Post
Home Lifestyle Dining Snack

7 Kedai Keropok Lekor Terbaik di Terengganu!

Nurul Hidayah

View  976208  Times

2015-12-08 15:15:30

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Shop Name:
Area: Terengganu- Kuala Terengganu
Address: Terengganu
Please mark the map position
  • Halal:
  • Telephone Number:
  • Business Hours:;A_
  • Price: 10.0
  • Recommended Dishes: Keropok Lekor
  • WebSite:
  • Contact Person: Keropok Lekor Terengganu
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

7 Kedai Keropok Lekor Terbaik di Terengganu!

Label:


7 Kedai Menjual Keropok Lekor Terbaik di Terengganu!


Sebut sahaja Terengganu, pasti yang popular adalah keropok lekornya. Rugi jika anda berkunjung ke Terengganu tetapi tidak mencuba sendiri keenakan keropok lekornya. Jom lihat, 10 tempat yang menjual keropok lekor terbaik di Terengganu.


1. Keropok Lekor Mengabang Tapah



Kedai Keropok Mengabang Tapah ini besar dan luas, jadi selesa untuk pelanggan datang membeli dan menunggu pesanan. Jika berkunjung ke sini, pasti anda kena beratur kerana pelanggan tidak putus-putus.



Anda boleh memilih untuk membeli keropok lekor rebus atau goreng kerana kedua-duanya disediakan di sini. Anda juga dapat menyaksikan proses penghasilan keropok lekor dihadapan mata anda.


Nama : Keropok Mengabang Tapah

Lokasi : Kampung Pantai Merang Setiu, 21010 Kuala Terengganu, Terengganu,



2. Keropok Sukaramai



Keropok Sukaramai ini memang ramai yang suka. Ini adalah antara kedai keropok yang dicari jika berkunjung ke Terengganu.



Selain menawarkan keropok lekor asli yang enak, Keropok Sukaramai turut dipuji kerana tahap kebersihan kedainya yang dijaga rapi. Kesemua pekerja menggunakan sarung tangan bagi mengekalkan kebersihan dan tiada sebarang serangga seperti lalat dilihat berterbangan di sekitar kedai.


Nama : Keropok Sukaramai

Lokasi : 179, Kg. Mengabang Lekar Batu Rakit, 21020 Kuala Terengganu, Terengganu.



3. Keropok Losong Kak Yah



Terasa seperti berada di syurga keropok lekor, itulah yang boleh dikatakan apabila anda berkunjung ke Keropok Losong Kak Yah.



Kedainya besar dan selesa, malah anda boleh duduk menjamu selera di sana kerana kawasan tempat makan turut disediaka


Nama : Kak Yah Keropok Losong

Lokasi : 140, Kampung Losong Haji Su, 21000, Kuala Terengganu, Terengganu



4. Warisan Losong 14



Warisan Losong 14 juga adalah antara pengeluar keropok losong yang popular di Terengganu. Menawarkan keropok losong asli, pelanggan pasti tidak kecewa dengan rasenya yang enak. Warisan Losong 14 turut menyediakan tempat makan khas bagi pelanggan jadi anda bolehlah menjamu keropok lekor panas-panas di sana.



Seperti kedai-kedai lain, proses pembuatan keropok losong tersebut boleh dilihat secara lansung didepan mata.


Nama :  Warisan Losong 14

Lokasi :  Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu, Terengganu



5. Keropok Losong Adik Beradik


Jika dibandingkan dengan keluasan kedai, Keropok Losong Adik Beradik ini agak kecik dan mempunyai ruang yang terhad. Di sana tidak terdapat tempat khas unutk pelanggan menjamu selera, yang ada cuma beberapa buah bangku untuk anda duduk sementara menunggu giliran.



Namun begitu, anda masih lagi boleh melihat proses pembuatan keropok kerana seperti kedai-kedai lain proses pembuatan dibuat secara terbuka.


Nama : Keropok Losong Adik Beradik

Lokasi : Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu, Terengganu



6. Keropok Lekor Kelulut 008



Satu lagi kedai keropok lekor yang popular ialah Keropok Lekor Kelulut 008. Kedai ini sering menerima kunjungan pelanggan tidak putus-putus terutama apabila tiba musim cuti umum sehinggakan pekerja-pekerja di sana tidak menang tangan.



Keropok lekornya yang enak penuh dengan rasa ikan asli tidak seperti keropok lekor yang dijual di sesetengah kedai yang melebihkan penggunaan tepung.


Nama : Keropok Lekor Kelulut 008

Lokasi : Marang Kampung Baru Ru Muda, Terengganu



7. Keropok Lekor BTB 2209



Keropok Lekor BTB 2209 ataupun keropok lekor Bukit Tok Beng adalah keropok lekor yang paling popular sekali di Terengganu. Sesiapa sahaja yang berkunjung ke Terengganu pasti akan cari keropok lekor BTB. Malah ada yang sanggup datang ke Terengganu semata-mata nak makan keropok BTB ni.



Tahukan anda Keropok Lekor BTB turut telah mula dipasarkan secara online! Anda boleh membuat pesana secara atas talian dan mereka boleh hantarkan terus ke depan pintu rumah anda. Hebat!


Nama : Keropok Lekor BTB 2209

Lokasi : Jalan Tengku Ampuan Bariah, Kampung Bukit Tok Beng, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Laman Web Rasmi : http://www.btblekor.com.my/





I want to evaluate

Score:
Recommended

ROTI JOHN TITIWANGSA

Indian Sweet and Snacks Must Have during Deepavali Festival!!

Ice Bucket Malaysia - captured the hearts of fans Dessert!

“HONK” “HONK” Nasi Kerabu with HUGE Lobster only at House of Nasi Kerabu

Healthier, Romantic & Greeny Environment - 3 Garden Style Restaurant in Klang Valley