10 Idea Yang Boleh Dilakukan Hanya Dengan Menggunakan Kotak Kasut
Home Products Others

10 Idea Yang Boleh Dilakukan Hanya Dengan Menggunakan Kotak Kasut

Nur Syahera

View  1  Times

2016-01-12 16:40:50

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:
Price: 5.0  Negotiable: No
Contact Person: Tiada
Contact Phone: 00-0000
Address: Kuala Lumpur-Ampang Kuala Lumpur
Please mark the map position
  • Bank Account:

10 Idea Yang Boleh Dilakukan Hanya Dengan Menggunakan Kotak Kasut

Label:

10 Idea Yang Boleh Dilakukan Hanya Dengan Menggunakan Kotak Kasut

 

Setiap kali anda membeli kasut pasti anda akan dapat sekali kotaknya. Kalau banyak kasut anda,maka lagi banyaklah kotak tersebut bukan. Pada anda yang tidak menggunakan kotak tersebut, apa kata anda lakukan beberapa idea kreatif ini dengan menggunakan kotak kasut. So kotak kasut korang yang tak guna tu,jangan la buang. Cuba guna beberapa idea kreatif yang ada di bawah ini. Pasti menjimatkan kos anda.

 

Rak Mini Alat Tulis

 

 

Kotak kasut anda boleh dibuat untuk meletak alat tulis.Bagaimana caranya? Berikut adalah bahan yang diperlukan.

 

Bahan :

 

kissKotak Kasut

kissPembalut

kissGam

kissGunting

kissRoll Tisu Tandas

 

Caranya :

 

kissAmbil sahaja kotak kasut yang anda tidak gunakan,kemudian balutkan kotak kasut anda dengan mengunakan pembalut yang menarik.Gunting dan gam kan pembalut tersebut dikotak kasut.

kissKemudian, ambil roll tisu tandas dan susunkan didalam kotak tisu tersebut.Kalau anda tidak mahu roll tisu bergerak,anda boleh tapekan roll tisu tersebut antara satu sama lain.

kissAkhir sekali,anda bolehlah meletakkan alat tulis anda kedalam roll tisu tersebut.Pasti lepas ni alat tulis anda lebih kemas.


 

Bekas Simpan Cable

 

 

Wayar cable korang bersepah-sepah?Susah nak cari balik korang punya cable?Nah! cuba korang guna idea ini untuk simpan wayar cable korang.

 

Bahan :

kissKotak Kasut

kissTape

kissRoll Tisu Tandas

 

Caranya :

kissSama seperti membuat bekas alat tulis, anda perlu ambil roll tisu tandas sebanyak yang anda mahu.Kemudian tapekan roll tersebut antara satu sama lain.

kissSusunkan roll tersebut didalam kotak kasut.Pastikan susunan tersebut betul-betul padat.

kissAkhir sekali letakkan cable anda didalam roll tersebut.Mudah kan nak mencari cable nanti?

 

Kotak Ubat-Ubatan

 

 

Untuk korang yang banyak sangat ubat tu,jangan la letak bersepah-sepah.Berbahaya sangat lebih-lebih lagi kalau dekat rumah ada budak kecil. So untuk memastikan ubat-ubat korang tu tidak bersepah,korang boleh juga jadikan kotak kasut sebagai tempat simpan ubat. Berikut adalah caranya.

 

Bahan :

kissKotak Kasut

kissPembalut yang menarik

kissGam

kissGunting

 

Caranya :

 

kissKotak kasut hanya perlu dibalut dengan pembalut yang menarik,kemudian gunting dan gam kan.

kissBuat beberapa partition didalam kotak tersebut dengan membuat susunan ubat agar mudah anda hendak mencari.


 

Kotak Extension Plug

 

 

Yang ni mesti akan memudahkan korang sebab kalau korang buat idea ini mesti lepas ni wayar-wayar dekat extension dah tak berselerak.Lepas itu setiap wayar tu korang boleh letak sekali label-label nama wayar.Memudahkan untuk korang supaya tak silap tutup suis.

Bahan :

 

kiss Kotak Kasut

kissGunting

kissPisau Kecil

kissGam

kissPembalut

kissExtension

 

Caranya :

 

kissSebelum balut kotak kasut,buatkan dulu lubang-lubang kecil bergantung berapa banyak suis dekat extension .Gunakan pisau kecil untuk membuat lubang tersebut.

kissBila sudah siapkan lubang tersebut, barulah anda boleh membalut kotak kasut tersebut mengikut design yang korang mahukan.

kissKemudian, masukkan extension ke dalam kotak kasut yang dah dihias tadi.

kissSetiap lubang kecil tadi,labelkan setiap nama cable.Contohnya cable ipad,cable laptop & etc supaya mudah untuk korang tahu cable apa.

kissAkhir sekali,gunakan penutup kotak kasut untuk tutup bekas extension tersebut. Jadi takdelah nampak serabut rumah korang nanti dengan wayar-wayar.


 

Kotak Anting-anting


 

Yang ni khas untuk kaum perempuan yang ada banyak sangat anting-anting sampai bersepah-sepah dan sampai tak tau mana nak letak dah.Korang boleh jugak guna kotak kasut untuk simpan anting -anting korang.

 

Bahan :

 

kissKotak Kasut

kissCermin Kecil

kissPenebuk Lubang

kissCardBoard

kissStand

 

Caranya :

 

kissAmbil kotak kasut korang,tebukkan dengan penebuk lubang di tepi kotak kasut.Tebukkan di kedua-dua belah sisi kotak kasut.

kissAmbil Cardboard dan lipat secara kecil dan tebukkan lubang.Ini adalah untuk membuat tempat gantung anting-anting agar boleh digantung diatas stand agar nampak lebih kemas.

kissKemudian,susunkan anting-anting korang diatas stand yang telah diletakkan. Akhir sekali, ambil cermin kecil dan tampalkan di bahagian penutup kotak.Barulah nampak macam almari.


 

Frame Gambar

 

Kotak kasut pun boleh buat frame gambar tau.Nak tau macam mana?Cuba baca cara-caranya .

 

Bahan :

 

kissPenutup kotak kasut & kotak kasut

kissGam

kissGunting

kissOrigami / Patung Kecil

kissTali

kissPembalut yang menarik

 

Caranya :

 

kissAmik penutup kotak kasut dan juga kotak kasut,balutkan dengan pembalut yang menarik.Balutkan dibahagian dalam kotak sahaja.

kissSelepas selesai membalut,gam ditepi kotak untuk dicantumkan dengan kotak lain seperti didalam gambar.

kissUntuk memastikan kotak yang digam tidak tertanggal antara satu sama lain, korang boleh ketipkan dengan pengetip baju.

kissSelepas anda dan pasti yang kotak-kotak tersebut dah melekat antara satu sama lain,boleh la pasangkan tali di atas kotak untuk dijadikan tempat untuk gantung.

kissSebelum gantung kotak tersebut,ambil origami atau patung-patung kecil yang anda mahu dijadikan frame.Tampalkan didalam kotak yang telah dibalut dibahagian dalamnya.

kissSelepas kesemuanya telah kering,bolehlah korang tampal frame dari kotak kasut tu di dinding.


 

Kotak Simpanan Gambar


 

 

Korang ada cuci gambar tapi takde album / frame nak simpan? ha mesti bersepah-sepah kan gambar-gambar tu dekat atas meja korang.Cuba koran simpan je gambar-gambar tu dalam kotak kasut.

 

Bahan :

 

kissKotak Kasut

kissPembalut yang menarik

kissGam & Gunting

kissKotak yang dipotong (dibuat partition)

 

Caranya :

 

kissAmbil kotak kasut dah balutkan dengan pembalut agar kelihatan lebih menarik.Kemudian gam & guntingkan.

kissAmbil kotak yang tidak dipakai dan potongkan untuk dibuat partition agar korang boleh asingkan gambar-gambar.

kissAkhir sekali masukkan gambar-gambar yang korang dah cuci tu ke dalam kotak kasut yang telah dihiaskan.

 

Bekas Surat

 

 

 

Selalu bila dirumah mesti surat-surat bersepah-sepahkan.Yela bukan je surat kita, surat mak ayah abang kakak semua ada.Mana la tak sepah surat-surat dekat atas meja tu.So kalau korang tak tau macam mana nak kemaskan surat-surat tu,korang boleh simpan dengan menggunakan kotak kasut sahaja.Jom tengok macam mana nak buat.

 

Bahan :

 

kissKotak kasut

kissPembalut

kissTape

kissGunting

 

Caranya :

 

kissAmbil kotak kasut dan gunting dibahagian tengah seperti didalam gambar.

kissKemudian,lipatkan dua kotak kasut tersebut dan tapekan bahagian tepi agar tidak mudah terbuka.

kissBalutkan kotak kasut korang tu agar nampak lebih menarik.

kissDah siap! lepas ni bolehlah simpan surat-surat di tempat letak surat tu supaya tak nampak sepah.

 

Tempat Gantung Rantai / Gelang

 

 

Idea ini khas untuk kaum perempuan yang suka sangat kumpul aksesori seperti rantai dan juga gelang.Kalau suka kumpul tu mesti ada banyak kan. Bila dah banyak sangat aksesori tu makin susah pula nak cari kalau disimpan dengan tidak teratur.

 

Bahan :

 

kissPenutup kotak kasut

kissKain guni

kissPaku tekan / tempat untuk digantung

 

Caranya :

 

kissAmbil penutup kotak kasut,kemudian balutkan dengan kain guni.Guna kain guni sebab lagi memudahkan untuk korang gantung aksesori korang tu.

kissKemudian ambil paku tekan atau apa-apa pin yang boleh dibuat untuk menggantungkan rantai dan gelang.

kissAkhir sekali susunkan aksesori korang dekat penutup kotak kasut tu. Cantik bukan?


 

Kotak Riben

 

Korang suka kumpul riben?atau korang ada banyak riben yang bersepah-sepah sampai susah nak guna?okey ni ada idea untuk korang dan cara yang lebih mudah nak guna riben.Serius memudahkan sangat.Nak buat pun tak susah.

 

Bahan :

 

kissKotak kasut

kissPenebuk Lubang


 

Caranya :

 

kissAmbil kotak kasut yang dah tak digunakan, kemudian korang tebuk lubang di tepi kotak kasut.

kissLubang bergantung berapa banyak riben yang korang boleh muat dalam kotak tu.Lepas dah tebuk lubang tu,susun riben korang dan ambil riben dan masukkan didalam lubang.

kissBiarkan hujung riben tu terkeluar supaya senang untuk korang tark.Dah siap.Senangkan?


 

I want to evaluate

Score:
Recommended

JUTA HERBS MARKETING

Rin Enzyme

D' INTAN COLLECTION

keen seng sign house

The Best Streetwear Shops In KL