Home Lifestyle Travel Outskirts

Machap Walk, Pasar Malam Komuniti Cina di Alor Gajah Yang Unik

Harny

View  33714  Times

2016-09-15 09:48:43

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Travel:
Address:
Please mark the map position
  • Contact Person:
  • Contact Number:
  • Operation Hours:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

Machap Walk, Pasar Malam Komuniti Cina di Alor Gajah Yang Unik

Label:

Machap Baru, sebuah pekan kecil yang terletak di dalam daerah Alor Gajah meriah apabila tibanya hujung minggu.


Pekan yang terletak kira-kira 30km dari Banda Hilir Melaka kembali popular di kalangan pelancong yang datang untuk merasakan pengalaman pasar malam yang diadakan di setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.


Kalau dahulu pekan Machap Baru ini hanya terkenal di kalangan peminat-peminat daging buruan haiwan liar, kini bas-bas persiaran yang membawa pelancong dari China, Taiwan dan Singapura akan bersusun di sepanjang jalan besar membawa pengunjung ke pasar malam ini.


  • mw9

  • Pintu gerbang ke pasar malam atau Machap Walk di Machap Baru, Alor Gajah, Melaka. Foto: Harny Khair


Dikenali sebagai Machap Walk, pasar malam kecil ini mula mendapat perhatian pelancong dari dalam dan luar negara yang mahu merasai pasar malam komuniti Cina yang unik tetapi kurang komersial berbanding Jonker Walk yang sudah popular.


Setiap petang Jumaat, Sabtu dan Ahad, tiga lorong kecil akan dikosongkan untuk memberi laluan kepada peniaga-peniaga kecil pasar malam menjual barangan mereka.


Seperti lazimnya pasar malam di komuniti Cina, terdapat satu pentas di simpang tiga kawasan pasar malam untuk mereka yang suka berkaraoke.


  • mw1

  • Seperti lazimnya, di pasar malam komuniti Cina biasanya akan ada pentas untuk pengunjung berkaraoke. Foto: Harny Khair


Walaupun tidak semeriah Jonker Walk, Machap Walk mempunyai tarikannya yang tersendiri. Apa yang penting, barangan dan makanan yang dijual di pasar malam ini lebih murah dan asli.


Pasar malam Machap Walk ini lebih sesuai dengan pengunjung bukan Islam kerana hampir 99 peratus adalah peniaga Cina. Namun, ini tidak bermakna anda tidak boleh bersama-sama merasai pengalaman di Machap Baru ini.


Machap Walk kini merupakan lokasi popular untuk mereka yang menjadikan fotografi sebagai hobi. Pelbagai ragam manusia dengan suasana penuh warna-warni dapat dirakam dengan lensa kamera masing-masing.


Pengunjung Cina di sini sukakan makanan jalanan seperti mi merah buatan sendiri yang dihidang dengan sup char siew (daging khinzir) bebola ikan dan kek ikan. Hidangan ini sangat popular hingga ada yang sanggup makan berdiri di tepi jalan kerana tidak cukup meja.


Selain itu terdapat juga makanan popular lain seperti laksa, rendang dan acar sebagai pembuka selera. Bagi pencuci mulut pula cubalah rasa roti kok dengan kaya. Harganya pun murah.


  • mw4

  • Harga semangkuk pencuci mulut seperti bubur cha cha dan tang yuen di Machap Walk ini lebih murah berbanding di Jonker Street. Foto: Harny Khair


Bagi peminat bubur pula, rasalah pelbagai bubur manis seperti, cha cha, tang suan, bubur bijian hitam, mai zhou atau bubur kacang tanah. Harganya sekitar RM2.40 dan RM3 semangkuk. Bagi peminat cendol dan ABC, cubalah rasa pencuci mulut popular ini. Harganya jauh lebih murah daripada di Jonker Street. Macam-macam 'toppings' pun ada.


  • mw3

  • Cendol dan ABC merupakan pencuci mulut popular di Melaka. Harga semangkuk cuma RM2.50 sahaja. Foto: Harny Khair


Pernah tengok macam mana seorang peniaga di China buat gula-gula kapas berbentuk bunga dalam YouTube tak? Okay di Machap Walk inipun ada penjual gula-gula kapas yang pandai buat bentuk bunga. Harganya pun sangat murah. Cuma RM2 sahaja.


Bukan saja sangat popular di kalangan kanak-kanak, orang dewasa pun ikut teruja hendak merasa gula-gula kapas bunga ini. Lepas beli, mesti akan ambil gambar.


  • mw8

  • Peniaga membuat gula-gula kapas berbentuk bunga. Harganya cuma RM2 sahaja. Foto: Harny Khair


Untuk ke sini tidak susah. Guna saja GPS atau waze. Setkan lokasi dan ia akan membawa anda melalui Ayer Keroh melepasi Kampung Padang Keladi tu Durian Tunggal.


Belok kanan dan kira-kira 200 meter di hadapan, belok ke kiri melalui jalan bengkang bengkok dan pasti anda tertarik dengan pemandangan indah Tasik Durian Tunggal yang menjadi lubuk memancing bagi kaki pancing.


  • mw6

  • Macam-macam barang terdapat di Machap Walk, bukan hanya makanan sahaja. Foto: Harny Khair


  • mw2

  • Kena datang awal kalau tidak mahu sesat dalam lautan manusia. Machap Walk kini popular di kalangan pelancong tempatan dan dari Singapura. Foto: Harny Khair


Sekiranya anda mahu ke sini, dinasihatkan supaya datang awal dalam kira-kira jam 5 petang untuk mengelak daripada lautan manusia.


Jangan bimbang fasal tempat letak kereta, ada kawasan lapang di bahu jalan yang luas untuk anda meletak kenderaan untuk ke pasar malam.


Bagi pengunjung Islam pula, ada gerai menjual sate halal di pintu masuk kawasan pasar malam atau boleh saja membeli buah-buahan tempatan yang dijual di sini. Boleh juga cuba gula-gula kapas atau popcorn kalau hendak mengunyah.


  • mw7

  • Satu-satunya peniaga sate Islam di Machap Walk. Gerainya terletak di pintu masuk ke pasar malam. Foto: Harny Khair

  • mw

  • Baunya saja sudah menarik. Lihatlah buah cempedak yang dijual, besar-besar belaka. Harganya pun berpatutan. Foto: Harny Khair




I want to evaluate

Score:
Recommended

Orient Escape Travel Sdn Bhd

A Day at the Zoo ~ KL TOWER MINI ZOO

Farm Theme Holiday at Star Fish Leisure Farm

Enjoy The Wonder Of Black Sand Beach Langkawi

Panuba Inn Resort - Tioman Island