Home Lifestyle Travel Tropical Rainforest

Berhujung Minggu Di Lata Ulu Chepor

Liani

View  56164  Times

2016-09-27 17:38:02

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Travel:
Address:
Please mark the map position
  • Contact Person:
  • Contact Number:
  • Operation Hours:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

Berhujung Minggu Di Lata Ulu Chepor

Label:


Tidak ramai orang luar mengetahui keindahan Lata Ulu Chepor yang dikelilingi oleh keindahan Hutan Simpan Kledang Saiong, Ipoh, Perak.

Kawasan rekreasi air terjun ini sebenarnya menyimpan keindahan yang masih belum diterokai.


Flora dan faunanya masih terpelihara dari pencemaran alam sekitar dan lebih menarik lagi, ia erletak kira-kira 10 km sahaja dari bandar Ipoh.

Bagi anda yang bercadang ke bandar Ipoh, singgah sebentar di Lata Ulu Chepor untuk bermesra dengan keindahan alam yang masih dara ini.


lata22

Syurga pencinta alam, kaki foto dan pelukis. Gambar flickr Mohd Lutfi Haji Zam


Lokasi Lata Ulu Chepor


Ia terletak di Kampung Ulu Chepor. Bagi yang memandu, ikuti laluan Jalan Chemor iaitu keluar dari Plaza Tol Ipoh - Utara Jelapang.

Ikuti papan tanda ke Chemor dan seterusnya ke Ulu Chepor. Jarak dari Plaza Tol Jelapang tidak jauh dari taman rekreasi iaitu kira-kira  empat km sahaja.


lata2

lata1

Klik gambar untuk ke peta Google


lata15

Peta kawasan perkelahan Kg. Ulu Chepor


Untuk masuk ke kawasan perkelahan, bayaran sebanyak RM2.00 akan dikenakan oleh pihak JKKK Kampung Ulu Chepor. Bayaran ini akan dimanfaatkan oleh pihak berkuasa kampung untuk kerja-kerja menaiktaraf dan memulih semua kemudahan di kawasan rekreasi Lata Ulu Chepor.


Keindahan Kawasan Air Terjun, Flora Dan Fauna


Air sungai yang jernih dan bersih sememangnya menjadi daya tarikan Lata Ulu Chepor. Kejernihan airnya mengalir melalui celahan bongkah batu besar menarik hati para pengunjung. Bukan saja menyegarkan untuk menyelam dan mandi manda, malah menjadi pilihan para jurugambar mengadakan sesi penggambaran.


7635295590_43aeb28ca5_b lata4 lata5

lata7

Seronoknya mandi manda di sini. Gambar via Uluchepor.blogspot.com


Di sini terdapat kawasan air terjun seakan-akan spa dan jakuzi yang dipanggil  “Lubuk Spa”. Namun, untuk sampai ke kawasan mandian "Lubuk Spa" anda perlu berjalan kaki meredah hutan kira-kira 30 minit dari kawasan pintu masuk taman rekreasi.


lata9

Lubuk yang cantik dan bersih. Gambar via mohamadomar


Kawasan hutan di sekitar air terjun ini dikelilingi oleh hutan simpan rezab kerajaan negeri Perak. Jadi, tidak hairanlah terdapat pelbagai jenis hidupan liar terutamanya serangga-serangga kecil seperti kupu-kupu, rama-rama, pepatung, belalang dan lain-lain.


Semuanya boleh dijadikan sumber inspirasi terutamanya di kalangan jurugambar yang berminat dengan fotografi mikro serangga-serangga kecil.


lata6

Ganbar serangga bagi peminat mikro fotografi. Gambar via flickr Ramzan2007


Aktiviti Berbasikal


Lata Ulu Chepor juga menjadi tumpuan para penunggang basikal berkumpulan. Terdapat laluan mencabar menanti para penunggang basikal yang meminati sukan lasak sambil menghayati keindahan air terjun dan alam sekitar.


2432660635_f41219b9ea_b

Gambar via flickr Kembarakita


lata14

Gambar via flickr Kembarakita


Jalan-Jalan Di Kampung Ulu Chepor


Jangan lepaskan peluang untuk meninjau kehidupan masyarakat Kampung Ulu Chepor. Penduduk kampung mengalu-alukan kunjungan orang luar membuat lawatan sekitar kampung.


lata10

Anda boleh singgah makan di beberapa kedai dan restoran makanan yang agak menarik untuk dicuba. Antaranya ialah Karipap Ayam Kg. Ulu Chepor

lata13

Sedapnya makan karipap ayam panas-panas. Gambar via facebook Siti Norita


Kemudahan Inap Desa & Chalet


Kerajaan Negeri Perak telah membangunkan beberapa kemudahan chalet dan inap desa persendirian dari kalangan penduduk kampung. Selain itu terdapat kemudahan pondok, surau, tempat letak kenderaan, tandas dan lain-lain kemudahan disediakan.


lata18

Kawasan tempat letak kereta yang luas.


lata16

Kemudahan Chalet


lata17

Surau


lata20

Tapak perkhemahan


lata21

Pondok


Untuk sebarang pertanyaan, harga, tempahan pondok atau chalet, anda boleh hubungi talian di bawah: 

019-435 2041 (En.Mohd Ariffin)

012-593 5406 (En.Mohd Alias)


I want to evaluate

Score:
Recommended

A Day at the Zoo ~ KL TOWER MINI ZOO

Lok Kawi Wildlife Park @ Sabah

Top 9 Must Visit Places At Ranau, Sabah

Enjoy The Wonder Of Black Sand Beach Langkawi

5 Incredible Water Theme Park In Malaysia