Anda Sukakan Kucing ? Jom Kenali 9 Jenis Baka Kucing diSeluruh Dunia
Home Products Pets

Anda Sukakan Kucing ? Jom Kenali 9 Jenis Baka Kucing diSeluruh Dunia

Nur Syahera

View  1  Times

2016-01-14 17:14:14

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:
Price: 15000.0  Negotiable:
Contact Person: Tiada
Contact Phone: 00-0000
Address:
Please mark the map position
  • Bank Account:

Anda Sukakan Kucing ? Jom Kenali 9 Jenis Baka Kucing diSeluruh Dunia

Label:


Anda Sukakan Kucing ? Jom Kenali 9 Jenis Baka Kucing diSeluruh Dunia


Kucing Savannah (Harga : $15K - $20K)


Savannah adalah kucing yang mana merupakan hasil kacukan kucing Serval iaitu kucing hutan Afrika dan juga kucing Siam pada tahun 1989 oleh Judee Franks. Jenis kucing savannah ini,bulunya bertompok dengan tompokan hitam dan berbulu keperangan.Manakala saiz badannya bergantung pada jenis,ada yang seperti kucing biasa dan ada yang lebih besar saiznya.Walaupun kelihatan seperti kucing liar, kucing savannah ini sebenarnya merupakan kucing yang jinak kerana ramai yang telah membuat kucing savannah ini sebagai kucing peliharaan. Harga untuk kucing ini sangat mahal kerana kitaran harga mereka mulai ribuan hingga puluhan ribu ringgit. Kucing savannah ini dianggap seperti anjing kerana sangat setia dengan tuannya dan ikut sahaja kemain tuannya pergi.


Bengal Cat (Harga : $1K - $10K)



Kucing Bengal yang merupakan jenis kucing yang sangat cantik dan ianya sangat diminati kerana keunikan warna dan keunikan corak bulunya.Corak bulunya yang seperti harimau bintang ini amat dikenali pada penggemar kucing.Kucing bengal ini merupakan kucing yang sangat manja dan juga aktif. Kucing bengal mempunyai tiga jenis corak, antaranya ialah marble,spotted dan rosetted. Harga untuk seekor kucing ini bergantung kepada coraknya. Selalunya yang harga mahal jika mempunyai corak rosetted. Harga adalah dalam lingkungan $1K hingga $10K dollar.



Persian Cat (Harga : $1K - $6K)


Kucing Persian merupakan kucing yang sangat popular diseluruh dunia termasuk Malaysia.Ianya sangat popular kerana kecomelannya dengan wajah yang bulat,mulut yang pendek dan bulunya yang panjang. Persian merupakan kucing yang sangat penyayang,manja dan setia.Kucing Persian ini dijual dengan harga yang boleh tahan mahal kerana memerlukan rawatan pemeliharaan setiap hari. Harganya adalah antara $1K - $6K dollar. Kucing persian ini agak susah untuk dijaga kerana bulunya.Bulunya akan tumbuh sehingga 3 inci panjangnya dan kucing persian memerlukan persekitaran yang baik.


Peter Bald (Harga : $1K - $5K)


Kucing Peterbald ini mempunyai wajah yang seperti anjing kerana matanya yang besar, ekor yang panjang seperti kucing Siam, kaki berselaput, dan juga kuku berbentuk oval. Kucing peter bald memerlukan penjagaan yang sangat rapi kerana kucing ini tidak mempunyai bulu.Walaupun tidak mempunyai bulu, kucing peter bald ini masih ada yang ingin membelanya. Harga pun agak mahal dalam $1K - $5K dollar.



Sphynx  (Harga : $5K - $50K)


Sama seperti kucing jenis peter bald, kucing sphynx ini juga tidak mempunyai bulu dan berasal daripada Kanada. Walau bagaimanapun, baka kucing sphynx ini sukar untuk didapati dan ini menjadikan kucing ini tergolong didalam kucing yang mahal. Kucing sphynx ini hanya mempunyai bulu-bulu yang halus dan ini menyebabkan kucing sphynx ini suka hangatkan badannya dengan berdampingi haiwan lain ataupun manusia. Selain itu,kucing sphynx ini suka tidur berpelukan dan tidur dengan tuannya dibawah selimut.Kucing sphynx merupakan kucing yang mempunyai tahap tenaga yang tinggi,cerdas,rasa ingin tahu dan sukakan kasih sayang dari tuannya.Ciri lain kucing sphynx ini ialah memiliki mata yang luar biasa besarnya.Harga kucing sphynx ialah $5K hingga $50K dolar.


Russian Blue (Harga : $8K - $30K)


Dengan nama sahaja kita boleh tahu dari mana kucing berasal. Russian Blue yang berasal daripada rusia ini merupakan kucing yang cukup terkenal dengan gelagatnya yang sangat cerdas dan aktif.Kucing russian blue ini sangat manja kerana suka berdampingan dengan haiwan lain termasuk dengan anjing.Ciri-ciri kucing russian blue ini ialah bulunya pendek-pendek dan berwarna kelabu.Merupakan kucing yang amat bersih kerana kucing ini tidak sukakan kotoran.Harga kucing ini ialah $8K - $30K dolar.



Scottish Fold (Harga : $500 - $2K)


Kucing Scottish Fold ini merupakan kucing yang sangat unik dan sangat comel.Apa yang unik dengan kucing scottish ini?uniknya kucing ini memiliki telinga yang jatuh kebawah sama seperti burung hantu. Walaupun telinga jatuh kebawah, kucing Scottish Fold ini merupakan kucing yang sangat comel kerana rupanya yang bulat.Kucing Scottish Fold ini berasal daripada Scotland dan harganya pun agak mahal.Harga seekor kucing Scottish Fold ini ialah $500 hingga $2K dollar. Ciri-ciri kucing ini ialah sangat jinak,suka bermain,cerdas dan sangat bersih.



Maine Coon (Harga : $500 - $3K)


Kucing Maine Coon merupakan kucing yang bersaiz panjang. Kucing ini mempunyai struktur tulang yang besar ,bentuk badan yang panjang dan mempunyai bulu yang panjang menjalar.Kucing Maine Coon ini mempunyai  pelbagai jenis warna. Selain itu,kucing ini juga dikenali sebagai kucing yang mempunyai kecerdikan yang baik. Ciri-ciri kucing Maine Coon ini ialah bagi kucing jantan berat badan 12-18 paun manakala berat kucing betina 10-14 paun. Selain daripada itu,kucing Maine Coon ini merupakan kucing yang sangat manja dan merupakan kucing yang kuat.Ianya juga mudah untuk dijaga kerana bulunya tidak memerlukan penjagaan rapi seperti kucing Persian.Untuk harga kucing ini ialah $500 - $3K dolar.


Kucing Abyssinian (Harga : $7k - $15k)


Kucing Abyssinian adalah jenis kucing yang mempunyai bulu yang agak menarik. Tentang asal-usul kucing Abyssinian ni pulak ada banyak, tapi ramai yang cakap kucing ini  berasal dari Mesir kuno, tapi asal-usul yang sebenarnya tidak pasti. Kucing Abyssinian merupakan kucing yang agak popular di Amerika Syarikat. Kucing Abyssinian ini mempunyai bulu separuh panjang, berwarna keperangan dan lembut untuk disentuh.Kucing Abyssinian mempunyai bulu yang luar biasa cukup untuk menarik perhatian. Sifat kucing Abyssinians ini sangat aktif dan sangat manja dengan manusia.





I want to evaluate

Score:
Recommended

TSM ELECTRIC TRADING

KEDAI MOTOGEAR-KAJANG

The Best Streetwear Shops In KL

I Love Snack Food

Papadog pet services