Home Lifestyle Travel Tropical Rainforest

Uji ketahanan badan daki tujuh tingkat air terjun Lata Mentagan

nurulfadh13

View  1880  Times

2016-08-05 10:57:43

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Travel:
Address:
Please mark the map position
  • Contact Person:
  • Contact Number:
  • Operation Hours:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

Uji ketahanan badan daki tujuh tingkat air terjun Lata Mentagan

Label:

mentagan2.jpg


Mahu mencari ketenangan jiwa atau merencana sesuatu yang dapat menghiburkan hati jauh dari kota yang menyesakkan? Ayuh ke Lata Mentagan di Kampung Belimbing, Mukim Penyor, Pekan, Pahang untuk bermain airnya yang dingin sambil mendengar alunan kicauan unggas hutan.

Persis kisah Si Tanggang, Lata Mentagan memiliki cerita legenda tersendiri juga cerita anak derhaka kepada ibu selepas menjadi kaya-raya.


Mentagan 12


Bukan sekadar keindahan alam semula jadinya yang masih kekal sebagai hutan dara kerana belum ada penerokaan hutan, pengunjung juga boleh melangkah menelusuri tepian anak sungai hingga sampai air terjun di tingkat ketujuh.


Itupun selepas beberapa jam melangkah dan berhenti menghilangkan penat di enam kolam sebelumnya. Bagi yang tidak mempunyai kekuatan dan ketahanan fizikal, cukup sekadar bermain air dan berkelah di air terjun tingkat kedua atau ketiga.


thumb_IMG_1783_1024


Lata Mentagan dengan legendanya tersendiri juga dikenali dengan nama Air Terjun Lata Mentagan dikatakan mempunyai tujuh tingkat air terjun dan setiap satu mempunyai kolam dan dataran tersendiri.


Mentagan ialah nama seorang pedagang yang juga anak lelaki kepada pasangan suami isteri Tok Tajuk dan Tok Sunting yang menetap di pesisir Sungai Pahang dan hidup dalam kemiskinan. Kisahnya mirip kepada Si Tanggang.


ulu-geruntum


Disebabkan enggan mengakui Tok Sunting sebagai ibunya selepas bergelar pedagang kaya-raya kerana malu kepada isterinya, wanita tua itu terlalu sedih dan melarikan diri ke gunung sementara kapal dagangan itu secara tiba-tiba menjadi batu dan nasib Mentagan tidak diketahui. Sungai, pulau dan kampung berkaitan kisah itu dinamakan Mentagan dan kekal sehingga hari ini.


SNC00559


Ini memberi pilihan kepada pengunjung memilih kolam untuk merehat dan menenangkan diri sambil menikmati panorama semulajadi dengan pelbagai spesies flora dan fauna. Jarak antara setiap tingkat tidak menentu. Ada yang terletak bersebelahan dan ada yang memerlukan pengunjung mendaki untuk sampai ke tingkat seterusnya.


3484173233_b4132f484e_b


Untuk meneroka keseluruhan Lata Mentagan, di peringkat awal pengunjung perlu melalui jalan berbatu kecil untuk sampai ke tapak permulaan yang mengambil masa 20 minit dari jalan utamanya, Jalan Belimbing mengunakan kenderaan.

Air kolam yang jernih di tingkat kedua membolehkan pandangan tertumpu kepada anak ikan, udang dan ketam halus yang berenang-renang mampu menimbulkan suasana tenang dan mendamaikan.


Sesekali tidak salah meneroka alam hijau untuk lari sekejap dari hiruk pikuk kota untuk merehatkan minda. Yang penting kesegaran menghirup udara bersih yang nyaman dapat menyihatkan tubuh badan dan secara tidak langsung anda juga dapat mengeluarkan peluh dengan aktiviti mendaki di Lata Mentagan.


I want to evaluate

Score:
Recommended

Orient Escape Travel Sdn Bhd

Machap Walk, Pasar Malam Komuniti Cina di Alor Gajah Yang Unik

Fun Activities with people of Bajau Laut Village in Pulau Maiga

5 Incredible Water Theme Park In Malaysia

Historic Fort Margherita