Home Lifestyle Dining Others

Cuba 10 Cafe Yang Pastinya Membuatkan Anda Lebih Tenang Untuk Makan Bersama Anak Kecil.

Nur Syahera

View  64173  Times

2016-02-24 14:44:38

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Shop Name:10 Cafe Terbaik
Area: Kuala Lumpur- Ampang
Address: Kuala Lumpur
Please mark the map position
  • Halal: Halal
  • Telephone Number:
  • Business Hours:00:00 - 00:00
  • Price: 0.0
  • Recommended Dishes:
  • WebSite:
  • Contact Person:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

Cuba 10 Cafe Yang Pastinya Membuatkan Anda Lebih Tenang Untuk Makan Bersama Anak Kecil.

Label:

Cuba 10 Cafe Yang Pastinya Membuatkan Anda Lebih Tenang Untuk Makan Bersama Anak Kecil.


1456296530600000801.jpg


Sköhns Canteen, Damansara Perdana


1456296563145018697.jpg

Kafe Sköhns Canteen ini merupakan sebuah kafe yang banyak membantu dan menyokong kerja-kerja amal.Ianya sangat sesuai bagi korang sebagai ibu bapa yang mahu mendidik anak anda dalam budaya tolong-menolong ini. Selain itu terdapat juga sudut permainan untuk anak-anak anda yang hanya bersebelahan dengan meja-meja di kafe ini. Semestinya sangat mudah untuk ibubapa mengawasi anak-anak mereka setiap masa. Mainan dan juga pakaian yang hendak disedekahkan boleh diletakkan di rak Free Market yang disediakan.

Alamat: Lot G-13, Perdana The Place, Jalan PJU 8/5G, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya

Waktu Operasi: 11 pagi - 10.30 malam

No. Telefon: +6016 567 0672

Facebook : https://www.facebook.com/Sk%C3%B6hns-Canteen-445300948873639/timeline

Instagram : https://www.instagram.com/skohnscanteen/


Benbino, Publika

1456296601508005180.jpg

1456296621143039211.jpg


Benbino kafe adalah sebuah kafe dari BIG group yang telah membuat pelbagai jenis kafe popular seperti Plan B dan Ben’s. Tetapi untuk kali ini, mereka mebuka sebuah kafe yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga ibubapa.Menu yang disediakan juga sangat menarik kerana sesuai untuk kanak-kanak dan ibubapa. Disini juga mempunyai taman permainan dan keselamatan adalah menjadi keutamaan mereka.


Alamat: Lot 49B, Tingkat G3, Publika, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10 pagi - 9 malam (Selasa - Ahad) | Tutup pada hari Isnin

No. Telefon: +603 6207 8557

Facebook : https://www.facebook.com/benbinobybig/

Website : http://thebiggroup.co/benbino/


Marmalade Cafe, Bangsar Village 2 & Publika



1456296660087073316.jpg

1456296678502049631.jpg


Marmalade Cafe merupakan sebuah kafe yang sangat mesra keluarga kerana kafe ini menyediakan pelbagai jenis permainan untuk kanak-kanak.Kanak-kanak boleh memilih samada hendak bermain di dalam kafe atau bermain di luar kafe.Selain itu juga, di kafe ini turut menyediakan aktiviti menarik untuk kanak-kanak termasuk sesi story-telling.Apa yang menariknya di kafe ini, kaum ibu juga boleh menyusu anak mereka dengan selesa kerana di kafe ini mereka menggalakan breastfeeding.


Bangsar Village 2

Alamat:1F-18, Tingkat 1, Bangsar Village 2, No.1 Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10 pagi - 10 malam

No. Telefon: +603 2282 8301


Publika

Alamat: Lot No.2 Level G3, Publika Shopping Gallery, No.1 Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10 pagi - 9 malam

No. Telefon: +603 6201 7991

Facebook : https://www.facebook.com/marmaladecafekl

Website :  http://www.ilovemarmalade.com/


Big Daddy Little Chefs, Quill City Mall

1456296707227003254.jpg

1456296732910091362.jpg


Kafe ini sangat menarik mungkin kerana tempat permainan yang disediakan lain daripada yang lain. Sudut permainan di kafe ini merupakan antara yang popular di Kuala Lumpur kerana penggunaan woodchips anti bakteri di kawasan permainan sandpit. Bagi ibu bapa yang mahu membuat sambutan hari jadi untuk anak anda pun boleh dibuat disini. Untuk korang yang nak tahu lebih lanjut tentang kafe ini boleh hubungi atau lihat di instagram mereka.

Alamat: Lot No. 2.26 - 2.31, Tingkat 2, Happikiddo Quill City Mall, 1018 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10 pagi - 10 malam

No. Telefon: +603-2602 1596

Instagram : https://www.instagram.com/bigdaddylittlechefs/



Goodness Greens Cafe, Taman Tun Dr Ismail


1456296760532089949.jpg


1456296790783085008.jpg



Goodness Greens Cafe merupakan sebuah kafe yang mengetengahkan jus buah-buahan. Jus buah-buahan disini semuanya sangat fresh dan sedap. Terdapat juga pelbagai makanan yang disediakan.Ianya bukan sahaja sedap malahan sangat berkhasiat. Kalau korang ada membawa anak kecil pun tak perlu bimbang sebab dekat kafe ini turut menyediakan sudut permainan yang pasti akan buat anak korang leka bermain. So korang boleh la makan dengan tenang.

Alamat: 32 Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 9 pagi - 9 malam (Isnin - Jumaat) | 8 pagi - 9 malam (Sabtu & Ahad)

No. Telefon: +6018 368 3320

Website : http://lajuiceria.com.my/wp/

Facebook : https://www.facebook.com/goodnessgreenscafe

Instagram : https://www.instagram.com/goodnessgreenscafe/



Kopimeo, Shah Alam

1456296824499070752.jpg


1456296851003007939.jpg


Kafe Kopimeo ini berkonsepkan seperti kafe hipster yang menjadi trend pada masa kini.Jarang bukan kafe berkonsepkan hipster ini ada ruang permainan untuk kanak-kanak. So ibubapa yang nak datang ke sini pun tak payah fikir leceh jika membawa anak kerana ada disediakan sudut permainan yang sangat selesa yang pasti membuat anak anda leka. Selain itu juga, dikafe ini turut mempunyai gitar-gitar yang digantung yang boleh untuk ibubapa mencubanya. Antara menu yang disediakan ialah Hot dog, churros, latte, makanan untuk kid-friendly dan banyak lagi.


Alamat: 29 Jln Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam

Waktu Operasi: 12 tengah hari - 10 malam | Tutup pada hari Jumaat

No. Telefon: +6012 247 2341

Instagram : https://www.instagram.com/kopimeo/


 Plaster Fun House Cafe, Empire Shopping Gallery


1456296878857005792.jpg


Plaster Fun House Cafe merupakan salah satu kafe yang lain daripada yang lain untuk kanak-kanak. Disini mereka bukan menyediakan tempat mainan malah mereka menyediakan tempat untuk anak anda membuat hasil kerja mereka. Disini sesuai untuk ibubapa yang ingin memupuk pada anda mereka agar menjadi lebih kreatif kerana anak anda boleh mengecat figurine kesukaan mereka. Jadi sementara menunggu anak anda membuat hasil kerja mereka,korang bolehlah menjamu selera dahulu.


Alamat: S-05, Tingkat 2, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya, 47500 Selangor

Waktu Operasi: 10 pagi - 10 malam

No. Telefon: +603 5611 1968

Facebook : https://www.facebook.com/plasterfunhousecafe/

Website : http://www.plasterfunhouse.com/index.php


Noriter, 1 Mont Kiara Mall

1456296900590020111.jpg


Sebuah kafe yang sangat luas,Noriter merupakan sebuah kafe yang bukan hanya untuk ibubapa malahan lebih kepada anak-anak. Ini kerana di Noriter setiap sudut kafe ini sangat ceria yang mampu membuat anak anda tertarik. Kawasan permainannya yang lengkap dengan pelbagai mainan dan terdapat juga buku-buku yang bukan sahaja boleh membuatkan anak anda terhibur malahan boleh meningkatkan elemen pembelajaran. Untuk ibubapa yang ingin membuat majlis harijadi,di Noriter juga adalah tempat yang sangat popular untuk membuat majlis tersebut.


Alamat: 2-21C, Tingkat 2, 1 Mont Kiara, 1 Jalan Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 9.30 pagi - 9 malam

No. Telefon: +6010 295 3099

Facebook : https://www.facebook.com/mknoriter/timeline

Website : http://noriter.com.my/


Johnny Rockets, Sunway Pyramid


1456296938818019035.jpg


Johnny Rocket mempunyai banyak cawangannya di Malaysia. Tetapi di outlet Johnny Rockets di Sunway Pyramid ini pasti merupakan kegemaran mereka yang berkeluarga kerana mempunyai kemudahan untuk kanak-kanak bermain. Terdapat pelbagai jenis permainan disini termasuk foosball,arcade dan table hockey. Bukan sahaja mempunyai makanan yang sedap malahan turut ada kemudahan untuk anak anda.


Alamat: Lot OB.F(MS), Bangunan Blue Cube, Oasis Boulevard, Tingkat 1, Sunway Pyramid

Waktu Operasi: 12 tengah hari - 3 petang, 5 petang - 10 malam (Isnin - Jumaat) | 12 tengah hari - 10 malam (Sabtu & Ahad)

No. Telefon: +603 5611 8252

Facebook : https://www.facebook.com/johnnyrocketsMY/timeline

Instagram : https://www.instagram.com/johnnyrocketsmy/


Rimba & Rusa, Kota Damansara


1456296960117079541.jpg

Di kafe Rimba & Rusa ini juga sangat sesuai untuk korang yang bawak anak kecil kerana terdapat juga sudut mainan yang ada disediakan di tingkat atas. Sudut permainan juga sangat menarik dan selesa. Kafe ini adalah sesuai bagi ibu bapa yang sangat mengemarkan makanan yang berkhasiat. Disini bukan sahaja tempat permainan menarik malahan menu disini pun sangat menarik yang pasti buat korang nak tambah lagi.

Alamat: D-GF-01 Sunway Nexis, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya

Waktu Operasi: 8 pagi - 11 malam (Selasa - Ahad) | 4 petang - 11 malam (Jumaat) | Tutup pada hari Isnin

No. Telefon: +603 6151 4022

Facebook : https://www.facebook.com/rimbarusa

Instagram : https://www.instagram.com/rimbarusa/



I want to evaluate

Score:
Recommended

10 Snacks That All Malaysians Love

Baskin Robbins IOI City Mall

Ice Bucket Malaysia - captured the hearts of fans Dessert!

The Anne Wardrobe ~ Boutique & Cafe

“Melts In Your Mouth, Not In Your Hands” ~ Le Cottage Steamboat