Home Lifestyle Dining Western Cuisine

Fuud & Co - Restoran yang menyediakan makanan seafood & western yang pasti buat anda lapar.

Nur Syahera

View  17809  Times

2016-02-10 15:50:14

Report

Favorite

Free Send to Mobile

To report information
Report Reason:

score:0.0

Shop Name:
Area: -
Address:
Please mark the map position
  • Halal:
  • Telephone Number:
  • Business Hours:
  • Price:
  • Recommended Dishes:
  • WebSite:
  • Contact Person:
  • WebSite:
  • Facebook:
  • Instagram:

Fuud & Co - Restoran yang menyediakan makanan seafood & western yang pasti buat anda lapar.

Label:


Fuud & Co - Restoran yang menyediakan makanan seafood & western yang pasti buat anda lapar.


Sumber gambar : http://thevocket.com/


Fuud & Co ini terletak di dalam Daily Market & cafe’ . Ditempatkan di dalam satu bumbung, Fuud & Co merupakan sebuah restoran yang sangat menarik kerana ianya menggabungkan makanan dari seafood & juga western. Jadi kalau korang nak makan seafood & western yang pasti membuat anda terliur,bolehlah ke Fuud & Co.


Fuud & Co terletak di Ayer Keroh,Melaka bukan sahaja merupakan sebuah restoran malahan mereka membawa konsep market dimana vendor-vendor boleh meletakkan barang makanan keluaran muslim yang ingin dijual ke restoran Fuud & Co ini.Setakat ini terdapat 20 vendor dan mempunyai 30 jenis jenama.Menarik bukan!


Di restoran ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Reddish Bucket yang menyajikan seafood secara lambak dan bahagian kedua ialah Mae + ness yang menyajikan makanan western seperti daging ayam,kambing dan lembu.


  1. Reddish Bucket ( Seafood )


Sumber gambar : http://thevocket.com/


Untuk pakej masakan Reddish Bucket, mereka menyediakan makan seafood. Makanan seafood disini, mereka menyediakan makanan laut yang segar dan apa yang menariknya,pelanggan boleh memilih sendiri makanan laut tersebut.Manakala korang boleh memilih menu yang ada tertulis dipapan hitam untuk dihidangkan. Setiap hidangan yang ada adalah mengikut timbangan antara 150 gm hingga 200 gm.


Sumber gambar : http://thevocket.com/


Terdapat 2 jenis masakan untuk reddish bucket ini iaitu Sambal Sensation dan Butter Lemon Sensation. Kedua-dua masakan terdapat kelebihan dan kesedapannya tersendiri.



Sumber gambar : http://thevocket.com/


  • Sambal Sensation – Seafood yang dipilih akan dimasak dengan masakan sambal yang pastinya rasa yang pedas yang pasti akan menaikkan selera anda untuk menjamah pelbagai jenis makanan laut ini. Contoh seafood yang disediakan adalah ketam, udang, sotong, kupang dan pepahat.Pasti menggiurkan !

Sumber gambar : http://thevocket.com/

  • Butter Lemon Sensation – Untuk masakan butter lemon pula adalah sesuai untuk anda yang tidak menyukai pedas kerana untuk masakan ini rasanya seperti lemak-lemak serta sedikit masam yang tidak terlalu kuat yang pastinya akan buat korang lebih berselera.



Kalau korang nak rasa kedua-dua masakan pun boleh juga pasti lebih menyelerakan. Cara nak makan reddish bucket ini bukan diatas pinggan tau tetapi makan diatas meja secara lambak. Pasti akan lebih berselera, santai dan memudahkan korang untuk makan.


  1. Mae + ness ( Western )


Kalau korang tak nak makan seafood, korang boleh try untuk makan makanan western ini. Terdapat pelbagai jenis masakan barat yang disediakan antaranya ialah Mea +ness Oceanus, Mea + ness Crispy Drummet, Mea + ness Carbonara, Mea + ness Wrap, Mea +ness Bolognese, Mea + ness Ball Nation , Mea + ness Lamb Grill dan Mea + ness Puff Pie.








Untuk Mae +ness makanan barat ini, mereka akan dihidangkan dengan bekas plastik dimana mudah untuk anda packing kalau rasa tak abis makan tu.So korang tak payah susah-susah nak panggil pelayan untuk packing makanan korang yang tak abis tu.

Sumber gambar : http://thevocket.com/

Asyik fikirkan tentang makanan je, macam mana dengan minuman? Okey untuk minuman pula mereka ada menyediakan air dengan pelbagai pilihan dan diberi juga free flow buat yang ingin menikmati hidangan di Fuud & Co ini.

Fuud & co juga ada menyediakan delivery tapi hanya kawasan tertentu sahaja.Jadi kalau korang rasa malas nak bergerak untuk pergi ke restoran ini,bolehlah call Fuud & co untuk membeli makanan secara delivery. Pasti lebih memudahkan anda !

Antara pakej-pakej yang dibuat di Fuud & Co :

Waktu beroperasi


Isnin – Sabtu : 11am – 11pm


Hubungi Fuud & co


Alamat : No. 9, Taman Tasik Utama, Jalan TU 49A, 75450 Ayer Keroh

Telefon : 06-2317760 / 011-23290929

Email : fuudnco@gmail.com

Website : http://www.fuudnco.my/

Facebook : https://www.facebook.com/fuudnco

Instagram : https://www.instagram.com/fuudnco/



I want to evaluate

Score:
Recommended

10 Snacks That All Malaysians Love

Baskin Robbins IOI City Mall

Healthier, Romantic & Greeny Environment - 3 Garden Style Restaurant in Klang Valley

The Professionals of Fishball @ Tanjung Sepat Fish Ball Noodle

A Royal Dining Experience@Sushi Roiyaru Restaurant