Home Lifestyle Recreation Outdoor Adventures

Zon tanpa cukai di Rantau Panjang. Kelantan.

Mohd Khairul

View  97809  Times

2015-12-02 16:22:26

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Shop Name:
Address: Kelantan-Rantau Panjang Rantau Panjang Kelate
Please mark the map position
  • Contact Person: Sini.my
  • Contact Phone:
  • Instagram:
  • Facebook:
  • WebSite:

Zon tanpa cukai di Rantau Panjang. Kelantan.

Label:


Zon tanpa Cukai di 

Rantau Panjang. Kelantan

Berikut adalah  review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang. ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini.

Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand.


9.JPG

Barangan di Rantau Panjang?

Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi, di Rantau Panjang terdapat lebih banyak pilihan dan sesetengah barang lebih murah dari Pengkalan Kubor. Di sini, anda boleh mendapat barangan negara jiran seperti Toto, jersi bola, seluar jeans levis, kasut, beg tangan, periuk belanga, tikar, tudung bawal, pinggan mangkuk, kuali dan pelbagai lagi.




Barangan Pakaian Sukan

Jika anda pengemar jersi bola, inilah tempatnya. Walaupun barangan imitation ataupun tiruan, kualiti kainnya amat baik dan seakan-akan original. Malah jika diperhatikan, tumpuan muda mudi khususnya lelaki pastinya akan shopping jersi bola seperti jersi kelab Barcelona, Manchester United atau Chelsea umpamanya. Pastikan anda memilih jersi grade A dan maklumkan kepada pekedai. Harga jersi di Rantau Panjang adalah yang paling murah di Kelantan. Jika dibandingkan dengan baju original yang dijual di butik Al-Ikhsan contohnya, harga disini berkali ganda lebih murah. Sedangkan kualiti tidak jauh berbeza dan selesa memakainya.



10.jpg

Harga jersi-jersi tersebut memang susah untuk ditawar di sini kerana harga yang diletakkan memang murah dari tempat lain. Namun ada sesetengah kedai mengenakan harga yang agak tinggi. Jadi jangan terus beli, sebaliknya
survey harga terlebih dahulu. Anda akan dapat melihat perbezaan ketara antara kedai, Pastikan mendapat jersi yang dibeli di dalam plastik yang dilipat dengan kemas.





Peralatan Dapur


Pelbagai jenis pinggan mangkuk pelbagai jenama dan jenis yang diimport dari luar negara boleh anda dapati di sini. Dari jenama Vintage, Corelle, Tefal, Corningware, Visions, dan pelbagai lagi. Pada waktu cuti sekolah khususnya, biasanya pekedai akan menawarkan promosi dan diskaun untuk sesetengah barangan yang anda pilih.


Pastikan barangan bukan tiruan dengan bertanya kepada penjual terlebih dahulu. Dari segi harga yang amat berpatutan dan ketika terdapat sale, harganya memang murah.




11.jpg

Antara pilihan Kedai pinggan mangkuk di Rantau Panjang



12.jpg
Set Original daripada CorningWare




Barangan Kanak-Kanak


Semestinya banyak. Bantal, baju, selimut, patung berwatak Upin Ipin, Ben10, Nemo, Doraemon, Ultraman dan sebagainya memang banyak disini. Belilah sebagai kenangan untuk anak anda. Barangan seperti ini mesti pilih yang masih baru kerana banyak yang warnanya sudah pudar kerana terdedah kepada panas akibat peniaga meletakkannya di luar kedai.





Makan-makan di Rantau Panjang


Apabila membeli belah di Rantau panjang, jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan special dari Thailand yang tidak terdapat di tempat anda.Terdapat pelbagai jenis juadah mahupun resepi istimewa yang terdapat di sini dan ia berselerak di seluruh tempat membeli belah di sekitar kawasan Rantau Panjang.



13.jpg



Menu yang wajib dicuba jika berkunjung ke sini adalah seperti mee celup, pulut ayam, baba aiskrim dan pelbagai jenis ‘locking’ / hotdog.



Barangan dikenakan Cukai?


Sepanjang penduduk tempatan yang kerap membeli belah di Rantau Panjang, tidak pernah pula ditahan oleh pihak Kastam walaupun nombor plat kereta penulis bukan plat Kelantan. Barangan yang biasanya dikenakan cukai adalah barangan buatan Thailand seperti toto, beras, pinggan mangkuk dan sebagainya ( Itupun jika dibeli dalam kuantiti yang sangat  banyak dan dibeli secara borong ).




14.jpg
Papan tanda cukai 10% tidak termasuk Beer dan Rokok.



Tips membeli - belah di Rantau Panjang


  1. Bawa orang Kelantan supaya lebih mudah dan senang untuk tawar menawar, mereka biasanya mudah berkomunikasi dan pastinya mudah untuk mendapatkan harga murah.


  1. Tawar menawar terus dengan tauke kedai.


  1. Pergi ke Kedai yang menjadi tumpuan ramai pembeli. Kemungkinan harga adalah murah


  1. Mengikut penduduk elakkan datang pada hari Jumaat dan Sabtu, terutama petang kerana terlalu ramai orang dan agak sukar untuk tawar-menawar harga.


  1. masa yang sesuai adalah daripada lebih kurang dari 8AM ke 12PM. Jumlah pengunjung masih tidak ramai dan senang untuk tawar-menawar harga barangan yang hendak dibeli


  1. Menggunakan budi bicara dan berhemah ketika berunding harga, Peniaga biasanya menanggung tekanan kerana bukan anda sahaja yang biasanya tawar-menawar harga.



1.png



I want to evaluate

Score:
Recommended

TOP SEVEN PROFESSIONAL SWIMMING POOL IN KLANG VALLEY

Kuso Trick Art ~ First in Johor Bahru

PIRATE ADVENTURE MELAKA - The newest 5D attraction in Melaka Alive!

The Hidden God Creation Of Rainforest Retreat In The Heart Of KL - Bamboo Village Kuala Lumpur

The World's Most Expensive Football Club Brands Ranking