Home Lifestyle Dining Desserts

Menikmati buah-buahan yang dipetik sendiri dari pokok hanya di Desaru Fruit Farm

nurulfadh13

View  5798  Times

2016-08-04 14:19:14

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Shop Name:
Area: -
Address:
Please mark the map position
  • Halal:
  • Telephone Number:
  • Business Hours:
  • Price:
  • Recommended Dishes:
  • WebSite:
  • Contact Person:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

Menikmati buah-buahan yang dipetik sendiri dari pokok hanya di Desaru Fruit Farm

Label:

desaruFruitFarm01.jpg


Menikmati buah-buahan tempatan yang dipetik terus dari pokoknya pastinya cukup menyelerakan. Selain segar, ia antara pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan.

Ingin merasai sendiri suasana dan keseronokan menikmati buah-buahan tempatan yang baru dipetik daripada pokok?


desaru-fruit-farm-575d2160b6d0058c9a1d0549495b14c5


maxresdefault


Ladang Buah-Buahan Desaru menjanjikan keseronokan menikmati buah-buahan selain mempelajari buah-buahan tropika. Berkeluasan 40.46 hektar, Ladang Buah-buahan Desaru atau Desaru Fruit Farm dipenuhi lebih 100 jenis buah-buahan tropika, 10 spesies tumbuhan, zoo, kolam ikan koi dan tarikan lain yang menjanjikan pengalaman menarik buat pengunjung seisi keluarga.


Desaru-Fruit-Farm


desaru-fruit-farm-05


Mendapat anugerah khas pada tahun 2006 daripada Kementerian Pertanian pada Hortikultur dan Agro-Pelancongan (MAHA) sebagai tapak pelancongan pertanian terbaik di Malaysia, ladang ini diselenggara dengan baik sekali gus menjadikannya destinasi yang menerima pelancong dari seluruh dunia.


14289170518367


Working-Down-Under-Fruit-picking


Berkunjung ke sini, pengunjung bukan saja berpeluang menikmati dan membeli buah kegemaran berkualiti tinggi, malah berpeluang mempelajari cara memilih buah-buahan.

Boleh mencuba dan merasai buah-buahan tempatan seperti nangka, limau madu, air jambu batu, durian belanda dan pastinya durian.


desarufruitfarm1


مزرعة فواكه ديسارو جوهور ماليزيا 5


Terletak di Sungai Cemaran, Desaru, Kota Tinggi, pengunjung ada beberapa pilihan, antaranya lawatan separuh hari atau menghabiskan waktu semalam atau dua dengan pakej disediakan.

Dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari, tempahan awal terutama yang datang secara berkumpulan sangat disyorkan.


I want to evaluate

Score:
Recommended

10 Snacks That All Malaysians Love

Ice Bucket Malaysia - captured the hearts of fans Dessert!

Healthier, Romantic & Greeny Environment - 3 Garden Style Restaurant in Klang Valley

A Royal Dining Experience@Sushi Roiyaru Restaurant

ROTI JOHN TITIWANGSA