Home Lifestyle Travel Outskirts

Ketahui sejarah nama-nama tempat di Johor yang anda sendiri tidak tahu

nurulfadh13

View  8997  Times

2016-08-11 15:13:09

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Travel:
Address:
Please mark the map position
  • Contact Person:
  • Contact Number:
  • Operation Hours:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

Ketahui sejarah nama-nama tempat di Johor yang anda sendiri tidak tahu

Label:

Fi-covre-neger-kamoung-johor.jpg

Umum mengetahui nama-nama tempat di negeri Johor adakalanya sangat unik dan pelik. Tahukah anda, nama-nama tempat ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Mungkin anada sendiri tidak tahu bagaimana wujudnya nama-nama tempat ini. Disini, kami senaraikan beberapa nama tempat beserta sejarah dan makna di sebaliknya.

 

1. Gelang Patah, Johor Bahru.

 

FI gelang patah

 

 

Nama asalnya ialah Galang Patah iaitu nama yg diberikan oleh Menteri Besar Johor Pertama, Dato’ Jaafar Muhammad. Menurut cerita yg disampaikan oleh Lt Jen Dato’ Jaafar Onn kepada Yayasan Warisan Johor, sewaktu Dato’ Jaafar (Menteri Besar) bersama isteri dan rombongannya mengemudi sampan dengan menggunakan galang panjang ke beberapa kawasan untuk membuka petempatan baru, tiba di satu kawasan galang yg digunakan itu patah. Smpena kejadian itu, Dato’ Jaafar menamakan tempat itu sebagai Galang Patah. Namun, disebabkan sebutan yg berubah-ubah di antara galang dan gelang, ia akhirnya dikenali sebagai Gelang Patah sehingga ke hari ini. 

 

 

2. Tongkang Pechah, Batu Pahat.

 

 

FI batu pahat

 

 

Nama Tongkang Pecah diberi sempena peristiwa tongkang orang Melayu Jambi yg pecah ketika melalui Sungai Sembrong, Batu Pahat. Mereka dikatakan lari dari Jambi, Indonesia untuk membuka petempatan baru di Tanah Melayu. Ketika empat buah tongkang mereka melalui sungai berkenaan, salah sebuah tongkang itu telah pecah menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan perjalanan dengan tongkang yg lain. Kumpulan orang Melayu Jambi itu kemudian membuka petempatan di situ dan menamakan kawasan itu sebagai Tongkang Pecah. 

 

 

3. Mukim Sungai Pinggan, Kg Puteri Menangis, Kg Sepah Beruang di Benut, Pontian. 

 

FI puteri menangis 1

 

Kawasan ini dipercayai mendapat namanya daripada mitos seorang puteri yg menjaga pinggan mangkuk untuk digunakan dalam majlis perkahwinan masyarakat bunian. Dikatakan penduduk kampung akan pergi ke sungai itu untuk meminjam pinggan mangkuk yg dijaga oleh puteri itu. Selain itu, dikatakan banyak juga pinggan mangkuk itu dirosakkan oleh beruang yg banyak terdapat di kawasan berkenaan. Sempena mitos itu, sungai berkenaan dinamakan Sungai Pinggan dan kampung berdekatan yg dinamakan Kampung Puteri Menangis, Kampung Sepah Beruang. 

 

 

4. Desa Temu Jodoh, Segamat.

 

 

FI kg desa bertemu jodoh

 

 

Asalnya Kampung Desa Temu Jodoh dikenali sebagai Tanah Rancangan Pemuda. Pada tahun 1977, diadakan majlis perkahwinan serentak peserta tanah rancangan berkenaan melibatkan 24 pasangan. Pada majlis itu, 24 pelamin didirikan di padang bola kampung berkenaan. Kesemua mempelai kemudian diarak menaiki kereta ke Masjid Jamek Daerah Segamat untuk dinikahkan. Majlis berkenaan ditaja oleh Menteri Besar Johor ketika itu, Tan Sri Othman Mohd Saat. Sempena peristiwa itu, kampung ini ditukar nama kepada Desa Temu Jodoh. 

 

 

5. Kampung Belukar Juling, Mersing. 

 

 

FI kg mersing

 

 

Pada awal penubuhannya, di kampung belukar juling dikatakan terdapat seorang lelaki cina bermata juling yang tinggal di situ kerana kawasannya yang jauh dan berdekatan dengan laut. Pada suatu hari, lelaki cina itu dikatakan telah membersihkan kawasan tersebut untuk menanam pokok getah. Namun, apabila semuanya selesai lelaki berkenaan hilang tanpa dapat dikesan. Akhirnya kawasan tersebut telah ditumbuhi semak dan belukar. Ketika kawasan itu mahu dijadikan kawasan petempatan, penduduk di situ menamakan kawasan berkenaan sebagai belukar juling, sempena lelaki cina bermata yang membersihkan kawasan itu. Walaupun identiti lelaki bermata juling itu tidak diketahui sehingga ke hari ini, nama belukar juling kekal hingga sekarang. 


I want to evaluate

Score:
Recommended

10 Weird & Unique Museum in Penang

Machap Walk, Pasar Malam Komuniti Cina di Alor Gajah Yang Unik

Amazing Landscape Of Desert Look-aLike Shore @ Pantai Klebang Malacca

Enjoy The Wonder Of Black Sand Beach Langkawi

Fun Activities with people of Bajau Laut Village in Pulau Maiga