Home Lifestyle Recreation Outdoor Adventures

Pantai & Tasik Indah Di Dungun Yang Menenangkan Untuk Rekreasi & Riadah

Liani

View  16095  Times

2016-02-18 16:05:55

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Shop Name:
Address:
Please mark the map position
  • Contact Person:
  • Contact Phone:
  • Instagram:
  • Facebook:
  • WebSite:

Pantai & Tasik Indah Di Dungun Yang Menenangkan Untuk Rekreasi & Riadah

Label:



Dalam banyak tempat pelancongan di Terengganu, mungkin Dungun mempunyai paling banyak pantai untuk di kunjungi. Manakan tidak? Di Dungun saja ada lebih daripada 5 pantai menarik dan cantik, air terjun yang mengalir hijau dan air sungai yang jernih. Di bawah ini disenaraikan beberapa tempat-tempat rekreasi menarik yang bukan saja indah dan cantik, malah popular di Terengganu yang selalu mendapat kunjungan ramai.




   PANTAI  



 1  PANTAI TELUK BIDARA


bidara4.png



Pantai Teluk Bidara juga di panggil sebagai Taman Rekreasi Pantai Teluk Bidara. Pantai ini memang cantik kerana air laut di pesisirannya sangat jernih dan biru. Struktur batuannya juga unik seperti berlapis-lapis dan bergaris-garis. Pasir pantainya juga bersih dan warnanya seakan kekuningan emas.


Pemandangan cantik boleh dilihat di sebelah bukit. Di sini ada sebuah gua kecil yang boleh dilalui semasa air surut.


Pengunjung boleh mandi-manda di pantai ini tapi perlu lebih berhati-hati kerana airnya agak dalam terutama semasa air pasang. Struktur batuan yang tajam juga agak berbahaya jika jatuh dan tergelincir.


Kemudahan seperti tandas, taman permainan, pondok dan peniaga menjual makanan juga ada disediakan.


Cara nak ke Taman Rekreasi Pantai Teluk Bidara : Ikut laluan pesisir pantai di Kampung Seberang Pintasan dan akan menjumpai teluk.




  2   PANTAI BATU PELANDUK


pelanduk5.png

Sumber gambar


Pantai Batu Pelanduk terletak di Kuala Abang, Dungun. Pantai ini dipanggil Batu Pelanduk kerana ada sebuah struktur batu tinggi yang bentuknya mungkin seakan-akan seekor pelanduk.


Juga mempunyai struktur batuan unik seakan berlapis-lapis dengan campuran warna menarik seakan-akan warna hijau berlumut.


Pengujung boleh panjat batu-batu tetapi perlulah berhati-hati untuk mengelakkan kecelakaan.



 3  PANTAI TELUK GADUNG


gadong3.png


Pantai Teluk Gadung cuma bersebelahan dengan Uitm Dungun. Jika nak datang ke sini, lalui Uitm Dungun dan seterusnya ke Kampung Sura Hujung. Akan jumpa signboard Selamat Datang Taman Bandar Teluk Gadung.


Pantai ini mempunyai sungai yang dipisahkan oleh teluk dan laluan pasir pantai yang cantik kekuningan. Pengunjung boleh duduk santai di tepian teluk di atas kerusi-kerusi batu yang disediakan.


Ada juga yang datang ke sini untuk memancing ikan di sungai. Ada kedai yang menjual makanan dan taman permainan kanak-kanak


 4  PANTAI RANTAU ABANG


rantau1.png


Pantai Rantau Abang tak perlu diperkenalkan lagi yang menjadi lokasi pendaratan penyu untuk bertelur. Biasanya penyu akan mendarat di sini antara bulan Mei - September.


Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penyu tak banyak yang mendarat dan bertelur di sini. Kemungkinan penyu sedang diancam kepupusan sebab itulah semakin kurang penyu naik untuk mendarat.


Di sini terdapat galeri Pusat Penerangan Penyu yang mempamerkan dan menyampaikan info tentang spesis-spesis penyu.



 5  PANTAI TANJUNG JARA


jara1.jpg


Pantai Tanjung Jara sebenarnya lebih dekat dengan sebuah resort bertaraf dunia yang terkenal dengan penginapan gaya ekslusif ala senibina Melayu zaman dahulu di Dungun, Terengganu iaitu Resort Tanjung Jara. Ya, kalau anda ingin menikmati keindahan dan kebersihan Pantai Tanjung Jara yang sebenar, menginap di resort ini lebih memberikan kepuasan kepada semua.




Penginapan di Resort Tanjung Jara pastinya memberikan kepuasan yang lebih kepada pengunjung untuk menikmati pantai Tanjung Jara yang bersih. Ditambah dengan pengalaman menginap di resort bertaraf 5 bintang. Sangat sesuai juga bagi pasangan baru berkahwin yang mencari lokasi bulan madu di Terengganu.


Laman Web Resort :  www.tanjongjararesort.com


Bagi yang nak berjalan-jalan di pantai ini tanpa menginap di resort, anda bolehlah mencari kawasan sesuai di luar resort. Tapi yang pasti, persekitaran suasana pantai di kawasan resort adalah lebih cantik dan indah.






   TASIK  



 1  TASIK PUTERI



Tasik Puteri ini popular terutama di kalangan pelajar-pelajar Uitm. Jarak antara Tasik Puteri dari Uitm Dunguan kira-kira 6km. Tasik Puteri merupakan tasik buatan manusia. Dulunya, ia menjadi kawasan perlombongan bijih timah yang kemudiannya dibangunkan sebagai kawasan rekreasi dan riadah.



Sumber gambar


Beriadah dan berekreasi di Tasik Puteri Bukit Besi tentunya membuatkan anda tenang. Selain berjalan mengelilingi tasik, di sini juga ada air terjun yang menarik. Kalau anda nak baca info lebih lanjut, baca artikel tentang Tasik Puteri Bukit Besi ini.



 2  TAMAN TASIK TANJUNG SURA


sura1.JPG




Tasik lain yang terdapat di Dungun ialah Taman Tasik Tanjung Sura. Tasik ini boleh dikatakan agak baru dan terletak berhampiran Uitm Dungun. Ia dikunjungi orang ramai untuk aktiviti riadah dan rekreasi. Ada trek jogging disediakan untuk anda berjogging di waktu pagi dan petang. Ada juga taman permainan kanak-kanak, bilik persalinan, tandas awam dan gerai-gerai makanan.


LOKASI TAMAN TASIK TANJUNG SURA

KOORDINAT UNTUK GPS: 4.7075053,103.4384281


GOOGLE MAP: GET DIRECTION


I want to evaluate

Score:
Recommended

8 Stunning Waterfalls @ Selangor

TOP SEVEN PROFESSIONAL SWIMMING POOL IN KLANG VALLEY

Battery Factory Transformed into a Vintage Place

Can't wait for Upcoming 10 Theme Parks In Malaysia

Ampang Superbowl @ Seremban