Home Lifestyle Travel Adventure

Anda tidak boleh berpisah dengan telefon bimbit ketika bercuti? Jika ya, anda perlu Digital Detox

nurulfadh13

View  1053  Times

2016-08-04 11:12:43

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Travel:
Address:
Please mark the map position
  • Contact Person:
  • Contact Number:
  • Operation Hours:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

Anda tidak boleh berpisah dengan telefon bimbit ketika bercuti? Jika ya, anda perlu Digital Detox

Label:

digital-detox.jpg


Cuba ingat semula bila agaknya kali terakhir anda ‘hidup’ dengan mematikan segala talian telefon atau internet? Dan ingat semula kitaran hidup anda sebelum kuasa digital menguasai diri anda?

Satu kajian dilakukan di United Kingdom mendapati kelompok manusia yang hidup tanpa tenaga digital lebih menghargai kehidupan dan kebanyakan mereka yang hidup diikat internet ini lebih mudah mengalami tekanan dalam diri.


digital-detox1


Lihat bagaimana dengan melakukan digital detox anda mampu meraikan hidup dengan lebih indah.

BAGAIMANA MAHU BERMULA?

Pertama disiplin. Jika anda mahu menghargai kehidupan – apa yang ada di depan mata dan apa yang bakal anda teroka. Takkan anda hanya mahu merasai semuanya secara digital? Rasakan sendiri pengalaman. Internet itu hanya rujukan bukan keperluan kerana kadang-kadang kita lupa tanpa internet hidup kita lebih tenang dan lebih sempurna jalanannya. Perkara ini harus disemat dalam minda anda!


digitaldetoxcover2


BEBAS GAJET KETIKA BERCUTI

Take it like a real traveler. Hanya berteman peta, ringan mulut dan naluri hati untuk membawa anda ke destinasi yang mungkin anda sendiri belum tentu pasti. Tetapi apa yang pasti dalam setiap pengembaraan akan ada sesuatu yang boleh anda belajar. Jika hanya berpandu apa yang ada di Google anda tidaklah begitu merasai erti mengembara.


digital-detox


PILIH TEMPAT TINGGAL DENGAN AKSES INTERNET TERHAD

Mungkin ramai beranggapan semua hotel menawarkan rangkaian internet percuma 24 jam. Tetapi tidak sebenarnya. Sesetengah hotel hanya mempunyai akses internet di kawasan tertentu seperti lobi sahaja. Ini beralasan tidak mahu pengunjung yang datang ke pulau ini hanya berdiam bersama peranti digital di dalam bilik. Pulau itu harus diteroka keindahannya jika masih mahu terikat dengan telefon pintar anda silakan ke pulau lain.

Sumber: Majalah EH


I want to evaluate

Score:
Recommended

Halfway to Paradise ~ Kundasang, Sabah

Top 9 Must Visit Places At Ranau, Sabah

Enjoy The Wonder Of Black Sand Beach Langkawi

5 Incredible Water Theme Park In Malaysia

First Glass Temple in WORLD ~ Arulmigu Sri Rajakaliamman