Home Lifestyle Travel Tropical Rainforest

11 Tempat Yang Cantik & Menarik Walaupun Dengan Nama Yang Pelik

Nur Syahera

View  2939  Times

2016-01-28 08:45:20

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Travel:
Address:
Please mark the map position
  • Contact Person:
  • Contact Number:
  • Operation Hours:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

11 Tempat Yang Cantik & Menarik Walaupun Dengan Nama Yang Pelik

Label:

11 Tempat Yang Cantik & Menarik Walaupun Dengan Nama Yang Pelik


  1. Pulau Bohey Dulang

Terletak di perairan Semporna,Sabah,Pulau Bohey Dulang ini merupakan salah satu pulau yang paling popular di Taman Marin Tun Sakaran.Dengan pemandangan yang sangat menakjubkan apabila dilihat di bahagian atas puncak,inilah sebabnya mengapa Pulau Bohey Dulang menjadi pulau yang terkenal dan sangat cantik. Malahan macam tidak percaya adanya pulau yang cantik ini terletak di Malaysia.Korang boleh sahaja google dan tengok pemandangan Pulau Bohey Dulang mesti korang akan teruja sebab terlalu cantik!



  1. Pulau Babi Tengah


Nama pulau ini sangat pelik iaitu Pulau Babi Tengah atau nama lain Pulau Tengah merupakan sebuah pulau milik persendirian.Pulau Babi Tengah yang terletak di Mersing,Johor ini berada sembilan batu nautika dari luar pantai Mersing di Laut China Selatan dimana ianya berada di luar kawasan pantai timur Johor. Untuk datang di Pulau Babi Tengah ini, ianya mengambil masa lebih kurang 30 minit dari jeti bot Mersing. Menurut sejarah, pada tahun 70-an, pulau ini sangat terkenal sebagai kem transit pelarian Vietnam dan kemudiannya ditutup pada awal tahun 80-an.Korang boleh tengok gambar pulau ini,serius cantik!



  1. Sungai Bangang

Dengar nama sungai ni sahaja dah macam mencarut tetapi walaupun namanya agak kurang sopan, sungai ini sangat cantik. Sungai Bangang ini cukup terkenal di kalangan pendaki. Kalau nak ke Sungai Bangang ini memang sangat mencabar kerana lokasinya yang sangat jauh dan tinggi.Sungai Bangang ini merupakan sungai yang mempunyai air yang sangat jernih. Chemerong,Berembun , dan Lansir atau nama singkatannya CBL merupakan nama yang tidak asing lagi dalam kalangan pendaki.Menurut mereka yang berpengalaman, untuk ke Sungai Bangang ini perjalanan sekurangnya sehari diperlukan dan ianya juga bergantung dengan stamina korang.Selain itu, perlu bermalam di kawasan Gunung Berembun atau Lata Lansir sebab kebiasaannya akan sampai pada lewat petang atau maghrib.



  1. Pulau Susu Dara


Terletak berhampiran Pulau Perhentian,Terengganu,Pulau Susu Dara ini merupakan sebuah pulau yang mempunyai air yang sangat jernih sampai boleh nampak ikan-ikan di dalam laut.Di Sekitar pulau ini terdapat juga pulau kecil iaitu Pulau Susu Dara Besar, Pulau Susu Dara Kecil dan Pulau Tokong. Pulau ini memang tak ada penghuni tetapi biasanya pengunjung akan dibawa ke pulau ini untuk snorkeling. Selain itu,pulau ini mempunyai pasir yang memang cantik sampai korang rasa nak baring je.Jadi korang yang snorkeling boleh la cuba di Pulau Susu Dara ini.



  1. Pulau Babi Besar


Pulau Babi Besar atau dikenali sebagai Pulau Besar merupakan sebuah pulau diluar pantai timur Johor.Korang yang nak pegi Pulau ini bolehlah pergi dengan bot dari bandar Mersing yang mengambil kira-kira 30 minit. Pulau Babi Besar ini mempunyai ketinggian 258 meter atau 845 kaki dari aras laut . Selain itu, pulau ini dikelilingi oleh Pulau Rawa,Pulau Sibu dan Pulau Tinggi. Kalau korang pergi pulau ini mesti berbaloi kerana pulau ini mempunyai ketenangan, pantai yang bersih,pasir putih dan air biru yang sangat jernih.


  1. Pulau Timba-timba

Terletak di Semporna, Sabah juga, Pulau Timba-Timba ini merupakan satu gugusan pulau yang kecil yang terletak di perairan Semporna. Pulau ini agak kurang dikenali oleh orang ramai. Walaupun kurang dikenali ramai tetapi pulau ini mempunyai satu keunikan kerana laut dipulau ini mempunyai 3 layer warna yang sangat cantik.Ianya seperti garisan pemisah yang boleh dilihat dengan begitu jelas.



  1. Pulau Talang-talang


Pulau Talang-Talang yang terletak di Sarawak ini merupakan sebuah pulau yang memberikan perlindungan marin pertama di Sarawak. Dikenali sebagai Taman Negara Talang-Satang yang mempunyai keluasan sebesar 19.414 heltar dan telah diwartakan pada tahun 1999 untuk meningkatkan pemuliharaan penyu. Taman Negara Talang -Salang ini mempunyai empat pulau iaitu Pulau Talang-Talang Besar , Pulau Talang-Talang Kecil, Pulau Satang Besar dan Pulau Satang Kecil.


  1. Gunung Besar Hantu

Kali ini tempat yang menarik adalah gunung. Gunung Besar Hantu merupakan gunung tertinggi di negeri itu dengan ketinggian 1,461 meter dari aras laut.Gunung Besar Hantu terletak di Jelebu,Negeri Sembilan. Kalau korang mendaki gunung ini, korang akan bertemu dengan air terjun Lata kijang yang merupakan salah satu air terjun tertinggi di Semenanjung Malaysia.


Sumber Gambar : http://norfanil.com/


  1. Pulau Bum Bum

Terletak di Semporna,Sabah juga,Pulau Bum Bum ini mempunyai keluasan kira-kira 40 kilometer dan Pulau Bum Bum ini juga merupakan pulau kedua terbesar di Teluk Darvel .Dikatakan juga, Pulau Bum Bum ini sebesar Singapura. Pulau Bum Bum ini dihuni oleh kaum Bajau yang merupakan sebuah kumpulan etnik tradisional yang tinggal di laut.


  1. Pulau Kentut Besar / Kecil


Dengar saja nama pulau ini mesti korang tak sangka yang ada jugak nama pulau pelik macam ini. Pulau Kentut Besar/kecil merupakan sebuah pulau yang terletak di perairan Pulau Langkawi. Pulau ini juga mempunyai air yang sangat jernih dengan pantai pasir yang putih. Selain itu, pulau ini mempunyai pemandangan menarik kerana ianya merupakan dua di antara lambakan gugusan pulau yang berada disitu.



  1. Pulau Pom Pom


Sebuah lagi pulau yang terletak di Sempona, Sabah iaitu Pulau Pom Pom. Pulau Pom Pom ini mempunyai 2 pulau iaitu Pulau Pom Pom Besar dan Pulau Pom Pom Kecil.Kalau korang datang ke pulau ini mesti korang akan rasa ketenangan. Walaupun pulau ini tidak sehebat seperti Pulau Mabul, Pulau Pom Pom ini mempunyai kelebihannya tersendiri. Korang yang suka snorkeling pun sangat sesuai untuk buat di Pulau Pom Pom ini.Pulau ini mempunyai tumbuh-tumbuhan tropika yang sangat kaya dan ianya juga dikelilingi dengan pasir putih dengan air yang sangat biru.


I want to evaluate

Score:
Recommended

The Memory Of 120 Years Old Lane - Ipoh Concubine Lane

Orient Escape Travel Sdn Bhd

The Tallest Man Made Skyscraper In Malacca - The Shore Sky Tower

Enjoy The Wonder Of Black Sand Beach Langkawi

Panuba Inn Resort - Tioman Island