Home Lifestyle Travel Island Beach

Aktiviti Laut & Percutian Menyeronokkan Di Taman Marin Tunku Abdul Rahman

Liani

View  33217  Times

2016-04-08 09:54:07

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Travel:
Address:
Please mark the map position
  • Contact Person:
  • Contact Number:
  • Operation Hours:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

Aktiviti Laut & Percutian Menyeronokkan Di Taman Marin Tunku Abdul Rahman

Label:



Taman Marin Tunku Abdul Rahman terletak cuma kira-kira 5km dari Kota Kinabalu. Bagi yang merancang menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu dan mencari lokasi menarik untuk diterokai di Sabah, Taman Marin Tunku Abdul Rahman.


Taman Marin Tunku Abdul Rahman terdiri daripada 5 buah pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.


tamanedit.jpg






Bagaimana Nak Ke Taman Marin Tunku Abdul Rahman


Ambil feri dari Terminal Feri Jesselton Point. Di terminal ini anda boleh pilih dengan dengan syarikat feri mana yang paling disukai sebab ada banyak pilihan. Boleh juga tawar menawar untuk dapatkan harga lebih rendah. Perkhidmatan feri bermula dari pukul 8.30 pagi - 5.00 petang.



Terminal Feri Jesselton Point


Pelancong boleh tentukan sendiri berapa pulau yang hendak dilawati. Kalau cuma nak melawat satu pulau saja pun tiada masalah. Harga feri bergantung kepada berapa banyak pulau hendak dikunjungi.


Pelancong juga boleh menyewa alat-alat untuk snorkeling dan diving. Lebih murah sewakan barang-barang ini yang boleh didapati di Terminal Feri Jesselton Point. Harganya lebih mahal kalau nak sewakan semasa di pulau.





Tengok Gambar Pulau Mana Yang Paling Cantik Dan Menarik



 Pulau Gaya  

12424910_1012902168798604_874774597_n.jpg


Pulau Gaya memang cantik. Jika anda nak menginap di resort terbaik dan menarik, Pulau Gaya paling banyak pilihan. Pelbagai juga aktiviti boleh dilakukan di sini antaranya aktiviti Coral Flyer Zipline.




12383608_1667836390133322_417212230_n.jpg

Berenang di Pulau Gaya





 Pulau Sapi  


Pulau Sapi adalah pulau terkecil di antara kelima-lima pulau di Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Ramai pelancong yang datang ke Pulau Gaya akan bersantai di pantai dan mandi-manda.  



Pulau Sapi mempunyai banyak biawak yang berkeliaran dan menjadi tarikan pelancong terutama dari luar negara kerana menyangka ia adalah komodo.




 Pulau Manukan  


Pulau Manukan juga menjadi pilihan untuk mandi manda. Bagi yang ingin menginap, ada chalet disediakan, restoran dan pusat menyelam. Kemudahan awam pun banyak disediakan antaranya restoran untuk aktiviti makan-makan dan kedai.



Di Pulau Manukan juga anda boleh lakukan aktiviti Sea Walking. Memang menyeronokkan ..




 Pulau Mamutik  


Pulau Mamutik juga sangat menyeronokan dengan pelbagai aktiviti meriangkan termasukkan banana boat dan paragliding







Pulau Sulug  

Pemandangan dari atas kedudukan Pulau Mamutik, Pulau Manukan dan Pulau Sulug yang berjiran membentuk seperti smiley face. Nampak tak…?



Pulau Sulug sebenarnya berjiran dengan Pulau Mamutik dan Pulau Manukan. Pemandangan dan aktiviti pantai juga sama seperti di pulau-pulau lain cuma Pulau Sulug ini lebih kecil dan tak ramai yang berkunjung ke sini. Kemudahan awam pun tak banyak yang disediakan.





Kos juga tak mahal. Murah dan Berbaloi-Baloi


Caj terminal jeti : RM 7.20 (Dewasa)  & RM 3.60 (Kanak-kanak)

Caj masuk ke pulau  : RM3.00 (Dewasa) & RM1.00 (Kanak-kanak) - Sekali bayar bagi kesemua pulau

Bot pergi dan balik setiap pulau : Anggaran ialah RM23 (Dewasa) & RM18 (Kanak-kanak)


Ada pakej untuk Island Hoping. Yang ini lebih mahal sikit antara RM33 - RM53




Secara kesimpulannya, kesemua pulau pun cantik di Taman Marin Tunku Abdul Rahman ni. Kemudahan awam pun semua disediakan untuk kesenangan para pelancong. Aktiviti juga banyak yang menarik untuk dilakukan. Pendek kata, kunjungan ke Taman Marin TAR ini memang menarik.



Untuk apa-apa info tentang lawatan ini, anda boleh hubungi melalui Ibu Pejabat Sabah Park di bawah



Lot 45 & 46, Level 1-5

Block H Signature Office

KK Times Square Coastal Highway

88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Tel: +6088-486430, 486430, 486432

Email address: sabahparks@sabah.gov.my / sabahparks@gmail.com




I want to evaluate

Score:
Recommended

10 Weird & Unique Museum in Penang

Machap Walk, Pasar Malam Komuniti Cina di Alor Gajah Yang Unik

Top 9 Must Visit Places At Ranau, Sabah

Farm Theme Holiday at Star Fish Leisure Farm

First Glass Temple in WORLD ~ Arulmigu Sri Rajakaliamman