Home Lifestyle Health Care Others

Diet? Cuba 10 Jenis Makanan Ringan Terbaik Yang Boleh Korang Makan Untuk Berdiet

Nur Syahera

View  34198  Times

2016-02-19 14:15:08

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Shop Name:
Area: ,
Address:
Please mark the map position
  • Contact Phone:
  • Contact Person:
  • WebSite:

Diet? Cuba 10 Jenis Makanan Ringan Terbaik Yang Boleh Korang Makan Untuk Berdiet

Label:

Diet? Cuba 10 Jenis Makanan Ringan Terbaik Yang Boleh Korang Makan Untuk Berdiet



  1. Prune



Buah prune merupakan buah yang berasal daripada buah plum yang telah dikeringkan yang mempunyai serat dan pemakanan yang baik. Selain daripada berkhasiat,buah prune juga sangat  kaya dengan antioksida,anti penuaan dan anti kanser. Buah prun merupakan makanan ringan yang sangat sesuai untuk anda yang berdiet kerana 5 biji buah prune adalah bersamaan dengan 100 kalori.


  1. Kacang Gajus


Kacang gajus merupakan kacang yang kaya dengan serat larut pemakanan,vitamin dan mineral.Selain daripada itu, kacang gajus dapat membantu untuk melindungi penyakit kanser kerana gajus kaya dengan pelbagai vitamin seperti asid pantothenic (vitamin B5), pyridoxine (vitamin B6), riboflavin dan thiamin (vitamin B1).Disamping itu juga, kacang gajus mempunyai kandungan seperti protein,karbohidrat,zat besi, magnesium, fosforus, vitamin K dan phystosterol. Ianya sangat bermanfaat kerana boleh dijadikan sebagai bahan antiseptik yang dapat melindungi tubuh dari serangan virus dan kuman.


  1. Ceri Kering


Ceri kering juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri kerana ceri kering memiliki potassium dan ceri yang tinggi khasiatnya. Ceri kering sangat bagus untuk dimakan terutama apabila hendak tidur kerana ceri kering mengandungi banyak melatonin yang dapat membantu kita agar lebih mudah untuk tidur. Menurut kajian, memakan 20 buah ceri kering sebelum tidur dapat membantu mengatasi masalah insomnia dan memakan lebih dari 45 ceri kering dapat meredakan sakit arthritis atau radang sendi.


  1. Kacang Brazil



Mungkin kacang brazil ini kurang dikenali tetapi tahukah anda bahawa kacang brazil ini sangat kaya dengan khasiat. Antara khasiat yang terdapat didalam kacang brazil ini ialah magnesium,fosforus,zat besi, zink,selenium,thiamin dan vitamin E. Kacang brazil juga sangat dikenali sebagai sumber yang terbaik bagi penghidap anemia.


  1. Kurma

Pasti anda lebih mengetahui tentang khasiatnya buah kurma ini. Buah kurma sangat berkhasiat kerana mengandungi karbohidrat yang tinggi kerana dengan memakan 3 biji buah kurma dapat memberi 96 kalori. Selain itu,kurma juga mengandungi kalsium dan magnesium yang sangat seimbang dimana dapat menenangkan sistem saraf anda. Kurma juga mengandungi potassium yang tinggi dimana sangat berguna untuk mengatur denyut nadi anda dan pernafasan. Kelebihan lain untuk kurma ialah memiliki antioksidan tertinggi jika hendak dibandingkan dengan buah kering yang lain. Kurma sangat sesuai untuk anda yang sedang berdiet.


  1. Kacang Pistachio


Kacang pistachio bukan sahaja sedap malahan ianya merupakan salah satu kacang yang mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Kacang pistachio yang kaya dengan karbohidrat,zat besi, magnesium,potassium,thiamin,vitamin B6 dan vitamin A.Khasiat tersebut dapat memberikan kebaikan pada tubuh kerana ianya dapat membantu tubuh anda mengawal hipertensi dan memperkuatkan lagi daya kekuatan mental untuk kawal tekanan anda.


  1. Apricot Kering



Apricot kering yang kaya dengan zat besi,potassium dan serat yang tinggi ini dapat meningkatkan jumlah darah didalam badan anda. Ianya sesuai untuk mereka yang menghidap penyakit anemia. Selain itu, apricot kering juga mengandungi vitamin A & C, Kalium serta antioksidan. Jika anda mempunyai masalah seperti sembelit atau masalah pencernaan,anda juga boleh memakan apricot kering untuk membantu memulihkan masalah perut anda. Khasiat lain yang ada pada apricot kering adalah membantu tubuh anda untuk melawan infeksi,memperbaiki tubuh badan anda yang tidak sihat,membantu menguatkan tulang dan gigi, serta dapat menajamkan lagi penglihatan mata anda.



  1. Walnut



Walnut merupakan satu makanan ringan yang dikatakan dapat membantu mengurangkan darah beku jika ada didalam badan anda. Selain itu, walnut juga dapat mengurangkan rasa kegatalan atau radang pada kulit. Walnut juga mempunyai banyak kebaikan pada kandungannya iaitu magnisium,fosforus,linoleic acid dan phytosterosis.


  1. Kismis



Kismis yang pastinya ramai menggemari kerana ianya adalah dari buah anggur yang telah dikeringkan.Kismis mempunyai banyak khasiatnya kerana mengandungi sumber zat besi yang paling baik untuk tubuh badan anda.Selain daripada itu, kismis juga merupakan sumber oleanolic acid makanan yang mampu membantu menjaga gigi dan gusi anda.Kismis juga memiliki kandungan serat yang larut dan tidak larut kerana untuk membantu pencernaan dan dapat mengurangkan kolestrol didalam badan manusia.



  1. Kacang Badam


Kacang badam merupakan salah satu kacang yang bertindak sebagai bahan antioksidan. Selain itu, kacang badam juga sangat kaya dengan magnesium,fosforus,riboflavin,vitamin E,phytosterol dan juga beta-sitosterol.


0

I want to evaluate

Score:
Recommended

Klinik Bangsar South

Physio Savvy

ILLUMINANCE OPTICAL SDN BHD

E.Y.L SERVICES (M) SDN BHD

MICHELLE LAZAR