Home Lifestyle Dining Malay Cuisine

Aneka Kuih Tradisional. No.10 (Paling Digemari Rakyat Malaysia!)

Nurul Hidayah

View  883867  Times

2015-09-04 15:51:33

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Shop Name:
Area: Kuala Lumpur- Ampang
Address: Kuala Lumpur
Please mark the map position
  • Halal:
  • Telephone Number: 00-00000000
  • Business Hours:
  • Price: 3.0
  • Recommended Dishes: Kuih Muih Tradisional
  • WebSite:
  • Contact Person: Kuih Tradisional
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

Aneka Kuih Tradisional. No.10 (Paling Digemari Rakyat Malaysia!)

Label:

 

Aneka Kuih Tradisional. No.10 (Paling Digemari Rakyat Malaysia!)

 

Walaupun terdapat banyak jenis makanan moden yang diperkenalkan saban hari, ia masih tidak dapat menandingi  kuih muih tradisional yang tak lapuk dek zaman. Sehingga kini, masih terdapat ramai penggemar kuih muih tradisional. Mari kita lihat antara kuih muih yang digemari oleh rakyat Malaysia.

 

1) Karipap

 

Karipap adalah sejenis kuih yang terkenal di Asia Tenggara bukan sahaja di Malaysia tetapi di Indonesia, Singapura dan Brunei. Malah sekarang telah dikomersialkan dan dipasarkan ke seluruh dunia. Karipap diperbuat daripada tepung dan yang membezakannya adalah intinya. Jenis-jenis karipap bergantung kepada intinya seperti karipap kentang, karipap daging, karipap ayam dan sebagainya. Karipap sedap dimakan ketika panas bersama teh o atau kopi.

 


 

2) Kuih Seri Muka

 

Kuih Seri Muka adalah antara kuih tradisional yang popular dan sering dihidangkan sebagai juadah pencuci mulut. Berbeza dengan karipap, Kuih Seri Muka adalah sejenis kuih manis yang diperbuat daripada campuran pulut, santan dan telur. Lapisan atas yang berwarna hijau adalah daripada tepung lembut berperisa pandan manakala lapisan bawah dibuat daripada pulut yang lemak dan sedikit masin. Kuih ini dikukus sehingga masak di dalam talam sebelum dipotong dan dihidang.


 


 

3) Kuih Lapis

 

Lebih kurang sama seperti Kuih Seri Muka, Kuih Lapis adalah sejenis kuih manis yang turut dikukus di dalam talam. Kuih Lapis mempunyai pelbagai gabungan warna pada setiap lapisan, tetapi mempunyai rasa yang serupa. Cara pembuatan kuih ini tidaklah sukar tetapi agak leceh kerana perlu dikukus lapisan demi lapisan secara berasingan. Namun begitu hasilnya adalah sangat menarik.

 


 

4) Buah Melaka

 

Kuih yang popular lebih-lebih lagi bila tiba bulan ramadhan ialah Kuih Buah Melaka. Kuih ini sangat digemari ramai kerana rasanya yang sangat enak. Cara pembuatannya juga sangat mudah dan boleh dibuat sendiri dirumah. Buah Melaka yang berbentuk bulat berwarna hijau ini dibuat daripada tepung pulut dan dalamnya berisi gula melaka yang manis. Ia direbus sehingga masak dan kemudian di salut dengan kelapa parut. Selain Buah Melaka is juga dikenali sebagai Onde-Onde.

 


 

5) Kuih Koci

 

Kuih Koci adalah sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada daripada tepung pulut yang berintikan kelapa parut yang dicampur bersama gula melaka. Ia kemudiannya disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang, dikukus dan dihidang. Kuih Koci ini adalah sangat popular di Malaysia terutama di kalangan penduduk pantai timur seperti di Terengganu, Kelantan dan Pahang.

 


 

6) Cucur Badak

 

Kuih Cucur Badak adalah kuih yang menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama. Ubi keledek digunakan untuk membuat doh yang dicampur dengan sedikit tepung. Intinya pula dibuat daripada kelapa parut yang ditumis bersama lada, bawang dan ramuan lain unutk menimbul rasa pedas. Kuih Cucur Badak kemudiannya digoreng sehingga keperang-perangan.


 


 

7) Tepung Pelita

 

Satu lagi kuih tradisional yang sangat popular ketika musim bulan Ramadhan ialah Kuih Tepung Pelita. Jika ke bazar Ramadhan, pasti ada sahaja yang menjual kuih ini. Kuih Tepung Pelita sangat lazat terutama yang mempunyai tambahan sengkuang cina di bahagian bawahnya. Lapisan atasnya adalah daripada campuran tepung dan santan manakala lapisan bawah daripada campuran gula bersama tepung. Selain Tepung Pelita ia juga dikenali sebagai Kuih Tako.


 


 

8) Pulut Panggang

 

Seakan sama seperti Kuih Cucur Badak, ia mempunyai inti yang dibuat daripada kelapa parut yang ditumis bersma ramuan lain dan mempunyai rasa sedikit pedas. Cuma yang membezakan antara Cucur Badak dengan Pulut Panggang ialah lapisan luarnya. Pulut Panggang dilapisi beras pulut dan dibalut dengan daun pisang yang kemudiannya dipanggang diatas api. Jika kena dengan cara buatannya, ia pasti dapat menghasilkan pulut yang lembut dan enak dimakan.

 


 

9) Kuih Lopes

 

Satu lagi kuih yang menggunakan pulut sebagai bahan utama iaiti Kuih Lopes.Kuih ini sangat popular dan mempunyai ramai penggemar. Ia dihasilkan dengan pulut separuh masak dan dicampur dengan air perahan pandan untuk mendapatkan warna hijau yang menarik. Ia kemudiannya dikukus dan disalut dengan kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam. Kuih Lopes harus dimakan bersama air gula merah yang pekat dan manis.

 


 

10) Bahulu

 

Akhir sekali adalah Bahulu iaitu antara kuih tradisional yang sangat popular dan sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja tidak semestinya apabila tiba waktu perayaan. Kaedah pembuatan bahulu adalah agak rumit dengan mengekalkan pembuatan secara tradisional. Namun kini pembuatan bahulu secara tradisional telah digantikan dengan kaedah moden yang lebih mudah dan pantas. Ramuan utama bahulu adalah telur dan ia terdapat dalam pelbagai jenis seperti bahulu pandan, bahulu asli, bahulu gulung dan banyak lagi.

 

 

Jadi yang mana satu pilihan anda? Pasti sukar untuk membuat pilihan kerana semua kuih tradisional diatas kelihatan sangat sedap dan menarik.



 

I want to evaluate

Score:
Recommended

ROTI JOHN TITIWANGSA

Top 10 Malaysian Favourite Foods that You have to Try!

“HONK” “HONK” Nasi Kerabu with HUGE Lobster only at House of Nasi Kerabu

Mickey & Minnie Mouse only at M2escape Cafe

DC Comics Superheroes Cafe Malaysia Arrived in Malaysia!