Home Lifestyle Travel Adventure

8 Lebuhraya BERHANTU di Malaysia. No 4 paling seram!

nurulfadh13

View  18969  Times

2016-08-08 15:08:40

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Travel:
Address:
Please mark the map position
  • Contact Person:
  • Contact Number:
  • Operation Hours:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

8 Lebuhraya BERHANTU di Malaysia. No 4 paling seram!

Label:

05.jpg


Korang ada pengalaman tak lalu jalanraya yang menyeramkan? Lalu tengah malam tetiba korang rasa meremang. Rasa kereta berat, rasa ada bau-bauan yang kurang menyenangkan, ada lembaga melintas ke.. Pernah tak korang tahu tentang misteri setiap lebuhraya di Malaysia? Nak tahu lebuhraya mana yang paling seram kat Malaysia, korang baca kat bawah ni…


9db4


1) Lebuhraya Utara-Selatan

Pada 10 Oktober 2010, dua belas orang terbunuh dan lebih 50 yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Km 223 di Lebuhraya Utara -Selatan, berhampiran Simpang Ampat Interchange, Melaka. Pada 6 Disember , 2013, tiga warga Singapura pemilik Lamborghini yang berdaftar terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Seremban.


volkswagen kuning


2) Lebuh Raya Karak

Jalan raya yang menghala ke Genting Highlands dan Bentong merupakan antara tempat berhantu yang telah mengorbankan ratusan nyawa pengguna jalan-raya.


10-KISAH-MISTIK-DI-LEBUHRAYA-PANTAI-TIMUR-2-LPT2-3


3) Lebuh Raya Persekutuan

Lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan terkenal dengan bahayanya terhadap penunggang motosikal. Ianya gelap, sempit, tidak diselenggarakan dengan baik. Banyak benda-benda tajam seperti paku berada di atas jalan tersebut. Sikap penunggang motosikal juga adalah antara penyumbang tegar kepada statistik kemalangan.


Simpang Pulai Cameron Highland


4) Simpang Pulai Cameron Highland

Pada 20 Disember, 2010, tragedi kemalangan yang berlaku di KM15 Jalan Cameron Highland – Simpang Pulai meragut nyawa 25 warga Thailand yang telah bercuti di resort bukit di Cameron Highland. Katanya selepas kejadian ada kelibat berlegar di kawasan tersebut.


610x


5) Lebuh Raya Lipis Merapoh

Lebuh Raya Merapoh seringkali dikaitkan dengan kemalangan bas express. Pada 23 November, 2003, 14 orang terbunuh apabila sebuah bas ekspres bertembung dengan bas yang lain di Km63, Jalan Lipis – Merapoh berhampiran sempadan Pahang – Kelantan. Bila lalu belah malam memang sunyi dan gelap.


muar


6) Lebuhraya Pedas/Linggi - Simpang Ampat [Plus]

Lebuhraya yang di katakan misteri ini adalah bermula dari persimpangan susur keluar Pedas/Linggi hingga ke persimpangan susur keluar Simpang Ampat, Melaka. Terdapat beberapa kes yang dilaporkan mangsa mengenai kejadian terserempak dengan makhluk halus atau lembaga yang melintas di lebuhraya ini, atau lelaki tua yang berbasikal, dan kebanyakkan kisahnya berlaku di sekitar waktu 1 - 4 pagi.

Antara kisah mangsa yang pernah mengalami pengalaman seram di lebuhraya ini adalah, seorang lelaki yang membuat perjalanan dari Melaka ke Bangi, dengan menaiki motosikal, beliau meredah malam melalui lebuhraya tersebut pada sekitar jam 2 pagi. Kira-kira di KM 230, terdapat sebuah kereta Iswara Sedan putih di hadapannya yang bergerak begitu perlahan. Dengan perasaan sedikit gementar, beliau memotong kenderaan di hadapannya dan terbau sesuatu yang begitu busuk. Ketika memotong Iswara putih itu, beliau sempat menjeling ke arah kereta tersebut dan apa yang dilihatnya, adalah sebuah kereta yang telah remuk teruk [total loss] bergerak tanpa pemandu.

 

hantu lebuhraya gambang kuantan


7) Lebuhraya Kuantan - Gambang [Plus]

Kisah seram di lebuhraya ini adalah yang paling seram kerana selain daripada pengalaman mangsa, seorang penunda kereta, Abdul Mubin Mohamad, yang berada di lokasi kemalangan berjaya merakam imej hantu secara tidak sengaja pada tahun 2011. Beliau mendakwa dan yakin ketika gambar diambil, tiada sesiapa yang berada di hadapannya, dan tempat mereka berdiri pula adalah kawasan semak serta berhampiran dengan hutan, selain keadaan yang gelap gelita. Apa yang lebih mengejutkannya adalah terdapat tiga entiti yang seakan sedang memandangnya, dua berpakaian merah dan seorang memakai blouse putih, tetapi wajah mereka yang sukar untuk dilihat di dalam gambar tersebut meyakinkannya lagi bahawa entiti tersebut bukanlah manusia.

 

222376_171822492873378_140766242645670_364078_2466242_n

 

8) Lebuhraya Tangkak - Muar [Plus]

Pada tahun 2012, sebuah persatuan bangsa Cina di daerah Tangkak/Muar telah mendapat kebenaran dari pihak berwajib untuk menutup laluan lebuhraya di kedua-dua arah bagi menjalankan satu ritual "membersihkan" kawasan tersebut dari gangguan mahklus halus dari terus mengganggu pengguna lebuhraya terbabit, dan beberapa wartawan dari syarikat penerbitan tempatan juga turut dijemput bagi melaporkan "peristiwa" berkenaan. Dengan kerjasama dari pihak Polis, mereka mula menutup laluan terbabit pada jam 11 malam, bersesuaian dengan masa untuk hantu bergerak secara aktif dan akan memudahkan "kerja-kerja" mereka. Ritual "pembersihan" itu turut melibatkan dua lagi bangsa pengamal perubatan, iaitu wakil dari Melayu dan India, masing-masing dikatakan mampu untuk berinteraksi dengan makhlus halus.

Menurut laporan seorang saksi yang turut berada di lokasi, segala perancangan mereka untuk menjadikan laluan tersebut "bebas" dari sebarang kekacauan jin dan hantu, tidak berjalan dengan sempurna, senang kata, tidak berjaya. Salah seorang anggota polis yang bertugas telah meninggal dunia, akibat dirasuk oleh makhluk halus terbabit, dan bomoh berbangsa Melayu yang membantu polis itu turut mati bersama. Sejurus kejadian tersebut, mereka semua memutuskan untuk beredar dari situ dengan secepat mungkin bagi mengelak dari kemungkinan perkara yang lebih buruk akan berlaku.


I want to evaluate

Score:
Recommended

Halfway to Paradise ~ Kundasang, Sabah

Machap Walk, Pasar Malam Komuniti Cina di Alor Gajah Yang Unik

Top 9 Must Visit Places At Ranau, Sabah

Fun Activities with people of Bajau Laut Village in Pulau Maiga

First Glass Temple in WORLD ~ Arulmigu Sri Rajakaliamman