Home Lifestyle Dining Western Cuisine

Cafe 83 - Cafe Yang Berkonsepkan Seni Kreatif Khas Untuk Anda Yang Berada Di Shah Alam.

Nur Syahera

View  17571  Times

2016-02-12 14:20:06

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Shop Name:
Area: -
Address:
Please mark the map position
  • Halal:
  • Telephone Number:
  • Business Hours:
  • Price:
  • Recommended Dishes:
  • WebSite:
  • Contact Person:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

Cafe 83 - Cafe Yang Berkonsepkan Seni Kreatif Khas Untuk Anda Yang Berada Di Shah Alam.

Label:

Cafe 83 - Cafe Yang Berkonsepkan Seni Kreatif Khas Untuk Anda

Yang Berada Di Shah Alam.




Cafe 83 merupakan sebuah cafe yang mempunyai pelbagai jenis lukisan menarik yang terdapat didalamnya. Ini telah membuatkan cafe ini merupakan sebuah cafe yang sangat kreatif dan juga ia berkonsepkan seni kreatif. Terletak di Seksyen 7, Shah Alam, cafe 83 ini bukan sahaja mempunyai lukisan yang menarik malahan mempunyai dekorasi yang sangat selesa dan bersih.



Cafe yang berkonsepkan seni kreatif ini, telah menjadikan burung hantu sebagai lambang cafe mereka kerana bagi mereka burung hantu ini melambangkan ketenangan, kecantikan dan kualiti.




Disediakan perabot-perabot daripada kayu yang telah ditempah khas dan dicampur pula dengan lukisan yang sangat menarik dan kreatif telah membuatkan cafe 83 ini sangat indah yang pasti membuat pengunjung tak nak balik.






Kalau korang kesini, bukan sahaja boleh menikmati makanan mereka malah kadang-kadang ada artis yang membuat persembahan di cafe ini seperti Drama Band dan Ronnie Hussin.Pasti bertambah selera la korang bila makan di cafe ini.



Cafe 83 yang telah beroperasi selama 7 bulan lebih ini, merupakan cafe yang terletak di lokasi yang agak strategik dan tempat yang tidak begitu sesak & sibuk. So korang nak datang tu rasanya tak adalah masalah nak cari parking kan sebab parking pun ada disediakan yang tidak jauh dari cafe ini.



Selain daripada seni kreatif yang ada di cafe ini ialah nombor 83. Bagi pemilik cafe ini,mereka memilih nombor 83 sebagai trademark atau branding mereka untuk diketengahkan.Pemilik cafe ii memilih nombor 83 kerana nombor 83 adalah tahun perkahwinan pemilik cafe ini.Mungkin bagi mereka nombor itu sebagai satu kenangan mereka dan bagi mereka juga nombor 83 ini mempunyai aura dan tarikannya tersendiri kerana nampak unik.



Kalau korang yang nak buat event seperti birthday party atau apa-apa event pun korang boleh juga buat di cafe 83 ni. Untuk tempahan maybe korang boleh call cafe 83 ini untuk butiran yang lebih detail.

Sekarang kita cerita tentang makanan yang disediakan di cafe 83 ni. Makanan di sini pun boleh tahan menarik dan sedap juga. Menu yang paling istimewa dan pilihan ramai di Cafe 83 ini ialah Grilled Beef Striploin sebabnya beef striploin yang digunakan diimport khas dari Australia dan New Zealand. Ianya akan dihidangkan dengan mashed potato dan sedikit sayuran.Selain itu, daging yang digunakan disini merupakan daging yang high premium quality standard.

Egg Benedict

Daging disini bukan sahaja lembut malah ia juga mudah untuk dipotong dan mudah untuk anda makan.Dengan kualiti yang tinggi, rasa daging juga sangat sedap dan juicy.Dekat sini,pelbagai jenis makanan yang korang boleh dapat seperti makanan western, makanan melayu, makanan cina, dessert dan kopi. So kalau dah datang tu takde la pening-pening kepala nak makan apa kan.

Mee Goreng

Char Hor Fun

Brownies & Mini Minced Pies

Lagi gambar makanan di Cafe 83 :

Grilled Chicken

Red Snapper Fish & Chips

Roasted Lamb Rack

Carbonara Salmon

Lepas cerita pasal makanan, kita cerita pula tentang minuman yang disediakan di Cafe 83 ini.Minuman yang menjadi signature disini ialah The 83 dan juga Banana Oreo Smoothies. Smoothies di cafe ini serius memang gempak dan nampak menyelerakan. Untuk minuman The 83, ianya merupakan minuman yang menggabungkan hazelnut dan caramel, terdapat juga biskut pretzel dan coklat brownies diatasnya. Bila korang dah order minuman ni,pandai-pandai korang la nak minum macam mana ye.

Untuk Banana Oreo Smoothies juga merupakan minuman yang tidak kurang sedapnya sebabnya minuman ini didatangkan dengan biskut oreo dan siap ada popcorn lagi dekat atas minuman tu.

Kalau nak try kopi pun terdapat pelbagai jenis kopi yang boleh anda cuba.

Pemilik Cafe 83 ini,sangat mementingkan kebersihan dan kualiti makanan mereka. Setiap makanan yang hendak dihidangkan, mereka akan memastikan ianya menepati ciri-ciri dan kualiti yang telah ditetapkan.Pemilik sangat mengambil perhatian tentang makanan kerana ingin memberikan kepuasan kepada pelanggan yang berkunjung. So korang jangan risau pasal kualiti makanan disini.


Antara artis yang pernah berkunjung ke Cafe 83.






Waktu Operasi:


Selasa, Rabu, Khamis, Sabtu, Ahad : 11am - 10pm

Jumaat : 3pm - 11pm


(Tutup pada hari Isnin)


Hubungi Cafe 83 :

Alamat: No 40, Jalan Plumbum N7/7, Seksyen 7, 40100 Shah Alam, Selangor.

No telefon: +603-5879 7729

Facebook : https://www.facebook.com/cafe83shahalam

Instagram : https://www.instagram.com/cafe.83/



I want to evaluate

Score:
Recommended

DC Comics Superheroes Cafe Malaysia Arrived in Malaysia!

“HONK” “HONK” Nasi Kerabu with HUGE Lobster only at House of Nasi Kerabu

Baskin Robbins IOI City Mall

Ice Bucket Malaysia - captured the hearts of fans Dessert!

Healthier, Romantic & Greeny Environment - 3 Garden Style Restaurant in Klang Valley