Home Lifestyle Travel Outskirts

Taman Banjaran Crocker Menyimpan 1001 Kekayaan Flora & Fauna

Liani

View  140519  Times

2015-11-13 14:36:57

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Travel: Travel|Sabah|Keningau
Address:
Please mark the map position
  • Contact Person: Ibu Pejabat
  • Contact Number: 0198620404
  • Operation Hours:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

Taman Banjaran Crocker Menyimpan 1001 Kekayaan Flora & Fauna

Label:

Banjaran Crocker adalah banjaran gunung yang terletak di pulau Borneo. Banjaran ini memisahkan antara pantai timur dan pantai barat Sabah. Ia merupakan banjaran gunung tertinggi di Sabah iaitu setinggi 1,800 meter.

 

 

Sejak tahun 1968 lagi, hutan di kawasan Banjaran Crocker ini telah diwartakan sebagai kawasan hutan yang dilindungi. Kemudian pada tahun 1984, Taman Semulajadi Banjaran Crocker diwujudkan untuk melindungi kawasan tadahan air yang menjadi bekalan air minuman kepada penduduk pedalaman dan Pantai Barat Sabah.

 

Taman Banjaran Crocker mempunyai keluasan 139,919 hektar yang dilitupi oleh hutan-hutan , kawasan tanah rendah dan pergunungan. Altitude paling tinggi taman ini mencapai ketinggian sehingga 2,076 meter. Disebabkan itu, suhu di sini adalah lebih dingin iaitu sekitar 18°C to 26°C.

 

Taman Banjaran Crocker begitu kaya dengan flora dan fauna. Ia mempunyai kekayaan biodiversiti dan ekologinya mengagumkan bagi mereka yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi. Dianggarkan terdapat 500 spesis tumbuh-tumbuhan, 107 mamalia, 67 amfibia, 52 reptilia dan 26 spesis hidupan ikan.


 



 

Ibu Pejabat Taman Banjaran Crocker & Pusat Semulajadi Crocker

 



 

Di sini anda boleh menikmati beberapa kemudahan seperti penginapan (dorm dan chalet) pada harga yang berpatutan dan kemudahan kafeteria.  Jika anda berminat untuk aktiviti perkhemahan, ada tapak yang telah disediakan bagi yang ingin melakukan aktiviti perkhemahan.  


 

Taman Banjaran Crocker ini mempunyai beberapa tempat yang boleh dilawati seperti Insektarium (Taman Serangga) , Pusat Pemulihan Paku Pakis Liar, Menara Pemerhatian , Kawasan Rafflesia dan lain-lain.



 


 

Bagaimana ke Taman Banjaran Crocker?

 

Dari Kota Kinabalu, anda boleh dapatkan bas yang menuju ke ke Keningau. Pastikan anda memaklumkan kepada pemandu bas untuk berhenti di Taman Banjaran Crocker, kerana jarak antara taman ini masih jauh dari Keningau iaitu kira-kira 14 km.

 

Untuk berpatah balik ke Kota Kinabalu, anda bolehlah berurusan dengan pemandu bas untuk dapatkan bas yang sama. Pastikan anda memaklumkan pada pemandu untuk mengambil semula anda di Taman Banjaran Crocker.


 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Taman Banjaran Crocker.

 

Anda boleh membuat lawatan melalui agen atau secara solo.

 

No Tel : +6019 8620404 / +6087-330924

 

I want to evaluate

Score:
Recommended

The Tallest Man Made Skyscraper In Malacca - The Shore Sky Tower

Top 9 Must Visit Places At Ranau, Sabah

Fun Activities with people of Bajau Laut Village in Pulau Maiga

Panuba Inn Resort - Tioman Island

“Aloha” Terengganu Kemasik Beach