Home Lifestyle Travel Tropical Rainforest

10 Perkara Menarik Anda Mesti Terokai Di Tasik Banding

Liani

View  58507  Times

2016-05-26 16:20:16

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Travel: Travel|Perak|Hutan Melintang
Address: tiada alamat
Please mark the map position
  • Contact Person:
  • Contact Number:
  • Operation Hours:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

10 Perkara Menarik Anda Mesti Terokai Di Tasik Banding

Label:


Tak sah rasanya kalau seumur hidup tak pernah melawat Tasik Banding yang terletak bersempadan antara negeri Perak dan Kelantan ini. Tasik bersejarah yang terhasil daripada limpahan air sewaktu pembinaan Empangan Temenggor ini terus menerus mendapat kunjungan para pelancong yang ingin menikmati ketenangan menerusi pemandangan alam flora dan fauna.


Boating at Tasik Banding entrance to Royal Belum State Park

Jika anda merancang lawatan ke Pulau Banding, pastikan sekurang-kurangnya 10 perkara anda lakukan supaya lawatan terisi penuh bermakna. Kami akan senaraikan 10 idea yang anda boleh lakukan dan kunjungi di sekitar Pulau Banding.


TASIK TEMENGGOR

banding4Tasik Temenggor ialah empangan janakuasa hidroelektrik bagi negeri Perak. Keluasan tasik ini kira-kira 152 km persegi. Beberapa pulau-pulau kecil terdapat di sekitar tasik ini yang anda boleh lawati dan ada zon-zon yang telah dibahagikan untuk lawatan iaitu Zon Pemuliharaan, Zon Perikanan Rekreasi dan Zon Komersil.


BERAKIT DI SUNGAI KEJAR

banding1Bergaul bersama masyarakat orang asli berhampiran dan anda berpeluang menimba pengalaman bina rakit tiub yang diperbuat daripada batang buluh. Dengan rakit tradisional itu, anda boleh menelusuri Sungai Kejar yang aliran airnya agak deras. Anda perlu berhati-hati dengan aliran sungai dan seeloknya tidak melakukannya aktiviti ini berseorangan. Jangan lupa pakai jaket keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga. Anda boleh baca artikel Kosmo tentang pengalaman berakit di Sungai Kejar.



LEPAK SANTAI DI PULAU TALI KAIL

banding5

banding18Pulau Tali Kail ini salah satu pulau yang paling lengkap dengan kemudahan asas kerana terdapat chalet penginapan, surau dan tandas awam. Tapak perkhemahan juga disediakan bagi yang berminat. Lain-lain aktiviti seperti berkayak juga disediakan peralatannya oleh pihak Jabatan Perhutanan yang menjaga pulau ini. Yang paling seronok ialah jungle trekking. Anda boleh duduk lepak santai di kerusi-kerusi yang disediakan untuk rehat seketika sebelum sambung penerokaan seterusnya.


JEJAK RAFFLESIA

banding6Untuk jejaki rafflesia ini, perlu masuk ke Hutan Belum yang sememangnya kaya dengan flora dan fauna. Kalau anda cukup bertuah, bolehlah melihat beberapa rafflesia yang hidup tumbuh dan berkembang seperti gamabr di atas. Tapi kalau salah masa lawatan, bunga yang anda lihat mungkin bukan masa ia berkembang.


MEMANCING DI TASIK TEMENGGOR

banding7Memancing di tasik Temenggor sememangnya lumayan. Bagi kaki pancing, Royal Belum bukan lagi tempat asing. Antara hasil tangkapan paling berpotensi untuk kaki pancing bawa pulang ialah Snakehead dan Kelah.


MENGINAP DI HOUSEBOAT

banding20Houseboat di Royal Belum sememangnya banyak disediakan bagi kumpulan lawatan besar sekitar 15-20 orang. Untuk menikmati pengalaman unik di mengelilingi Tasik Banding sambil menginap, houseboat sememangnya memudahkan. Kos bagi sebuah houseboat biasanya antara RM1800 - RM2500 / malam. Ada juga yang lebih mahal iaitu dalam kos RM5000.


Baca artikel ini : Cipta pengalaman indah memancing dan bermalam di Rumah Bot Tasik Banding


MANDI DI TASIK BANDING

banding10

banding21

Sumber gambar

Alang-alang ke Tasik Banding, jangan lepaskan peluang untuk berendam dan berenang dalam airnya yang bersih dan dalam. Tapi anda dinasihatkan supaya pakai jaket keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga kerana air tasik ini sememangnya dalam. Mandi berenang beramai-ramai pada saat lawatan ke sini memang sangat-sangat menyeronokkan.


MENYAKSIKAN AIR TERJUN SUNGAI KOOI YANG INDAH

banding11

banding22Untuk saksikan sendiri keindahan air terjun Sungai Kooi ini perlukan hiking kira-kira 15 hingga 20 minit  ke dalam kawasan hutan. Laluannya tidaklah sukar. Sepanjang perjalanan masuk ke air terjun, mata akan disajikan dengan keindahan semulajadi yang mengagumkan dan suasana udara yang nyaman dan segar. Air Terjun Sungai Kooi ini sebenarnya bukanlah tempat mandi. Ramai yang singgah ke sini semata-mata untuk saksikan sendiri air terjunnya yang turun seperti titisan hujan yang tidak begitu deras.


SIRA GAJAH (SALT LICK)

banding14Salt Lick dalam bahasa melayu bermaksud tempat haiwan menjilat garam untuk memenuhi keperluan nutrien dalam badan mereka dengan unsur-unsur penting seperti magnesium, natrium dan zink. Untuk aktiviti ini, lebih elok jika anda mengikuti renjer hutan yang faham selok belok Hutan Belum kerana mereka lebih tahu di mana lokasi ‘Salt Lick’ kerana langkah keselamatan amatlah penting.


MENGINAP DI BELUM RAINFOREST RESORT

banding17

Resort yang mewah ini berhadapan dengan Tasik Banding di Royal Belum. Bagi yang inginkan keselesaan terbaik sewaktu penerokaan di Royal Belum, resort ini pilihan terbaik untuk anda. Sila semak maklumat hotel dan tempahan di laman web BelumResort


c

Inilah 10 Perkara terbaik kami cadangkan pada anda apabila melancong ke Pulau Banding di Royal Belum ini. Sekurang-kurangnya, artikel ini sebagai rujukan awal kepada anda sebelum mengatur rancangan lengkap seterusnya. Info selebihnya anda boleh dapatkan lebih banyak lagi di saluran berwajib di bawah



TOURISM MALAYSIA PERAK

No. 12, Medan Istana 2,

Bandar Ipoh Raya,

30000 Ipoh, Perak

Tel : +605-2552772/9962

Faks : +605-2532194

Like Facebook :Tourism Malaysia Perak

Website : www.tourism.gov.my


I want to evaluate

Score:
Recommended

The Memory Of 120 Years Old Lane - Ipoh Concubine Lane

Amazing Landscape Of Desert Look-aLike Shore @ Pantai Klebang Malacca

Top 9 Must Visit Places At Ranau, Sabah

First Glass Temple in WORLD ~ Arulmigu Sri Rajakaliamman

Historic Fort Margherita