Home Lifestyle Travel Adventure

Lokasi Rekreasi Dan Pendakian Menarik Di Hutan Lipur Ulu Kenas & Gunung Bubu

Liani

View  33513  Times

2016-03-31 17:15:18

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Travel: Travel|Perak|Kuala Kangsar
Address: Jalan Kuala Kangsar - Manong
Please mark the map position
  • Contact Person:
  • Contact Number:
  • Operation Hours:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

Lokasi Rekreasi Dan Pendakian Menarik Di Hutan Lipur Ulu Kenas & Gunung Bubu

Label:



Menyaksikan keindahan Hutan Lipur Ulu Kenas menerusi gambar-gambar di Google, tentu rugi kalau tak pergi ke kawasan rekreasi ini terutamanya dalam kunjungan ke Kuala Kangsar, Perak. Memang rugi kalau tak singgah taman rekreasi ini. Tempatnya memang bersih di bawah jagaan Jabatan Perhutanan Negeri. Tambahan lagi, persekitarannya yang menghijau dan bersih terasa sungguh mendamaikan.


ulu1.JPG

Sumber gambar : hanyadihatiku





Lokasi Hutan Lipur Ulu Kenas






Terletak di kawasan Hutan Simpan Bubu iaitu di daerah Kuala Kangsar. Jika dari Bandar Kuala Kangsar, jaraknya kira-kira 15 km melalui Jalan Kuala Kangsar - Manong. Jika dari Bandaraya Ipoh, jaraknya dalam 45 km.  Biasanya para pendaki yang mendaki Gunung Bubu, akan masuk menerusi hutan lipur ini sebagai pintu masuk.



Bayaran Masuk


Kereta - RM2

Dewasa - RM2

Veteran & Kanak-Kanak - RM 1

Pelancong Asing - RM5



Aktiviti


Selain sebagai tempat perkelahan dan mandi-manda, hutan lipur ini sesuai untuk aktiviti perkhemahan, mendaki dan jungle tracking.




Gambar : rompin77.blogspot.com



Inilah chalet penginapan di Hutan Lipur Ulu Kenas. Bagi yang berminat untuk menempah chalet atau berkhemah, anda boleh hubungi pihak jabatan hutan



Pejabat Hutan Daerah Kuala Kangsar,

33000 Kuala Kangsar, Perak

Tel. : 605-7761 089

Faks : 605-7766 722



Ada chalet biasa yang bayarannya cuma RM50/hari dan chalet eksekutif yang bayarannya RM150/hari. Untuk perkhemahan pula, bayaran RM10 orang biasa dan RM bagi pelajar sekolah.



Di sini juga ada Kem Bina Negara. Kalau anda nak lebih mencabar sikit, anda lalui sebuah denai berhampiran Kem Bina Negara ini yang akan membawa anda ke satu lagi lokasi perkelahan yang menarik.



ulu3.jpg


ulu2.jpg



Kemudahan Yang Disediakan


Parkir kereta

Tandas dan bilik mandi

Gerai jualan makanan

Surau

Pondok rehat

Dewan serbaguna



Mendaki Gunung Bubu


Untuk mendaki ke Puncak Gunung Bubu, pendakian perlu ke Kem Sg. Gading yang mengambil masa lebih kurang 6 jam perjalanan. Di sini ada penginapan untuk pendaki bermalam sebelum meneruskan perjalanan ke Puncak Gunung Bubu keesokannya.


Sungai Gading. Sumber gambar jeejountravel



Mendaki ke Puncak Gunung Bubu pun ada cabarannya terutama pada hari hujan. Semasa pendakian selanjutnya, pendaki biasanya akan singgah di satu perhentian dipanggil Last Water Point, iaitu kawasan punca air terakhir bagi para pendaki mengisi semula bekalan minuman mereka.



Pemandangan dari perhentian Last Water Point. Sumber gambar jeejountravel



Selepas mengisi semula bekalan air, barulah pendaki akan teruskan perjalanan ke Puncak Gunung Bubu. Di kawasan puncak ini ada satu beirut besi berbentuk segi tiga. Pendaki tidak boleh berkhemah di kawasan ini. Sebliknya, mereka perlu meneruskan lagi perjalanan selama 10-15 minit untuk ke tapak perkhemahan sebenar.



Inilah kawasan perkhemahannya.


Sumber gambar jeejountravel



Anda patut datang berkunjung ke Hutan Lipur Ulu Kenas bersama dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di kawasan rekreasi ini. Bagi para pendaki pula, peluang mendaki ke Gunung Bubu juga tidak patut dilepaskan kerana pemandangan di puncak Gunung Bubu tidak kurang hebatnya terutama di waktu pagi.



I want to evaluate

Score:
Recommended

Top 9 Must Visit Places At Ranau, Sabah

Farm Theme Holiday at Star Fish Leisure Farm

Fun Activities with people of Bajau Laut Village in Pulau Maiga

Panuba Inn Resort - Tioman Island

3 Days 2 Nights at Sungai Lembing [Time Capsule Retreat + Panorama Hill Sunset + Rainbow Waterfall]