Home Lifestyle Travel Urban Style

Taman Rekreasi Di Ipoh Yang Ramai Pengunjung Dan Kurang Pengunjung

Liani

View  18399  Times

2015-11-25 12:11:18

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Travel: Travel|Perak|Ipoh
Address:
Please mark the map position
  • Contact Person: tiada
  • Contact Number: 00-00000000
  • Operation Hours:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

Taman Rekreasi Di Ipoh Yang Ramai Pengunjung Dan Kurang Pengunjung

Label:

 

 

Ketahui taman-taman rekreasi yang menarik dan kurang menarik untuk dikunjungi di Ipoh. Ini berdasarkan tinjuan artikel yang dibaca di sumber Internet.

 

 

___________________________________________________________________________________

Taman Rekreasi Gunung Lang

Alamat : Taman Rekreasi Gunung Lang, Off Jalan Kuala Kangsar,30010 Ipoh, Perak

Tel   :  +605-5063088

___________________________________________________________________________________

Kredit Gambar : tlchua99.blogspot.my

___________________________________________________________________________________

 

Salah satu taman rekreasi yang cantik boleh dilawati di Perak ialah Taman Rekreasi Gunung Lang. Ianya terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman. Taman rekreasi ini mempunyai latar belakang yang menarik iaitu Gunung Lang dan Gunung Bilike

 

taman.jpg



Keseluruhan taman berkeluasan 30.35 hektar manakala tasiknya berkeluasan 14.16 hektar.

 

Antara daya tarikan yang terdapat di sini ialah  :

 

 

1.Tasik dan air terjun buatan manusia

 

 

2. Menaiki Feri Mengelilingi Tasik

 

 

3. Taman & Laluan Pejalan Kaki sepanjang 2 km

 

 

4. Menara Tinjau

 

 

5. Rumah Tradisional Melayu

 

 

 

6. Persekitaran Taman Yang Cantik

 

 

  

 

Lain-lain yang terdapat di sini ialah taman permainan kanak-kanak, tapak perkhemahan, mini zoo, surau, tandas

 

 

  

Kredit Gambar : tlchua99.blogspot.my

 

 

 

 

 

 

___________________________________________________________________________________

Taman Dr. Seenivasagam

Alamat : Jalan Keliling Dalam, 30300 Ipoh, Perak

___________________________________________________________________________________

Taman Dr . Seenivasagam ini sebenarnya telah wujud sejak tahun 1950 lagi sekaligus menjadikan taman ini sebagai taman tertua di Ipoh. Ia berada pada lokasi yang sama dengan sebuah lagi taman iaitu Taman Jepun.

 

taman5.jpg

 

Taman Dr. Seenivasagam ini sebenarnya agak menarik tetapi ianya seperti diabaikan dan kurang penjagaan. Kebanyakan yang datang ke sini melahirkan rasa kecewa kerana keadaan taman yang tidak menarik dan suram.Keadaan pokok-pokok di sini kering, tidak segar dan daun-daun kering tidak disapu menjadikan kawasan ini kelihatan tidak terurus.

 

taman4.jpg taman2.jpg


Taman Dr Seenivasagam juga dikenali sebagai Coronation Park. Di sini terdapat tasik buatan yang mempunyai beberapa spesis ikan, taman permainan kanak-kanak, pokok-pokok semaian, arca-arca batuan dan pondok-pondok untuk berehat dan berteduh.

 

 

 

___________________________________________________________________________________

Taman Jepun

Alamat : Jalan Raja Dihilir, Ipoh, Perak

___________________________________________________________________________________

Taman Jepun Ipoh ini terletak di kawasan yang sama dengan Taman Dr Seenivasagam.  Berkeluasan 1.2 hektar, ia dibina persamaan dengan lanskap yang terdapat di Fukuoka, Jepun. Taman Mini Jepun ini dibina sempena kerjasama yang termeterai antara Ipoh dan Datuk Bandar Fukuok dalam pembangunan taman ini.

 

Walaubagaimanapun, keadaan Taman Jepun ini seperti terbiar dan tiada penjagaan yang sepatutnya. Keadaan taman juga suram tanpa pengunjung. Tidak banyak hiasan pokok dan bunga-bungaan segar yang sepatutnya dapat dilihat oleh pengunjung.

 

Walaupun terdapat arca-arca binaan jepun seperti jambatan, batu-batu hiasan dan pohon buluh yang merimbun, tetapi ianya tidak dapat menarik perhatian kerana kurang menarik.

 

Kebanyakan mereka yang mengunjungi taman ini akan berasa kecewa. Malah, penulis juga pernah mengunjungi taman ini. Seperti komen dari orang ramai, penulis juga memberikan komen yang sama.

 

 

 

     

 

Diharapkan pihak bandaraya Ipoh dapat mewujudkan semula suasana kemeriahan Taman Jepun supaya lebih ramai akan datang mengunjungi taman ini.

 

 

 

 

___________________________________________________________________________________

Taman Rekreaksi Sultan Abdul Aziz

 

Alamat : Jalan Brash, Ipoh, Perak

___________________________________________________________________________________

Dikenali juga sebagai Polo Ground kerana lokasinya yang terletak berdekatan dengan laluan kelab lumba kuda Ipoh. Taman ini menjadi tumpuan orang ramai untuk aktiviti santai, beriadah dan bersukan.

 

 

Di sini agak menarik kerana ramai ibu bapa membawa anak-anak bermain, bersantai,berjoging dan senamrobik, serta terdapat gerai-gerai jualan makanan seperti goreng pisang dan laksa.

 

                              

 

taman9.jpg

 

 










 

 

I want to evaluate

Score:
Recommended

The Memory Of 120 Years Old Lane - Ipoh Concubine Lane

Orient Escape Travel Sdn Bhd

Top 9 Must Visit Places At Ranau, Sabah

Panuba Inn Resort - Tioman Island

“Aloha” Terengganu Kemasik Beach