Home Lifestyle Travel Adventure

Tukar Waze versi sukan Olimpik Rio 2016 mengikut ikon negara

nurulfadh13

View  1752  Times

2016-08-05 14:26:04

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Travel:
Address:
Please mark the map position
  • Contact Person:
  • Contact Number:
  • Operation Hours:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

Tukar Waze versi sukan Olimpik Rio 2016 mengikut ikon negara

Label:

Waze-Olympic-Teams-Country-Flags-600x334.jpg


Sebelum ini, kita mendapati terdapat ciri-ciri baharu pada aplikasi Waze dimana suara penunjuk arah boleh diubah kepada suara penyanyi terkenal, Yuna. Bagi musim sukan olimpik 2016 di Rio pula, aplikasi Waze memperkenalkan ikon penunjuk arah bertemakan Sukan Olimpik Rio 2016 yang mewakili negara peserta di seluruh dunia. 


Brazil adalah sebuah negara yang memiliki komuniti pengguna Waze paling tegar. Justeru, sehubungan dengan Sukan Olimpik 2016 di Rio tidak lama lagi, apa kata kita sama-sama menunjukkan sokongan dengan menukar ikon serta suara pandu arah yang melambangkan jiwa kesukanan.


WAZE membuka peluang kepada pengguna aplikasinya untuk memuat turun suara pandu arah yang dipimpin oleh seorang jurulatih. Rasai pengalaman sebagai atlet yang berkobar-kobar untuk sampai ke garisan penamat (destinasi). Suara “The Coach” hanya terdapat dalam tetapan Bahasa Inggeris dan Portugis.


Waze-Settings-Screen-The-Coach-ENG


Sebagai kemuncak untuk mewujudkan lebih kemeriahan, pengguna juga boleh menyertai pasukan negara masing-masing dengan menukar tetapan ikon kepada “Waze country Teams”. Ikon Waze milik anda secara tidak langsung akan memaparkan bendera negara-negara yang menyertai kejohanan sukan gilang-gemilang mengikut pilihan.


Waze-Rio-Brazil-Olympic-Games-752x490


Tidak ketinggalan, Waze turut menyediakan laman mikro istimewa yang memaparkan seleksi maklumat mengenai aktiviti di Rio. Keadaan trafik semasa sebenar di empat buah zon Olimpik akan dipaparkan untuk rujukan para pengguna yang berada di Rio bagi mengelak tersekat dalam kesesakan lalu lintas sepanjang jam sibuk.


Untuk keterangan lanjut anda boleh layari  www.waze.com/rio


I want to evaluate

Score:
Recommended

The Memory Of 120 Years Old Lane - Ipoh Concubine Lane

Amazing Landscape Of Desert Look-aLike Shore @ Pantai Klebang Malacca

Machap Walk, Pasar Malam Komuniti Cina di Alor Gajah Yang Unik

Panuba Inn Resort - Tioman Island

5 Incredible Water Theme Park In Malaysia