Home Lifestyle Health Care Others

​10 Tips Hilangkan Bintik Hitam Yang Anda Boleh Dilakukan Hanya Dirumah !

Nur Syahera

View  202017  Times

2016-02-04 17:44:03

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Shop Name:Tips
Area: Kuala Lumpur-Ampang,
Address: Kuala Lumpur
Please mark the map position
  • Contact Phone: 00-0000
  • Contact Person:
  • WebSite:

​10 Tips Hilangkan Bintik Hitam Yang Anda Boleh Dilakukan Hanya Dirumah !

Label:


10 Tips Hilangkan Bintik Hitam Yang Anda Boleh Dilakukan Hanya Dirumah !


Kayu Manis



Kulit kayu manis mempunyai banyak khasiatnya,bukan sahaja untuk masakan malahan kayu manis pun boleh dibuat untuk kulit muka. Ini kerana kulit kayu manis mengandungi partikel mikrob yang bantu membuang debu yang tersumbat dalam liang pori agar dapat mengelak daripada bintik hitam yang degil.

Cara melakukannya :

Campurkan satu camca teh serbuk kayu manis dengan madu, jadikan seperti pes.

Sapukan pada kawasan muka anda yang mempunyai bintik hitam biarkan semalaman.

Kemudian bilas kan muka bila bila sudah cukup semalaman.

Lap lembut dengan tuala kering dan bersih,kemudian ulang selama seminggu untuk lihat keberkesanan.




Madu



Semestinya anda tahu khasiat pada madu.Madu merupakan antibiotik semula jadi yang dapat membantu menarik kotoran didalam liang pori dan disamping itu dapat memberi kelembapan serta menegangkan kulit untuk kulit bersih segar.Campuran madu dan lemon adalah yang terbaik.

Cara melakukannya :

Anda perlu hangatkan secawan madu.

Kemudian, potong sedikit lemon untuk dimasukkan kedalam didihan madu tersebut dan ratakan pada wajah dengan menggunakan kulit lemon.Anda perlu fokus pada bahagian yang bermasalah.

Bilas dengan air dan ulang setiap hari!




Baking Soda



Baking soda merupakan  bahan pengelupasan yang baik untuk membersih kotoran pada barang dan juga kulit.Khasiat untuk kulit adalah dapat membuatkan kulit anda lembut dan licin. Oleh itu, serbuk penaik amat berfungsi untuk menghapuskan bintik hitam dalam masa yang sama membantu meneutralkan kembali keseimbangan PH kulit anda. Hasilnya, kulit kurang berminyak yang dapat menghalang bintik hitam untuk muncul kembali.

Cara melakukannya :

Basuh muka dengan air suam supaya liang roma terbuka dan campurkan satu sudu serbuk penaik dengan air untuk dijadikan seperti pes.

Sapukan ke permukaan yang mempunyai bintik hitam dan anda harus melakukan urutan dengan lembut.

Biarkan ia selama 2-3 minit dan bilas dengan air suam. Kemudian bilas pula dengan air sejuk untuk menutup kembali liang roma wajah.

Gunakan cuka epal untuk dijadikan toner tetapi toner dicampurkan dengan sedikit air untuk kembalikan PH normal pada kulit.

Ulang selama 1-2 minggu untuk melihat keberkesanannya .



Teh Hijau



Teh hijau selalunya dikenali sebagai ejen untuk menguruskan badan.Tetapi teh hijau juga baik untuk kulit wajah anda. Teh hijau membantu untuk menyegarkan kulit dan perlahan-lahan menyah bintik hitam, debu dan segala kotoran. Ia kaya dengan pelbagai nutrisi dan khasiat antioksidan yang dapat membersihkan kulit anda.Teh hijau bukan sahaja dapat menghilangkan bintik hitam malahan dapat meghilangkan lingkaran hitam bawah mata dan hapuskan jerawat.

Cara melakukannya :

Ambil satu sudu serbuk daun teh hijau kering dan campurkan bersama air untuk dijadikan pes.

Skrub dengan lembut keatas muka/permukaan yang mempunyai bintik hitam selama 3-5 minit.

Bilas dengan air suam dan ulang selagi perlu.



Garam Epsom



Garam Epsom merupakan garam yang lain daripada garam biasa kerana garam epsom dapat menghalang jerawat dan bintik hitam. Khasiat garam epsom adalah dapat mengurangkan radang kerana ia berfungsi untuk mengelupas kulit, hasilnya kulit terasa lebih licin dan lembut.

Cara melakukannya :

Ambil satu sudu garam epsom dan campurkan beberapa titik iodine bersama air panas dan pastikan garam itu benar-benar larut.

Kemudian biarkan ia sejuk pada suhu bilik dan sapu pada bahagian yang mempunyai bintik hitam..

Biarkan ia kering di muka selama 10 minit dan bilas dengan air.

Ulang proses ini dengan kerap untuk hasil yang terbaik!



Cornmeal



Cornmeal pun boleh hilangkan bintik hitam ? Ia kerana cornmeal secara semula jadinya dapat membersihkan liang pori yang tersumbat kerana ia akan mengelupaskan kulit secara halus sekaligus membunuh jerawat dan bintik hitam.

Cara melakukannya :

Gunakan air suam atau wap untuk membuka liang pori pada wajah

Campurkan satu sudu serbuk cornmeal bersama pencuci muka anda.

Urutkan dengan perlahan pada wajah, fokus kepada kawasan wajah yang mempunyai bintik hitam dan biarkan ia selama 3-5 minit.

Bilaskan wajah anda dengan air sejuk dan ulangi bila perlu.



Lemon



Seperti yang anda tahu, lemon merupakan sejenis buah yang sangat baik untuk kulit wajah anda dan juga kesihatan.Tahukah anda lemon ini mengandungi Alpha Hydroxy Acid dimana secara semulajadinya ianya bertindak sebagai mengulupas kulit dimana ianya dapat melindungi kulit anda daripada jerawat dan juga bintik hitam.

Cara melakukannya :

Campurkan jus Lemon yang diperah bersama air mawar dalam kuantiti yang sama dan sapukan pada kawasan kulit yang mempunyai bintik hitam.

Kemudian biarkan ia selama 15 minit dan bilas dengan air sejuk.

Ulang setiap hari sehingga dua minggu berturut-turut untuk hasil yang berkesan.


Jika kulit anda tidak sensitif,anda boleh menyapu kulit wajah anda dengan lemon tanpa air mawar dan boleh lakukan 2-3 kali sehari untuk hasil yang lebih baik.



Kunyit



Kunyit bukan sahaja boleh digunakan untuk masakan malahan kunyit juga boleh dilakukan di wajah untuk menghilangkan bintik hitam. Ini adalah kerana kunyit adalah sumber antibiotik semulajadi yang dapat membantu menghilangkan parut dan dapat membersihkan liang pori kotor.

Cara melakukannya :

Campurkan satu sudu serbuk kunyit bersama dengan air untuk mdijadikan seperti pes.

Kemudian sapu pada bahagian wajah yang terlibat dan biarkan ianya kering selama 3-5 minit.

Bilas wajah anda dengan air suam kemudian ulang setiap minggu untuk kesan yang sempurna.




Putih Telur




Pastinya anda tahu kebaikan telur putih.Putih telur berkesan untuk mengetatkan pori dan membersihkan liang pori yang tersumbat sehingga bersih bersih.Dengan putih telur juga anda boleh membuat mask untuk wajah anda.

Cara melakukannya :

Sapu dua biji putih telur dalam kadar lapisan nipis pada muka.

Biarkan ia kering selama 2-3 minit.

Setelah itu, sapukan putih telur sekali lagi keatas permukaan kulit untuk lapisan nipis yang kedua.

Biarkan ia kering selama 10-15 minit sehingga kulit anda terasa tegang.

Bilas dengan air suam dan ulang selagi perlu.




Oatmeal



Haa oatmeal pun boleh hilangkan bintik hitam tau.Ini kerana apabila oatmeal disapu pada tempat yang berkenaan, ia akan dapat membantu untuk membersihkan liang pori anda kerana bertindak menyerap segala minyak yang ada dalam lapisan kulit dan sekaligus dapat menghapuskan bintik hitam.

Cara melakukannya :

Campurkan satu cawan oatmeal, satu sudu madu dan perahkan 4 biji tomato dan ambil jus tomato tersebut untuk dijadikan pes.

Kemudian ambil campuran oatmeal tersebut dan skrub pada permukaan kulit yang mempunyai bintik hitam.

Biarkan ia selama 10 minit sebelum anda bilas dan ulangi dengan kerap untuk melihat hasil yang baik.






0

I want to evaluate

Score:
Recommended

Klinik Bangsar South

Physio Savvy

E.Y.L SERVICES (M) SDN BHD

RESS UP BODYKIT

Xi Fertility TCM Centre