Home Lifestyle Dining Malay Cuisine

Shell Out Halal, Murah di My Story Cafe

Liani

View  26467  Times

2016-11-03 15:06:59

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Shop Name:My Story Cafe
Area: Selangor- Shah Alam
Address: 8, Jalan Anggerik Vanilla Y 31/Y, Kota Kemuning, Shah Alam
Please mark the map position
  • Halal: Halal
  • Telephone Number:
  • Business Hours:12.00 pm - 12.00 am
  • Price: 70.0
  • Recommended Dishes:
  • WebSite:
  • Contact Person:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

Shell Out Halal, Murah di My Story Cafe

Label:


Sekarang ini, memang ramai yang ingin makan makanan laut ala shell out. Sememangnya hidangan shell out perlukan belanja yang agak besar kerana harga makanan laut yang sentiasa turun naik mengikut harga pasaran.


Sekiranya bajet menjadi pilihan utama, kami cadangkan anda ke My Story Cafe yang terletak di Kota Kemuning, Shah Alam. Selain harganya yang berpatutan, paling penting, kafe ini menyajikan hidangan shell out  HALAL tanpa was-was.


Menurut pemilik kafe ini, Asrul Husni Hussain, mereka memastikan setiap ramuan yang digunakan untuk setiap menu termasuk shell out, ayam dan daging menepati syariah.


Dari segi hiasan restoran luar dan dalam, tentu ramai yang menyangka ia kafe yang menyajikan makanan mahal dan hipster, tetapi sebenarnya tidak.

Itulah orang kata, jangan menilai buku dari kulit luarannya sahaja!


my2

Hiasan luar restoran My Story Cafe - Foto: Kaki Sini


Seni hiasan dalaman My Story Cafe memang menarik sekali untuk idea bergambar dan penggambaran.


Ruangan dalam kafe juga luas dan selesa untuk anda duduk lepak bersama keluarga dan rakan sambil menikmati hidangan makanan yang lazat.


Bagi menambahkan feeling kedamaian, ada pokok hiasan di hadapan pintu masuk yang akan membuatkan pelanggan terus teruja sebaik sahaja membuka pintu masuk kafe.


my13

Hiasan dalaman restoran My Story Cafe. Unik tetapi tetap mendamaikan. Foto: Kaki Sini


my7

Foto: Kaki Sini


my8

Antara sudut dalam restoran My Story Cafe. Foto: Kaki Sini


Ruangan kecil ini adalah untuk kanak-kanak bermain dalam persekitaran yang lebih selamat berbanding di luar. Sambil menunggu orang dewasa habis makan, kanak-kanak bolehlah bermain permainan yang disediakan untuk hilangkan kebosanan.


my5

Ruang khas untuk kanak-kanak bermain dengan selamat. Foto: Kaki Sini


my25

Ruang selamat untuk kanak-kanak bermain. Foto: Kaki Sini


my9

Hiasan dalaman. Foto: Kaki Sini


my11

Foto: Kaki Sini


Kaki Sini yang turut bersama dengan HungryGoWhere diberi peluang mencuba tiga jenis hidangan:  shell out, masakan Melayu dan makanan Barat.

Yang paling membuatkan kami teruja sudah tentulah menikmati hidangan shell out yang dihidangkan di kafe ini. Almaklumlah, shell out kan masih trending dan viral di laman sosial!


Jari Comot Ala Shell Out


Jari Comot! Kalau nak ber’shell out’ di kafe ini, anda kenalah comotkan jari-jari dengan makanan laut beserta kuahnya sekali.

Itulah yang My Story Cafe ingin anda rasai saat menikmati hidangan istimewa ini. Memang tak sesuai kalau makan menggunakan sudu dan garpu kerana nikmatnya tak sama makan dengan tangan!


Buat tempahan awal untuk nikmati semua set Jari Comot Ala Shell Out di laman web HungryGoWhere dan nikmati sebanyak diskaun 20% lebih murah

book-now

my26

Foto: Kaki Sini


Ada pilihan hidangan untuk dua orang dan empat orang. Bergantung kepada bajet masing-masing. Lagi mahal harga, lagi banyak pilihan makanan laut dalam hidangan.


my16

my17


Kami telah dihidangkan dengan set berharga RM70 iaitu hidangan udang galah, sotong, sosej sayuran dan jagung, nasi dan minuman. Pilihan kami ketam bunga, kalau ketam nipah, harganya lebih mahal.


Pertama sekali sebelum makan shell out, semua lauk perlu diletakkan dalam mangkuk. Bila pelanggan sudah bersedia, barulah lauk dituang ke atas meja yang dialas dengan  plastik putih.


my14

Hidangan disediakan dalam mangkuk sebelum tuang di atas hamparan plastik di meja untuk pengalaman shell out. Foto: Kaki Sini


my15

Bersedia untuk shell out! Foto: Kaki Sini


Perbezaan masakan shell out My Story Cafe dengan tempat-tempat lain ialah setiap menu makanan laut dimasak dengan cara berbeza; iaitu butter garlic bagi udang, kari rio Penang bagi sotong dan ketam bercili. Semua cara masakan memang sedap sehingga menjilat jari.


Walaupun hidangan ini merupakan set untuk dua orang makan, tapi sebenarnya ia boleh dinikmati maksimum tiga atau empat orang, terutama bagi mereka yang makan sikit.


Kalau tak mahu cara masakan rojak seperti ini, anda boleh pilih sendiri daripada lima pilihan sos sama ada butter garlic, curry rio penang, shoot chili, pedas ekstra dan sos lada hitam.


my27

Selesai! Foto: Kaki Sini


Hidangan Ikan Siakap Goreng dan Pembuka Selera


Selesai menikmati shell out, kami mencuba pula set Siakap Pish yang terdiri daripada siakap goreng, kambing bakar, telur dadar dan campuran sayur goreng.

Set ini boleh dinikmati oleh dua orang kerana ia didatangkan bersama dua mangkuk nasi. Harga set ini RM60. Daging kambingnya lembut dan ikan siakap pula digoreng garing.


my18

Daging kambing bakar yang lembut. Foto: Kaki Sini


my19

Chicken Boxing dan ikan siakap goreng garing. Foto: Kaki Sini


Menu ala carte pembuka selera kami ialah Chicken Boxing iaitu empat ketul paha ayam kecil yang digoreng rangup.


Apa yang membuatkan ayam goreng ini sedap bukan sahaja kerana kerangupannya, tetapi sos Thai masam manis yang ditambah hirisan nanas yang memang memberikan kelainan pada rasa ayam goreng.


my28

Chicken Boxing. Foto : Kaki Sini


Satu lagi hidangan yang boleh dicuba adalah Chicken Chop ala My Story Cafe ini. Potongan daging ayam dilapis dengan keju dan lebih elok dimakan ketika panas.


Hidangan Grill Cheesy Chicken Chop (RM15.90) dihidang bersama spageti karbonara, coleslaw dan sayuran brokoli, lobak merah serta baby corn.


my29

Hidangan Grill Cheesy Chicken Chop. Foto: Kaki Sini


Minuman Pelbagai Jenis Yang Menyegarkan


My Story Cafe turut menyediakan hidangan minuman yang menyegarkan versi mereka.


Cubalah Coconut Shake (RM6.90), Kiwi Smoothies (RM9.90), Kedah Cola (RM5.90), Durian Belanda (RM6.00) dan Teh Limau Ais yang termasuk dalam set  Siakapish.


Mungkin anda akan jadi rambang mata sebab banyak sangat pilihan yang ada seperti smoothies, shakes, minuman bergas, air jus, minuman panas dan lain-lain.


my24

Coconut Shake, Cola Kedah dan Durian Belanda ada di My Story Cafe. Foto: Kaki Sini


my20

Menu Minuman di My Story Cafe.


Sesuai dengan konsep menyediakan makanan Barat, kafe ini cenderung menyediakan hidangan pemanis mulut kepada pilihan kek jenis coklat dan puding.

Asrul berkata, kek jenis coklat lebih mendapat tempat di hati pelanggan berbanding lain-lain perisa kek. Contohnya Kek Nutella Brownies, Kek New York Cheese dan Kek Cheese Oreo.


Harga sepotong kek dalam RM9.


my31

Berjenis-jenis kek untuk dipilih pelanggan. Foto: Kaki Sini


my30

Kek coklat memang menjadi pilihan pelanggan My Story Cafe. Foto: Kaki Sini


Selain daripada menu makanan yang menambat hati, keramahan pemilik kafe yang tidak lekang dengan senyuman ini pasti akan membuatkan pelanggan mahu mengulang datang ke My Story Cafe.


Bagi mereka yang tinggal di kawasan Shah Alam, mungkin anda boleh memilih My Story Cafe ini untuk ber-shell out dengan keluarga dan rakan.

Yang penting, ia HALAL, sedap dan harganya tidak akan membuatkan anda bankrap!



Senarai Harga Menu

Hidangan Ala Carte

Menu Hidangan Jari Comot Shell Out

Set Shell Out


MY STORY CAFE

 

 


Nikmati harga lebih murah untuk kesemua set Jari Comot. Caranya mudah saja.


Buat tempahan awal di laman web HungryGoWhere dan nikmati sebanyak diskaun 20% lebih murah

book-now


Waktu Operasi : Isnin - Ahad  ( 12.00 t/hari - 12.00 t/malam)

*Tutup setiap hari Isnin


8, Jalan Anggerik Vanilla Y 31/Y,

Kota Kemuning,

40460 Shah Alam, Selangor

No Telefon : 03-3003 3220



I want to evaluate

Score:
Recommended

“HONK” “HONK” Nasi Kerabu with HUGE Lobster only at House of Nasi Kerabu

Ice Bucket Malaysia - captured the hearts of fans Dessert!

It is all Seafood at Steam Era Steamboat Seafood Restaurant!

A Royal Dining Experience@Sushi Roiyaru Restaurant

ROTI JOHN TITIWANGSA