Home Lifestyle Recreation Cinema

Akhirnya Lana Nodin berkongsi wajah anaknya

nurulfadh13

View  14681  Times

2016-08-04 11:16:29

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Shop Name:
Address:
Please mark the map position
  • Contact Person:
  • Contact Phone:
  • Instagram:
  • Facebook:
  • WebSite:

Akhirnya Lana Nodin berkongsi wajah anaknya

Label:

ewqfag.png


Pelakon seksi, Lana Nodin akhirnya memuatnaik gambar anak perempuannya selepas lebih tujuh bulan menyembunyikannya. Lana atau nama penuhnya Mazlina Hasan, 36, sebelum ini tidak mendedahkan wajah anak sulungnya itu walaupun peminat dan wartawan kerap bertanyakan hal tersebut.


Screenshot


Si comel kesayangannya bernama Gia Quinn Mckienzie yang dilahirkan sekitar Januari lalu adalah hasil perkongsian hidup lana dan suami kacaknya, pemain bola tampar Amerika Syarikat, Mohd Daud Mckienzie. Menerusi Instagram Lana, dia akhirnya memuatnaik gambar Gia semalam dan menerima ratusan komen daripada peminat dan pengikutnya yang tertunggu-tunggu gambar si comel itu. Gia yang berdarah kacukan Melayu (sebelah Lana) dan Filipina – Irish – Amerika (sebelah Daud) kelihatan comel dengan gaun berwarna-warna dan headband bunga.


wegtwsf


Dalam pada itu, sebelum ini Lana sering dilanda kontroversi antaranya apabila gambar dia mencium pipi suaminya menjadi isu. Kejadian tersebut berlaku ketika bulan Ramadan lalu sewaktu mereka bercuti di sebuah pantai peranginan. Lana juga dikenali sebagai selebriti yang lantang membidas komen negatif di laman sosial. Dia juga kerap memuatnaik video saat manisnya bersama suami ketika memasak dan melakukan aktiviti harian.


ewgt


Lana dan Daud mendirikan rumahtangga pada 15 Mei 2015 sebelum ini berang dengan tindakan netizen yang mempersoalkan tindakannya menyembunyikan wajah Gia. Malah turut membuat spekulasi apabila Gia dilahirkan kurang daripada usia sembilan bulan kandungan. Lana turut meluahkan rasa terkilan dengan sikap sesetengah masyarakat di Malaysia yang lebih suka mencari kesalahan daripada berfikiran positif.



Kredit: Foto/Video: instagram.com/lananodinmckienzie & Jelita


I want to evaluate

Score:
Recommended

Battery Factory Transformed into a Vintage Place

PIRATE ADVENTURE MELAKA - The newest 5D attraction in Melaka Alive!

Ampang Superbowl @ Seremban

Get Ready For Adrenaline Pumping Challenge At TADOM BASE

The Hidden God Creation Of Rainforest Retreat In The Heart Of KL - Bamboo Village Kuala Lumpur