Home Lifestyle Travel Outskirts

Teratak Nalys Eco Resort and Equestrian

Liani

View  26944  Times

2015-11-13 12:19:18

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Travel: Travel|Selangor|Batang Kali
Address:
Please mark the map position
  • Contact Person: Resort
  • Contact Number: 03-41060030
  • Operation Hours:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

Teratak Nalys Eco Resort and Equestrian

Label:

 

Teratak Nalys Eco Resort and Equestrian terletak berhampiran perkampungan orang asli di Batang Kali kawasan Hulu Selangor. Resort ini bukan sekadar menawarkan penginapan yang selesa, malah terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Anda pasti teruja melakukan aktiviti kampung seperti mandi-manda di sungai, bermain dengan arnab yang comel, mengejar ayam kampung, menunggang kuda, melihat dan melakukan sendiri aktiviti pertanian dan penternakan haiwan, memancing ikan dan sebagainya.

 

Selain beriadah dengan pelbagai kegiatan, dalam masa yang sama anda juga dapat menimba pelbagai ilmu. Pengalaman dan ilmu yang mungkin sukar didapati terutama bagi mereka yang tinggal di kota besar seperti Kuala Lumpur.

 

Lain-lain aktiviti yang disediakan seperti : 

- Paintball Target shooting
Horse riding
Horse Riding 
Night Walk 
Telematch
Flying Fox
Kayaking
.Archery
Compass Game
Treasure Hunt
Survival Cooking
Jungle Trekking
Burung Hantu
Amazing Race
Rentas Halangan
Memancing
Paintball War game
Teambuilding 
Caving / Eksipidisi Gua

 

Penginapan chalet di Teratak Nalys Eco Resort and Equestrian menjanjikan keselesaan. Chaletnya menyediakan bilik berhawa dingin atau kipas. Ada banyak pilihan chalet dan dorm yang disediakan. Tapak perkhemahan juga ada bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti perkhemahan. Selain tapak perkhemahan yang disewa, anda boleh juga menyewa khemah yang disediakan oleh pihak chalet.

 

Di sini juga disediakan dewan serbaguna tertutup yang dilengkapi dengan penghawa dingin, LCD Projektor dan PA System untuk seminar dan kursus. Dewan ini boleh memuatkan 100 - 120 perserta pada satu-satu masa. 

 

 

Teratak Nalys Eco Resort and Equestrian
Lot 169, Jalan Hulu Tamu
Kampung Orang Asli
44300 Batang Kali, Selangor
Phone: 03-4106 0030 / 4162 / 5884 dan 013-342 3080
GPS: 3.459716, 101.650427

 

 

 

 

 

 

I want to evaluate

Score:
Recommended

Halfway to Paradise ~ Kundasang, Sabah

Lok Kawi Wildlife Park @ Sabah

10 Weird & Unique Museum in Penang

Fun Activities with people of Bajau Laut Village in Pulau Maiga

5 Incredible Water Theme Park In Malaysia