Gasing Veterinary Hospital

Vending Massage Chair

KEDAI MOTOGEAR-KAJANG

Pet daddy