Home Lifestyle Travel Outskirts

Lawatan Sehari Dan Belajar Tentang Gaharu Di Gaharu Tea Valley Gopeng

Liani

View  15518  Times

2016-07-28 12:33:05

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Travel:
Address:
Please mark the map position
  • Contact Person:
  • Contact Number:
  • Operation Hours:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

Lawatan Sehari Dan Belajar Tentang Gaharu Di Gaharu Tea Valley Gopeng

Label:


Keindahan Gaharu Tea Valley ini seakan sama dengan keindahan ladang teh di Cameron Highland dengan penanaman pokok-pokok gaharu yang ditanam secara bersusun dan bertingkat-tingkat di lereng-lereng bukit. Jangan terkejut kalau anda rasa seolah-olah berada di ladang teh Cameron Highland kerana suasananya tidak jauh beza kecuali pokok-pokok gaharu tentunya bersaiz lebih besar dan tinggi.


gaharu1


Di Mana Lokasinya...?


gaharu2

Imej Google


Terletak hanya 3km dari pekan Gopeng. Lebih spesifik lagi, ia berada di antara Kampung Sungai Itik dan Kampung Pintu Padang. Untuk sampai ke ladang ini, perlu melalui dulu jalan-jalan kampung sekitarnya. Tanda ketibaan di Gaharu Tea Valley ialah bila anda lihat pintu gerbang yang besar seperti pintu gerbang istana ini.


gaharu4


Jalan-Jalan Di Gaharu Tea Valley


Berjalan di kawasan ladang seluas 300 ekar sememangnya penat tapi anda tak perlu risau kerana pelawat akan dibawa oleh pemandu khas mengelilingi seluruh ladang dengan kenderaan van.


gaharu5

Anda cuma perlu bayar sekitar RM10 saja, pelawat akan dibawa mengelilingi keseluruhan ladang sehinggalah sampai ke puncak bukit.


gaharu6

gaharu9

gaharu10 gaharu11

Ada beberapa persinggahan menarik yang mempunyai cerita tersendiri terutama yang berkaitan dengan sejarah Gaharu Tea Valley dan cerita hikayat berkaitan pokok gaharu.


gaharu8


Post Untuk Bergambar


Bukan sekadar ladang tanaman pokok gaharu, sebagai sebuah lokasi eko pelancongan yang diiktiraf oleh kerajaan Negeri Perak, beberapa port menarik untuk para pelancong bergambar dimasukkan unsur-unsur seni pada unsur alam seperti lukisan pada pokok, lukisan 3D, laluan tangga berwarna warni, laluan Tembok Besar China, bumbung berhias payung, bilik pameran gaharu, kedai jualan produk gaharu dan lain-lain lagi yang menarik.


gaharu15

gaharu13 gaharu22

gaharu23 gaharu24 gaharu25 gaharu26

Gambar via fb Ilon Annuar


gaharu16 gaharu21

Pelawat selalunya akan bergambar sambil peluk batang pokok yang ada lukisan haiwan-haiwan ini.


gaharu35 gaharu36

"LOVER'S TREE " - Pokok misteri yang dikatakan berusia lebih dari 100 tahun. Bukan pokok gaharu. Menurut cerita mitos, pokok ini ada kaitan dengan kisah cinta sepasang kekasih berbangsa kulit putih dan orang asli yang terhalang dan mendapat tentangan.

gaharu20

gaharu18

Di beranda yang luas ini, anda boleh bergambar berlatar belakang pemandangan bukit bukau dan ladang gaharu.


gaharu19

Time Tunnel Gaharu Tea Valley yang menceritakan tentang sejarah Gaharu Tea Valley.


gaharu39

gaharu17

Untuk beri kefahaman tentang Gaharu Tea Valley terutamanya tentang penanaman pokok gaharu, sejarah berkaitan pokok gaharu, penghasilan produk dan lain-lain, seorang host akan menjadi jurucakap dan menjawab semua soalan-soalan yang mungkin ingin diketahui oleh para pelawat.


gaharu12

Anda juga boleh lihat pameran berkaitan pokok gaharu dengan melihat gambar-gambar lama dan binaan kecil yang disimpan dalam balang kaca yang besar.


gaharu37 gaharu38

Bagi yang berminat hendak mencuba produk-produk yang dihasilkan dari pokok gaharu seperti teh, ais krim, kuih, telur, mee, sabun, minyak wangi dan lain-lain.


gaharu40 gaharu41 gaharu42

Yang rasa lapar setelah penat meronda sekitar ladang, tentunya anda rasa nak makan dan ingin makan dan minum. Jangan risau kerana ada kafe disediakan.


gaharu43

Menarik bukan kalau dapat buat lawatan ke Ladang Gaharu Tea Valley ini. Banyak ilmu baru yang anda boleh pelajari tentang gaharu. Bagi yang berkesempatan ke Gopeng, silakan singgah untuk lihat sendiri keindahan ladang gaharu ini.


GAHARU TEA VALLEY


Alamat  : Jalan Sungai Itek, Gopeng, Perak

Waktu lawatan : 9.00 pagi - 6.00 petang ( Isnin - Ahad )

No Telefon   : 05-351 1999

Laman Web : http://www.gaharu.com.my/     |      http://www.hoga.my/

Facebook     : https://www.facebook.com/GaharuTeaValley/

 


I want to evaluate

Score:
Recommended

The Memory Of 120 Years Old Lane - Ipoh Concubine Lane

Orient Escape Travel Sdn Bhd

10 Weird & Unique Museum in Penang

The Tallest Man Made Skyscraper In Malacca - The Shore Sky Tower

First Glass Temple in WORLD ~ Arulmigu Sri Rajakaliamman