Home Lifestyle Recreation Outdoor Adventures

Inilah 5 lagenda sukan negara yang semakin dilupakan

nurulfadh13

View  53560  Times

2016-08-08 15:51:33

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Shop Name:
Address:
Please mark the map position
  • Contact Person:
  • Contact Phone:
  • Instagram:
  • Facebook:
  • WebSite:

Inilah 5 lagenda sukan negara yang semakin dilupakan

Label:

Yahya Jusoh. Kelayakan Sukan Olimpik Moscow 1980 Malaysia menang ke atas Korea Selatan 2 1 chedinsphere (8).jpg


Sempena sukan Olimpik yang telah bermula ni, apa kata kita imbas kembali lagenda sukan di negara kita. Mereka sememangnya legend!

 

Datuk Mokhtar Dahari


S-Dato-Mokhtar-Dahari-M


Supermokh, satu gelaran yang tidak asing lagi dalam arena bola sepak tanah air bersama Datuk Soh Chin Aun, R. Arumugam dan Santokh Singh. Beliau berjaya menjaringkan 125 gol dalam 167 penampilan sepanjang mewakili Malaysia dan 177 gol di Piala Malaysia. Rekod ini merupakan pencapaian terbaik pemain negara sehingga ke hari ini.

“If you’re ashamed to stand by you colours, you better seek for another flag” – Mokhtar Dahari


Nurul Huda Abdullah

S-Nurul-Huda-Abdullah-M


Bekas jaguh renang wanita yang juga dikenali sebagai Ratu Renang negara ini pernah dianugerahkan gelaran Olahragawati negara lima tahun berturut-turut atas jasa beliau dalam acara renang. Beliau berjaya menggondol tujuh pingat emas pada Sukan SEA Bangkok 1985, tujuh pingat emas pada Sukan SEA Jakarta, Indonesia 1987 dan lapan pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 1989. Pasukan renang Malaysia juga berjaya merangkul 11 pingat emas seterusnya menjuarai acara renang Sukan SEA buat kali pertama di laman sendiri.


Datuk Punch Gunalan

S-Datuk-Punch-Gunalan-M


Anak kelahiran Sepang ini adalah antara bintang paling menyinar dalam sejarah acara individu dan beregu negara. Beliau dan rakan beregunya, Ng Boon Nee pernah memenangi kejuaraan All England, Terbuka Danish, Terbuka Kanada dan juga Terbuka Amerika. Beliau juga pernah merangkul pingat emas di Sukan Asia pada 1970 dan Sukan komanwel 1974.

“The game is never lost until the 15th point” – Punch Gunalan


Tan Sri Dr M. Jegathesan

S-Tan-Sri-Dr-M.-Jegathesan-M


Beliau digelar “Flying Doctor” kerana pernah melakar nama di pentas Asia pada era 60 an, yang juga era kegemilangan sukan olahraga Malaysia. Pada tahun 1966, beliau memenangi tiga pingat emas dalam acara 100m, 200m dan 4X100m di Sukan Asia Bangkok lantas dinobatkan sebagai manusia terpantas di Asia. Beliau juga pemegang rekod negara untuk acara 200 meter yang dilakukan pada Sukan Olimpik Mexico pada 1968 dengan catatan masa 20.92saat.

“It is my sincere hope to see Malaysia emerge as an athletics powerhouse in the region and appear in the final of a major event like the Asian, Commonwealth or Olympic Games” – M Jegathesan


Datuk Marina Chin

S-Datuk-Marina-Chin-M


Ratu pecut dan lari berpagar negara era 70 an ini menempa nama di lapangan olahraga tanah air dengan dereten pencapaian yang mengagumkan. Beliau bersama kuartet 4X100 negara berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA 1977. Beliau juga berjaya memenangi pingat emas sewaktu mewakili Malaysia dalam kejohanan Asia Track and Field di Jepun pada 1981. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil.

“Misi saya selaku Pengetua SSBJ ketika ini adalah untuk melahirkan jaguh Olimpik dari kalangan pelajar SSBJ” – Datuk Marina Chin


I want to evaluate

Score:
Recommended

8 Stunning Waterfalls @ Selangor

TOP SEVEN PROFESSIONAL SWIMMING POOL IN KLANG VALLEY

Get Ready For Adrenaline Pumping Challenge At TADOM BASE

The World's Most Expensive Football Club Brands Ranking

I-City @ City of Digital Lights