Home Lifestyle Health Care Others

15 Buah-buahan Terbaik Untuk Penurunan Berat Badan Dengan Segera

Izza

View  72720  Times

2016-04-04 17:24:37

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Shop Name:Tiada
Area: Johor-Johor Bahru,
Address: Malaysia
Please mark the map position
  • Contact Phone: 0000
  • Contact Person:
  • WebSite:

15 Buah-buahan Terbaik Untuk Penurunan Berat Badan Dengan Segera

Label:

15 Buah-buahan Terbaik Untuk Penurunan Berat Badan Dengan Segera


Buah-buahan bukan sahaja sumber vitamin, nutrien dan serat yang baik untuk kita, malah ia juga sebenarnya merupakan sumber makanan yang baik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana buah-buahan mengandungi gula semulajadi yang rendah kalorinya di dalam jumlah yang besar.


Jika anda sedang merancang untuk menurunkan berat badan, buah-buahan berpotensi untuk membantu dan menjaga perut anda daripada rasa lapar. Anda tidak perlu risau lagi dengan kiraan pengambilan kalori anda kerana kami akan kongsikan 15 buah-buahan yang dapat membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih cepat dalam cara yang sihat.


1. Epal


apples-red.jpg


Epal bukan sahaja membantu meningkatkan metabolisme, malah ia juga dipenuhi dengan serat larut yang digelar pektin yang menjadikan anda rasa kenyang. Pektin mempunyai keupayaan untuk menghadkan lemak yang diserap oleh sel-sel badan. Oleh itu, pengambilan epal sebelum makan dapat menghadkan jumlah lemak yang diserap ke dalam badan.


2. Avokado


Avocado-2.jpg


Avokado diperkaya dengan lemak sihat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin. Ia merupakan 'lemak yang baik' ditemui di dalam avokado yang boleh meningkatkan metabolisme dan juga meningkatkan pengeluaran testosteron, hormon yang membantu dalam menghilangkan lemak.


3. Tembikai


bigstock-Food-fresh-Watermelon-on-the-69637729.jpg


Tembikai membantu dalam mengurangkan pengekalan cecair, sembelit, masalah kulit dan menggalakkan penurunan berat badan. Ia juga mempunyai kandungan air tinggi yang membuatkan anda berasa kenyang secara semulajadi dan rendah kalori.


Pengambilan tembikai sekurang-kurangnya sekali sehari dapat mengurangkan pengumpulan lemak, meningkatkan penyerapan lipit yang sihat dan mengurangkan berlakunya kesakitan otot.


4. Pear


15-Best-Fruits-For-Fast-Weight-Loss-pears.jpg


Pear kaya dengan kandungan serat yang tinggi untuk mengelakkan sembelit dan menjaga selera makan anda. Dengan memastikan sistem pencernaan anda berfungsi secara optimum, bahan buangan di dalam badan anda akan dibersihkan dengan efisien dan menggalakkan penghadaman keseluruhan yang lebih baik.


5. Peach


peach.jpg


Buah-buahan ini berfungsi dalam pembersihan usus. Peach mengandungi 'fenolik', sebatian yang menghalang pengumpulan lemak di perut.


6. Strawberi


fruit-basket-strawberry-wallpaper.jpg


Strawberi merangsang pengeluaran leptin dan hormon adiponectin. Kedua-dua hormon ini berfungsi dengan meningkatkan metabolisme dan membakar lemak dengan berkesan, ia menjadikan buah ini hebat dalam membantu program penurunan berat badan.


Strawberi juga mempunyai enzim anti-radang yang membantu dalam penyembuhan kerosakan tisu yang mungkin berlaku apabila anda bersenam secara meluas dalam usaha untuk menurunkan berat badan.


7. Lemon


Lemon.jpg


Lemon kaya dengan vitamin C dan asid sitrik. Ia juga diperkaya dengan serat yang membantu mengurangkan sembelit, masalah pencernaan dan obesiti.


8. Aprikot


Fun-Facts-of-Apricots.jpg


Aprikot segar adalah pilihan yang sangat baik untuk menjaga berat badan, atau mereka yang ingin mengurangkan beberapa paun tambahan. Aprikot penuh dengan serat larut yang menyerap air dan menyumbang kepada rasa kenyang di dalam perut anda.


Aprikot juga menggalakkan pergerakan makanan dengan lebih cepat melalui saluran pencernaan dan membantu mengekalkan sistem imun yang sihat. Ia mengandungi banyak beta karotena yang merupakan antioksidan dan berfmanfaat untuk badan anda.


9. Kelapa


coconut-01_2-2.jpg


Kelapa mengandungi minyak yang mempunyai kesan termogenik, yang mempunyai keupayaan untuk meningkatkan suhu badan. Ini bermakna kadar metabolik dan penggunaan tenaga keseluruhan yang membolehkan seseorang untuk menurunkan berat badan dengan lebih mudah.


Buah ini juga mempunyai enzim yang meningkatkan metabolisme hati yang dapat mengawal gula dengan lebih cekap, mencegah dalam peningkatan tahap gula dalam darah yang dikaitkan dengan obesiti.


Kelapa juga penuh dengan asid lemak rantaian sederhana yang tidak boleh disimpan dalam badan sebagai lemak. Makan kelapa juga membuatkan seseorang mudah berasa kenyang dan boleh mengelakkan terlebih makan.


10. Delima


pom.jpeg


Delima dipenuhi antioksidan yang membantu dalam menghapuskan toksin dalam badan. Delima juga mengurangkan penyimpanan kolesterol yang tidak baik atau dikenali sebagai Low Density Lipoprotein (LDL). Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa delima boleh menyebabkan selera makan seseorang mengecut, oleh itu pengambilan makanan juga berkurang.


11. Tembikai Susu Madu


Cantaloupes.jpg


Tembikai susu madu yang juga dikenali sebagai ‘rock melon’ merupakan buah-buahan yang kaya dengan vitamin A, C dan B. Vitamin A adalah penting untuk mata yang sihat manakala vitamin C membantu melindungi badan anda daripada radikal bebas dengan merangsang sel-sel darah putih untuk melawan jangkitan dengan segera.


Buah ini juga mengandungi serat yang tinggi. Semua nutrien yang terdapat di dalam buah ini memberi jaminan kepada badan yang sihat. Mempunyai badan yang sihat bermakna anda mempunyai mekanisme yang tepat untuk metabolisme karbohidrat yang cekap untuk memastikan pembakaran lemak dan bukannya penyimpanan lemak.


12. Betik


sweet-papaya-on-the-dish-with-green-papaya-leaf.jpg


Betik sarat dengan enzim yang dipanggil papain menggalakkan penghadaman dan mencegah ulser perut. Betik juga kaya dengan vitamin A dan C. Memasukkan betik di dalam diet anda akan menyebabkan penghadaman makanan cekap dan cepat, di samping itu ia juga menghapuskan penyimpanan gula di dalam badan.


13. Beri Hitam


Blackberries_simplysmoothies.org_.jpg


Beri hitam dipenuhi dengan serat dan kaya dengan vitamin C. Kandungan serat yang tinggi di dalam buah ini bermakna bahawa badan anda akan menggunakan lebih banyak tenaga mencerna daripada menyimpan gula. Beri hitam juga berfungsi sebagai makanan ringan yang membendung ketagihan gula supaya anda tidak terasa untuk makan biskut atau pencuci mulut selain waktu makan.


14. Beri Biru


blueberries1.jpg


Beri biru penuh dengan pelbagai khasiat fitonutrien, manis dan rendah kalori. Pengambilan beri biru bukan sahaja membantu dalam penurunan berat badan, malah membantu untuk menghapuskan radikal bebas yang menyebabkan kanser. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Texas Wanita menunjukkan bahawa beri biru membantu melawan sel-sel lemak dan boleh menyebabkan penurunan berat badan.


15. Oren


arance.jpg


Oren penuh dengan Vitamin C yang merupakan bahan utama dalam penghasilan kolagen, protein yang mengekalkan kulit anda kelihatan segar dengan mencegah kedutan dan penuaan. Sebagai satu sumber air, vitamin dan serat, oren memastikan kulit anda sentiasa kekal muda sementara terus mengurangkan berat badan yang berlebihan.


0

I want to evaluate

Score:
Recommended

Cosway Slimming Product

ILLUMINANCE OPTICAL SDN BHD

RESS UP BODYKIT

Chai Dental Specialist

Promenade Plastic Surgery