Teater muzikal Mencari Sumaiyah terbaik dan WAJIB TONTON
Home Products Others

Teater muzikal Mencari Sumaiyah terbaik dan WAJIB TONTON

nurulfadh13

View  1  Times

2016-08-09 14:31:40

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:
Price: 40.0  Negotiable:
Contact Person: Air asia red tix
Contact Phone: 03-40265558
Address:
Please mark the map position
  • Bank Account:

Teater muzikal Mencari Sumaiyah terbaik dan WAJIB TONTON

Label:

Mencari_Sumaiyah.jpg


Pengarah: Dira Abu Zahar
Pengarah Kreatif: Dato’ Hans Isaac
Penerbit: Hyper Pictures Sdn. Bhd. dan Tall Order Sdn. Bhd. dengan kerjasama
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Pelakon: Erra Fazira, Afdlin Shauki, Sherry Alhadad, Nadia Aqilah, Aisya Hasnaa, Ruzana Ibrahim, Nasz Sally


9


6


8


Semalam bermulanya hari pertama pementasan teater amal 'Mencari Sumaiyah' . Teater ini diarahkan oleh pelakon terkenal Dira Abu Zahar bersama pengarah kreatif Hans Issac. Teater ini menampilkan barisan pelakon yang terbaik diantaranya Erra Fazira, Afdlin Shauki, Sherry Al Hadad, Nadia Aqilah, Ruzana Ibrahim dan Aisya Hasnaa.


15


16


Mencari Sumaiyah mengisahkan tentang empat orang tukang jahit, Zaitun, Faridah, Mariam dan Salmi yang berasal dari Kampung Rukun dalam merealisasikan impian mereka untuk bergelar tukang jahit terkemuka. Dalam keempat-empatnya mengejar impian, nilai persahabatan mereka akan menemui pelbagai ujian.

Pada satu hari, kedai jahit Zaitun, Faridah, Mariam dan Salmi didatangi seorang pelanggan dari Kuala Lumpur. Pelanggan tersebut menyaksikan bakat mereka yang begitu sofistikated tetapi hairan dengan kesederhanaan kedai mereka. Pelanggan tersebut mencadangkan agar mereka memohon geran untuk peniaga kecil di Kuala Lumpur bagi melebarkan lagi sayap mereka.


2


3


7


Berbekalkan minat mereka terhadap artis Maya Sue yang dilakonkan oleh Erra Fazira, mereka ke Kuala Lumpur untuk bertemu artis pujaan mereka bagi menjadikan impian mereka pakaian artis tersebut seterusnya usaha mendapatkan dana kerajaan sebanyak RM 1 juta . Pelbagai onak dan ranjau ditempuhi.. Dalam mengejar impian, nilai persahabatan mereka akan menemui pelbagai ujian. 


4


12


13


Dari sinilah mereka bermula untuk melangkah keluar dari zon selesa di kampung dan berhijrah ke kesibukan kota Kuala Lumpur.

Dapatkah mereka mengharunginya atau adakah mereka akan berputus-asa? Persahabatan, perpaduan dan kegigihan adalah antara nilai-nilai yang akan dipaparkan di dalam teater muzikal ini.


11


10


Pementasan hari pertama turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Beliau juga turut memuji usaha pementasan teater ini kerana pengisian dan mesej yang disampaikan cukup bermakna.


5


Tiket-tiket berharga RM40, RM60, RM80, RM100, RM130 dan RM150 boleh didapati menerusi laman sesawang www.airasiaredtix.com atau anda boleh hubungi talian03-40265558 untuk maklumat lanjut.


ewgesg





 Kredit: Instagram Aisya Hasnaa

 

 

Pendapat kami

Teater ini membawa pelbagai bentuk mesej yang boleh dihadam mencerminkan persahabatan, kekeluargaan, kasih sayang dan nilai murni yang tinggi. Selain itu, ianya juga menggambarkan realiti sebenar kehidupan dan onak duri anak kampung yang ingin berjaya di kota Kuala Lumpur.

Pada mulanya, kami beranggapan teater ini berkisarkan dan bercirikan tokoh agama wanita zaman Rasulullah iaitu Sumayyah jika dilihat pada tajuknya. Setelah dipertontonkan, ternyata sangkaan kami meleset, ini kerana teater ini digarap dengan unsur-unsur jenaka dan kemasyarakatan yang pastinya memberi impak dan mesej tersendiri.


Kami kelaskan teater ini sebagai WAJIB TONTON kerana ianya tidak sedikitpun membuatkan penonton kebosanan. Idea segar pengarah dan dibantu oleh bakat pelakon profesional membuatkan kami tidak kering gusi tertawa dengan jenaka yang ditonjolkan. Malah babak empat sahabat Zaiton, Faridah, Mariam dan Salmi ketika mendendangkan lagu begitu terkesan di jiwa kami tentang indahnya nilai persahabatan.


13918763_10154322871067492_1007650349_o


Teater ini amat sesuai untuk seluruh lapisan masyarakat dalam memupuk sifat kasih sayang antara sahabat dan keluarga. Kami cadangkan agar teater sebegini terus dikekalkan dan mendapat tempat di hati masyarakat.

Dari segi props pementasan pula, ianya menggambarkan suasana harmoni di kampung dan kota seperti seolah-olah membawa kita seperti merasai suasana sebenar. 


Kami ucapkan syabas kepada seluruh tenaga kerja teater Mencari Sumaiyah dan semoga teater ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh masyarakat. Semoga berjaya.


I want to evaluate

Score:
Recommended

MZ Moskito

AL KENALI OUTLET HOUSE

Rin Enzyme

Vending Massage Chair

JS Adiwarna Publications