Home Lifestyle Travel Outskirts

Kolam Air Panas Hulu Tamu Yang Kini Berwajah Baru

Liani

View  26418  Times

2016-06-29 11:59:21

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Travel:
Address:
Please mark the map position
  • Contact Person:
  • Contact Number:
  • Operation Hours:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

Kolam Air Panas Hulu Tamu Yang Kini Berwajah Baru

Label:


Kolam Air Panas Hulu Tamu di Batang Kali antara kolam air panas semulajadi popular di Selangor. Sebelum ini, keadaan kolam air panas semulajadi ini kurang terurus dan tidak menarik. Sebagai salah satu tempat rekreasi popular, pihak Majlis Daerah Hulu Selangor telah membaiki dan naik taraf tempat ini menjadi lebih menarik dan yang penting ialah terjaga kebersihannya.


kolam1


Lokasinya di Batang Kali yang juga menjadi salah satu laluan ke Genting Highland. Bagi yang melalui Batang Kali untuk ke Genting Highland, apa kata anda singgah seketika ke kolam mandian panas semulajadi ini untuk segarkan badan yang lenguh akibat memandu.  Jaraknya kira-kira 7 km dari Batang Kali.


Google Map : https://goo.gl/umMNa2


Anda akan lalui kampung dan ladang kelapa sawit. Kedudukannya akan tersembunyi tapi jangan risau kerana ada papan tanda di tepi jalan. Tempat letak kereta adalah percuma.


kolam2


Kemudahan-kemudahan asas seperti gazebo, pondok dan laluan jambatan kecil telah ditambah oleh pihak MDHS. Suasana kolam mandian panas ini jauh lebih selesa daripada keadaan sebelumnya.


kolam4


Memang jauh berbeza keadaan kolam air panas sebelum dan selepas. Anda boleh lihat sendiri punca mata air air panasnya iaitu kolam yang paling kecil sekali.


kolam6


Boleh berendam, menyelam dan berenang puas-puas dalam air panas.


kolam12


Kehijauan yang mengelilingi kawasan ini dengan pokok-pokok juga mendamaikan suasana. Sesiapa pun akan rasa tenang berendam di kolam air panas yang selesa seperti ini.


kolam7

kolam13


Pondok di tengah-tengah kolam ini boleh anda jadikan sebagai tempat berlindung dari hujan dan panas.


kolam8


Yang lebih menyeronokkan dan memudahkan, ada kemudahan penginapan dan restoran yang sedap berhampiran Kolam Air Panas Hulu Tamu ini iaitu Ontok-Ontok Chalet dan Restoran Cholo-Cholo. Chalet dan restoran ini kedudukannya dalam kawasan yang sama.


kolam10

kolam9


Untuk info, anda boleh hubungi Ontok-Ontok Chalet & Camp. Mungkin anda berminat untuk menginap dan makan di restorannya.


No Telefon  : 019-248 1795

Facebook    : Ontok-Ontok Chalet & Camp


Sumber gambar dikutip dari Facebook  Cheong Kok Keong ,  Hafiz KasimHonyi Lim Yen Chun dan blogger jelajah-xplorer


I want to evaluate

Score:
Recommended

3 Days 2 Nights at Sungai Lembing [Time Capsule Retreat + Panorama Hill Sunset + Rainbow Waterfall]

10 Weird & Unique Museum in Penang

The Tallest Man Made Skyscraper In Malacca - The Shore Sky Tower

Enjoy The Wonder Of Black Sand Beach Langkawi

Orient Escape Travel Sdn Bhd