Home Lifestyle Travel

10 Perkara Menarik Yang Anda Boleh Lakukan Di Pulau Aman, Penang

Liani

View  55940  Times

2016-04-25 16:22:05

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Travel:
Address:
Please mark the map position
  • Contact Person:
  • Contact Number:
  • Operation Hours:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

10 Perkara Menarik Yang Anda Boleh Lakukan Di Pulau Aman, Penang

Label:

Pulau Pinang mempunyai banyak tempat-tempat menarik dan yang terkenal untuk dikunjungi. Malah ada tempat yang masih tersembunyi dan jarang diketahui umum. Salah satunya ialah sebuah pulau dipanggil Pulau Aman. Ramai yang belum tahu tentang keistimewaan Pulau Aman. Malah kalau anda tanya rakyat Pulau Pinang sendiri pun, ada yang tidak tahu tentang pulau ini.


aman4.png



Pulau Aman merupakan salah satu pulau-pulau kecil yang berpenghuni di Pulau Pinang. Lokasinya terletak antara Bukit Tambun dan Batu Kawan. Pulau ini sesuai sebagai destinasi percutian mendamaikan dan jauh dari pembangunan seperti di kota.




Cara Ke Pulau Aman


Dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara Selatan, cari susur keluar Bukit Tambun/Batu Kawan. Selepas melalui tol, lalui simpang ke Pulau Aman dan ada papan tanda bertulis Jeti Pulau Aman. Ikuti papan tanda dan seterusnya sampai ke Jeti Batu Musang.


Sila Klik Untuk Tengok Google Map : https://goo.gl/xBrr9g



Jeti Batu Musang. Waktu Operasi jeti ini dari pukul 8.00 pagi sehingga 8.00 malam setiap hari. Di Jeti Batu Musang ini juga ada restoran yang anda boleh singgah makan sebelum menaiki bot ke Pulau Aman. Jarak masa menaiki bot dari Jeti Batu Musang ke Jeti Pulau Aman cuma 10 minit saja.



Perkara Menarik Yang Anda Boleh Lakukan Di Pulau Aman




1.Menginap Di Chalet-Chalet


Ada banyak chalet menarik disediakan jika anda ingin menginap di Pulau Aman semasa lawatan ke sini. Antaranya Chalet Damai, Chalet koperasi, Chalet Aman, Chalet Seroja, Chalet Kekwa dan lain-lain chalet pilihan.


Chalet Melati



Chalet Koperasi Pulau Aman



2.Merasai Suasana Kampung


Ada lebih kurang 50 buah keluarga dan hampir kesemuanya orang Melayu. Di sini anda boleh lihat seni rumah kayu, sambutan orang kampung yang ramah - tamah, kegiatan nelayan, melihat penduduk kampung menyalai ikan dan udang dan banyak lagi aktiviti menarik.


aman3.jpg


10299740_386846784791360_198531571_n (1).jpg

Aktiviti pembersihan tiram


11008085_859699197402572_1388328457_n.jpg

Bot-bot nelayan


Melihat rumah kampung



3.Banyaknya Pokok Buah Sukun


Semasa berjalan-jalan di Pulau Aman ini, anda akan dapat lihat banyaknya pokok buah sukun di sekitar kampung. Disinilah letaknya pokok sukun yang dikatakan tertua di Malaysia


10448995_389764901208136_819246044_n.jpg



4.Melihat Telaga Emas


Di sini juga letak sebuah telaga dipanggil Telaga Emas. Sejarah bagaimana ia mendapat nama Telaga Emas boleh dibaca dalam gambar di bawah.




5. Banyaknya Nama-Nama Jalan


Satu perkara menarik tentang Pulau Aman ialah semasa bersiar-siar sekitar kampung, anda akan dapati banyaknya papan tanda nama-nama jalan padahal ianya hanyalah sebuah kampung yang hampir tiada kereta melalui jalan-jalan kampungnya. Nama-nama jalan dinamakan sempena nama tokoh yang dikenali penduduk kampung.







6. Aktiviti Memancing


Jika minat memancing, jangan lepaskan peluang menebarkan mata pancing anda memancing di kawasan tertentu. Memang ada banyak ikan dan hasilnya juga lumayan.


11296837_104244636596729_745525465_n.jpg



Ada kedai jual umpan




7.Melihat Ternakan Kambing & Rusa


Kambing & rusa memang menjadi pilihan orang-orang kampung sebagai haiwan peliharaan. Semasa bersiar-siar, anda akan dapat banyak kambing & rusa peliharaan sekitar kampung.


12934856_1533265690301820_507442577_n.jpg



8. Nikmati Makanan Laut Yang Sedap


Perkara yang tidak harus dilepaskan semasa lawatan ke Pulau Aman ialah tentang makanan. Anda berpeluang merasai makanan laut pelbagai jenis masakan. Antara yang paling terkenal dan digemari ialah udang lipan dan mee udang. Ada Restoran Terapung menjadi pilihan pelancong yang menyajikan pelbagai sajian istimewa.


makan5.png



9. Stargazing


Bagi peminat fotografi, aktiviti stargazing jangan dilepaskan dan abadikan gambar menarik jutaan bintang di langit Pulau Aman di lensa kamera anda.


12353994_858176704299053_594635886_n.jpg




10. Bawa Pulang Cenderahati Berupa Cengkerang


Ada sebuah kedai cenderahati yang menjual cenderamata menarik hasil dari kerang dan siput.


1169825_538102273034769_502323799_n.jpg


12627966_1676470502627663_872915321_n.jpg


Memang seronok kalau dapat melawat ke Pulau Aman di Penang ini. Anda yang merancang melancong ke Penang nanti, jangan lupa senaraikan Pulau Aman sebagai salah satu lokasi lawatan menarik di Pulau Pinang. Rugi kalau anda tidak ambil peluang melawat perkampungan yang masih belum ada pembangunan seperti Pulau Aman ini.




I want to evaluate

Score:
Recommended

A Day at the Zoo ~ KL TOWER MINI ZOO

Lok Kawi Wildlife Park @ Sabah

Fun Activities with people of Bajau Laut Village in Pulau Maiga

5 Incredible Water Theme Park In Malaysia

Orient Escape Travel Sdn Bhd