Home Lifestyle Travel Tropical Rainforest

Maliau Basin - Misteri Alam Jutaan Tahun

Liani

View  61796  Times

2015-09-30 11:10:32

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Travel: Travel|Sabah|Nabawan
Address:
Please mark the map position
  • Contact Person: Maliau Basin
  • Contact Number: 088-486168
  • Operation Hours:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

Maliau Basin - Misteri Alam Jutaan Tahun

Label:

 

Maliau Basin dikenali sebagai The Lost World Of Sabah merupakan salah satu misteri alam semulajadi yang belum terungkai sejak jutaan tahun tahun dahulu. Berada di perut Maliau Basin terasa begitu kecil sekali. Maliau Basin memberikan cabaran kepada para pencinta alam semulajadi dan inilah tempat untuk anda membongkar misteri alam yang begitu luas dan tersembunyi.


 

basin8.jpg


 

Maliau Basin telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Yang Dilindungi (Kelas 1) yang tidak boleh dilakukan sebarang ancaman alam sekitar pada masa kini dan masa depan.

 

Kawasannya perlindungannya meliputi 588.4 km2 dengan dikelilingi oleh hutan tropika dan mempunyai sebuah sungai menarik di mana airnya kelihatan keruh. Air sungainya keruh hasil daripada keadaan batu-batuan fosil yang berusia jutaan tahun.

 

Antara lain keistimewaan Maliau Basin ialah ia berada pada ketinggian 1,675 meter dari paras laut. Jika dilihat dari atas, ianya membentuk seperti sebuah sempadan tebing tinggi membulat dan berdiameter 25 km serta mempunyai cerun yang menggerunkan. Ianya terbentuk sedemikian sejak 5 juta tahun yang lalu akibat daripada aktiviti tektonik dan gunung berapi. Bahagian tengahnya pula mempunyai lembangan terbentuk akibat proses luluhawa.

 

 

Maliau Basin mendapat jolokan The Sabah’s Lost World, kerana keadaan geografinya yang seolah-olah mempunyai jurang garis pemisah daripada dataran tanah di sekitarnya. Ia mempunyai tebing setinggi 300 - 1,600 meter tinggi , mewujudkan isolasi flora dan fauna yang di dalamnya dari dunia luar sekelilingnya.

 

basin5.jpg

 

Hanya aliran dari Sungai Maliau yang ‘berhubung’ dengan dunia luar melalui aliran air yang mengunjur sehingga ke Sungai Kinabatangan, iaitu sungai terpanjang di Sabah.

 

 

Dianggarkan terdapat lebih daripada 1600 spesis tumbuhan di Maliau Basin yang terdiri daripada 9 spesis tubuhan periuk kera, 440 spesis pokok dan 80 spesis bunga orkid. Bagi fauna, terdapat 69 spesis mamalia, 290 spesis burung dan lebih daripada 35 spesis amfibia telah direkodkan.  Satu spesis bunga Rafflesia tengku adlinii yang jarang ditemui juga hidup disini.


 


 

Siri penjelajahan ke Maliau Basin memerlukan cabaran fizikal yang kental


 

Bagaimana Untuk Ke Maliau Basin?

 

(1) Dari Bandar Keningau, ambil perjalanan ke arah timur sejauh 160 km. Anda akan melalui Sook, Nabawan dan Sapulut. Perjalanan mengambil masa kira-kira 5-6 jam.

(2) Dari Tawau, perjalanan ke Maliau Basin kira-kira 190 km ke arah barat Tawau.

(3) Jika anda mempunyai bajet lebih, boleh saja dapatkan sebuah helikopter.


 

Untuk perjalanan yang mencabar ke Maliau Basin ini, anda hendaklah menaiki kereta 4x4 atau kenderaan pacuan 4 roda kerana kemungkinan keadaan jalan raya yang tidak berturap.


 

Persediaan Sebelum Ke Maliau Basin

 

(1) Persediaan fizikal adalah paling penting. Pastikan tahap kesihatan dalam keadaan terjaga sebelum perjalanan dan semasa perjalanan

(2) Dapatkan barangan asasi makanan seperti beras, sayur, ikan, telur, air minuman  dan sebagainya sebelum ke Maliau Basin.

(3) Pastikan bekalan minyak kenderaan mencukupi kerana difahamkan bahawa tiada stesen minyak di antara Keningau dan Maliau Basin.

(4) Tiada isyarat telekomunikasi di kawasan Maliau Basin. Jadi pastikan anda memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan sebelum perjalanan jika berlaku sebarang perkara tidak diingini.


 

Maliau Basin Studies Center (MBSC)

 

27 km dari Maliau Basin, anda boleh singgah dulu di pusat ini untuk mendapatkan informasi lanjut sebelum menuju ke Maliau Basin. Di sini terdapat kemudahan penginapan hostel, kedai cenderamata, pusat informasi, kafe dan sebagainya.


 

basin.JPG


 

Untuk maklumat lanjut tentang Maliau Basin, sila layari laman web www.maliaubasin.info atau www.maliaubasin.org













 

I want to evaluate

Score:
Recommended

A Day at the Zoo ~ KL TOWER MINI ZOO

Halfway to Paradise ~ Kundasang, Sabah

Fun Activities with people of Bajau Laut Village in Pulau Maiga

Panuba Inn Resort - Tioman Island

“Aloha” Terengganu Kemasik Beach