Home Lifestyle Travel Tropical Rainforest

Nikmati waktu malam bersama cahaya kelip-kelip di Firefly Park Resort

nurulfadh13

View  61807  Times

2016-03-24 15:19:07

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Travel: Travel|Selangor|Kuala Selangor
Address: kampung kuantan, kuala selangor
Please mark the map position
  • Contact Person:
  • Contact Number:
  • Operation Hours:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

Nikmati waktu malam bersama cahaya kelip-kelip di Firefly Park Resort

Label:

FotorCreated.jpg


Kampung Kuantan terkenal dengan Kelip-kelip. Kawasan hinggapan yang banyak hanya terdapat di sini. Malah ada pendapat menyatakan keajaiban Kelip-kelip hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia ini dan salah satunya ada di Kampung Kuantan. Kampung Kuantan terkenal dengan keajaiban Kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah di serata dunia.







Kampung Kuantan amat terkenal kepada pelancong dalam dan luar negeri sebagai destinasi pelancungan kelip-kelip yang paling utama di Malaysia. Kedudukan Kampung Kuantan  adalah di pertengahan jalan antara pekan Kuala Selangor dan Bestari Jaya (Batang Berjuntai), Selangor Darul Ehsan.

"Kelip-kelip" atau "kunang-kunang" terdapat dengan banyaknya disepanjang Sungai Selangor yang merentasi Kampung Kuantan ini. Keindahan kelip-kelip ini hanya dapat dilihat pada waktu malam. Ketika itu, serangga ini akan berterbangan dalam jumlah yang banyak di sepanjang sungai ini


Pada waktu itu, seolah-olah pokok-pokok dan belukar itu dipasang dengan ribuan lampu kelip-kelip. Fenomena alam ini pasti akan memukau pandangan sesiapa sahaja. Terdapat pelancung dalam dan luar negeri yang datang berkali-kali semata-mata untuk melihat dan menghayati keindahan tersebut.



fireflies-kuala-selangor.jpg


Walaupun banyak usaha telah dilakukan untuk menunjukkan keindahan kelip-kelip ini melalui gambar dan video, tetapi tidak akan sama dengan pengalaman melihatnya dengan mata sendiri diwaktu malam dikawasan semulajadinya.Hanya dengan cara ini lah sahaja anda berpeluang  melihat dan menghargai keindahan kelip-kelip ini. 







Harga Tiket ialah RM53.00 (termasuk GST) bagi satu sampan yang boleh memuatkan 4 orang. Kaunter tiket mulai dibuka pada pukul 7.45 petang sehingga 10.30 malam. Pengunjung dinasihatkan supaya sampai di Pusat Pelancungan ini selewat-lewatnya pukul 7.00 malam.






Bagi pengunjung yang beragama Islam dan ingin menunaikan solat Fardhu Maghrib, anda boleh berbuat demikian di Masjid Jamiul Muhammadiah yang terletak bersebelahan Pusat Pelancungan Kelip-kelip ini sebelum menaiki sampan.


Tempahan & Pertanyaan



Pengunjung boleh membuat sebarang pertanyaan dan tempahan dengan menghubungi :-


Majlis Daerah Kuala Selangor

Jalan Semarak

45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan


E-mail : pelancongan@mdks.gov.my

Tel : 03-32891439 / 1549 Fax : 03 3289 1101



Kadar Bayaran:

Sebuah sampan termasuk insurans dan jaket keselamatan (Maksima 4 orang)

RM 53.00




I want to evaluate

Score:
Recommended

Orient Escape Travel Sdn Bhd

Amazing Landscape Of Desert Look-aLike Shore @ Pantai Klebang Malacca

Fun Activities with people of Bajau Laut Village in Pulau Maiga

Top 100 Places To Visit In Your Lifetime

Historic Fort Margherita