Malaysia

| |
Sort:
Default Sort Time Created Time Updated Clicks

Awet Thai Garden (Kajang) ( - )

 The Awet (pronounced as ar•whet) Thai restaurant chain is one of Malaysia's most exciting restaurants serving outstanding Thai delicacies at great value. Facebook : https://www.facebook.com/AwetThai 

Lifestyle>Dining

Nasi Kukus Abang Mie ( - )

Jika anda berkunjung ke negeri Kelantan dan mencari-cari tempat makan menarik, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Nasi Kukus Abe Mie atau Nasi Kukus Abang Mie yang sememangnya popular di Kelantan.  Keistimewaan Nasi Kukus Abang Mie adalah terletak pada ayam goreng berempahnya yang begitu istimewa. Jika dimakan bersama nasi yang ditambah kuah gulai ikan atau gulai ayam boleh menaikkan 'kick'atau selera anda. Selain daripada lauk ayam goreng berempah, ada juga lauk lain yang tidak kurang hebatnya seperti ayam masak merah, ikan keli goreng, gulai ayam, gulai daging, telor goreng dan macam-macam lagi.   Pada waktu makan tengah hari, para pelanggannya akan beratur panjang sama ada untuk makan di restoran atau bungkus untuk dibawa pulang. Jika anda lambat, terpaksalah anda beratur lebih lama. Namun jangan risau, kerana kebanyakan pekerjanya sememangnya cekap dan cepat membungkus nasi untuk menjaga kesetiaan pelanggannya. Selain orang Melayu, orang Cina dan India Kelantan juga menggemari Nasi Kukus Abang Mie.  Sukar sekali untuk lupakan kesedapan Nasi Kukus Abg Mie. Jangan lepaskan peluang untuk mencubanya. Jika anda berada di Kota Bharu, bolehlah singgah di restorannya yang terletak bersebelahan dengan bangunan pasaraya Billion di Jalan Sultan Yahya Petra. Selain daripada di Jalan Sultan Yahya Petra, restorannya juga terdapat di Jalan Che Su, Kota Bharu.     

Lifestyle>Dining

DINING IN THE SKY IN KL TOWER ( - )

DINING IN THE SKY Dining in the sky? I am sure it is sound crazy. Dining in the sky is originated from Belgian based novelty dining service since 2006 that uses crane to hold the table, waiters and diners at height of 150 feet from the ground ! Dining in the Sky has been launched in more than 40 countries in the world and now it has been just launched at KL Tower,Malaysia on 1st August 2015  Only 22 people can be in one session. The diners will be strapped with strong harness on a rotating chair. The size of the platform is 5m x 9m with only contains table, chairs, waiters and diners. How unique and incredible this  concept? It is good to experience something beyond our thoughts.                                           Dining in the Sky Kuala Lumpur 2015 There are few local celebrities that participated in the official launch of Dining in the Sky KL                               World No 1 Badminton Player Datuk Lee Chong Wei                                  Datuk Lee Chong Wei’s View from up to down Supermodel Amber Chia and Malaysian Singer Datuk Siti Nurhaliza also in the official launch of Dining in the Sky                                               Miss Universe Malaysia Vanessa Tevi Dining in the Sky Kuala Lumpur Start Date : 1st Aug to 31st Aug 2015Venue : KL Tower or Menara Kuala Lumpur Car ParkPrice : RM599 per person Age : 18 years and above (No Children)Dinner Times : 6.30pm and 8.30pm Website : www.dinnerinthesky.my 

Lifestyle>Dining

Kedai Kopi Din Tokyo ( - )

 Kedai Kopi Din Tokyo bukan lagi asing bagi rakyat Kelantan. Restoran ini telah wujud di tengah-tengah Bandaraya Kota Bharu sejak sekian lama. Ia merupakan 'trademark' bagi Bandaraya Kota Bharu dan merupakan kunjungan yang wajib dipenuhi jika anda melancong ke Kelantan.  Unik, tradisional dan Pak Din. Itulah keistimewaan Kedai Kopi Din Tokyo. Restoran ini hanyalah premis bersaiz kecil tetapi kunjungan pelanggan tidak pernah putus bermula dari pagi sehinggalah ke petang. Jika anda menjejakkan kaki di sini, pastinya anda akan tertarik dengan susun atur meja dan kerusi dibahagian dalam restoran ini.    Susun atur meja seakan-akan restoran sushi dimana ia diatur dalam bentuk petak memanjang manakala di tengah-tengahnya adalah ruang tempat Pak Din menyediakan hidangan kepada pelanggan-pelanggannya. Meja dan kerusi dibahagian dalam restoran ini adalah rekaan lama dan unik. Di bahagian luar restoran juga disediakan beberapa buah meja dan kerusi bagi menampung jumlah pelanggan yang ramai.  Walaupun sibuk menyediakan makanan dan minuman yang dipesan para pelanggan, namun Pak Din tidak lokek dan sombong melayan pelanggan-pelanggannya. Celoteh Pak Din mampu membuatkan anda melekat dan berbual di restoran lebih lama.   Waktu kunjungan yang paling sesuai ke Kedai Kopi Din Tokyo adalah pada waktu pagi untuk sarapan. Anda boleh memilih pelbagai menu tradisi Kelantan seperti Nasi Berlauk, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Lemak dan Nasi Himpit bersama sate. Semua hidangan ini telah siap dibungkus. Anda cuma perlu pilih sahaja mengikut selera dan citarasa.   Signature bagi Kedai kopi Din Tokyo adalah Teh Halia. Ia bukanlah sebarangan teh halia tetapi ia adalah teh halia panas yang dicampur bersama 2 biji telur puyuh. Bagi yang menggemari keunikan, bolehlah mencubanya sendiri  Teh Halia Telur Puyuh Telur rebus suku masak di sini mempunyai nama yang unik iaitu Telur Taliban. Anda boleh nikmati 2 biji telur suku masak yang campur bersama kicap dan lada hitam untuk kesedapan. Jika anda kurang gemar telur suku masak, anda boleh minta telur separuh masak yang di sini dinamakan sebagai Telur Ping Pong. Untuk minuman, anda boleh memesan Teh Tarik Dangdut yang dibuat istimewa oleh Pak Din sendiri.   Jika anda melancong ke negeri Kelantan, pastikan Kedai Kopi Pak Din Tokyo termasuk dalam jadual trip pelancongan anda untuk jalan-jalan cari makan. Kedudukannya berdekatan dengan Hotel Perdana dan Stesen Bas Kota Bharu.   

Lifestyle>Dining

Tiger Jit Singh Chapati ( - )

Pernahkah anda mencuba makanan Punjabi ? Di Malaysia mungkin ramai yang telah mencuba masakan India yang sememangnya terkenal dengan campuran pelbagai rempah-ratus. Rasanya yang begitu enak dan pedas seperti Nasi Biryani, Murg Makhani, Sambar dan Idli, Palak Paneer, Chole, Ayam Tanddori, Kaali Daal, Rogan Josh, Chaat dan Naan begitu disukai oleh pelbagai golongan bangsa di Malaysia. Sebenarnya tidak banyak perbezaan antara masakan India dan Punjabi.  Ada beberapa jenis makanan India yang sebenarnya berasal daripada Punjab seperti Chaapati, Sabhi dan Daal serta Manisan seperti Laddo, Jallebi, Gulab Jaman dan Halwa. Jadi sebenarnya sebahagian makanan India yang anda telah cuba merupakan makanan tradisi orang-orang Punjabi.     Jika anda berminat untuk mencuba masakan Punjabi di Malaysia, Tiger Jit Singh Chapati di Jalan San Peng , Kuala Lumpur adalah paling sesuai sekali untuk mencuba.   Restoran Tiger Jit Singh hanyalah sebuah restoran sederhana beratapkan zink. Restoran ini telah wujud di Kuala Lumpur sejak tahun 1973 dan diasaskan oleh Mr. Jit Singh Sekhon . Kini, ia telah diusahakan oleh anak lelaki Beliau.  Antara masakan yang patut anda cuba di sini adalah Kari Kambing. Biasanya bau daging kambing sangat sukar dihilangkan jika tidak kena cara memasak. Namun, cara masakan di Restoran Tiger Jit Singh yang berasaskan rempah-ratus mungkin agak berbeza sehingga boleh menghilangkan bau daging kambing pada kari yang dimasak. Jadi, anda jangan ragu-ragu dan nikmatilah Kari Kambing ini dengan penuh berselera!   Selain kari kambing, ada juga kari ayam dan kari ikan bagi mereka yang tidak menggemari daging kambing.   Anda juga patut mencuba peria sumbat. Peria sumbat ini dimasak dengan rempah bersama campuran yogurt iaitu salah satu cara masakan India dan Punjabi. Selain peria sumbat, ada juga peria goreng yang menyelerakan.  Jangan lupa mencuba Chapaati yang pastinya lebih istimewa dari restoran masakan India yang lain kerana resepinya adalah asli dari tanah Punjab. Anda boleh nikmati Chaapati ini dengan pelbagai cara antaranya cicah bersama kari ayam dan Daal.   Baingan Bharta juga wajib anda cuba terutama bagi penggemar vegetarian. Ia sebenarnya adalah terung bakar yang dilenyek dan dicampurkan bersama tomato dan serbuk cili.  Untuk mencuba pelbagai lagi makanan Punjabi, silalah datang ke Restoran Tiger Jit Singh. Alamat : Jalan San Peng, Pudu, 55200 Kuala LumpurNo Tel  : 03-92221597Facebook Page : Tiger Jits Capati 

Lifestyle>Dining

Waktu Sesuai Menikmati Kopi ( - )

 Ramai yang suka minum kopi. Ada yang suka menikmati kopi pada waktu pagi, tengah hari, petang atau malam. Sesetengahnya menjadikan kopi sebagai 'peneman' apabila membaca buku dan mengulangkaji pelajaran untuk mengelakkan rasa mengantuk dan berjaga sehingga ke pagi. Ada pelbagai jenis kopi yang boleh dinikmati. Antaranya Espresso, Capuccino, Latte, Mocha, Affogato, Americano, Frappuccino, dan lain-lain. Setiap jenis kopi ini dihidangkan dengan cara yang berbeza-beza. Seperti yang diketahui, kopi mempunyai kandungan kafein yang tinggi.  Pernahkah anda terfikir waktu yang paling sesuai untuk menikmati minuman kopi? Mungkin ramai antara kita yang suka minum kopi tapi mungkin tidak ramai yang mengetahui waktu terbaik untuk menikmatinya. Ada yang mengelak mengambil minuman berkafein tinggi ini pada waktu petang kerana bimbang sukar untuk tidur pada  waktu malam. Sesetengah daripada kita mudah bertindakbalas terhadap pengambilan kafein. Namun ada juga yang tidak mengalami sebarang tindak balas biologi terhadap kafein. Mereka masih tidur dengan lena pada waktu malam walaupun mengambil minuman berkafein tinggi dalam kuantiti yang tinggi.  Mari kita pergi lebih jauh lagi. Ritma Biologi (Biological Rhythms) dalam badan kita memainkan peranan penting bagi tindak balas terhadap pengambilan unsur-unsur dadah seperti kafein. Istilah ini dipanggil Kronofarmakologi (Chronopharmacology). Satu daripada Ritma Biologi yang terpenting dalam badan kita adalah Jam Kirkadian (Circadian Clock). Jam Kirkadian inilah yang berfungsi selama 24 jam tanpa henti yang menjalankan pelbagai jenis fungsi antaranya mengubah fisiologi dan kelakuan serta kandungan dadah di dalam badan.   Hipotalamus di dalam otak manusia bertindak sebagai 'Jam' yang mengawal Ritma Biologi ini. Didalam Hipotalamus ini ada Nukleus Hipotalamus atau Suprachiasmatic Nucleus (SCN) dalam istilah sains, yang mempunyai pelbagai fungsi di dalam badan antaranya mengawal kitaran tidur dan jaga, penggunaan tenaga, homeostasis gula dan mengawal hormon dalam badan. Antara kandungan hormon yang dikawal ialah Kortisol (Cortisol). Hormon kortisol adalah hormon yang dihasilkan ketika kita mengalami 'stress' atau tekanan. Kandungan hormon kortisol yang tidak seimbang di dalam badan akan memberikan pelbagai kesan terhadap tubuh badan.   Baiklah, berbalik semula kepada waktu pengambilan kopi tadi. Adakah anda berfikir bahawa waktu pagi pada pukul 8 sangat sesuai untuk pengambilan kopi?  Dengan memahami tentang Ritma Kirkadian yang mengawal hormon Kortisol, pengambilan kopi pada waktu ini sebenarnya sangat tidak sesuai. Hormon kortisol sangat berkait rapat dengan tahap kewaspadaan anda. Penghasilan hormon kortisol adalah paling aktif pada waktu pagi antara jam 8 sehingga 9. Jadi bermakna, pengambilan kafein pada waktu ini adalah sangat tidak sesuai kerana secara biologinya, pada waktu ini, badan anda telah pun menghasilkan hormon kortisol secara maksima. Secara logiknya, anda tidak perlu lagi menambahkan kandungan kafein dalam badan anda kerana tahap kewaspadaan anda telah pun terhasil secara semulajadi pada waktu ini.  Dalam prinsip ilmu Farmakologi, anda hanya perlu mengambil dadah apabila badan anda benar-benar memerlukannya. Oleh itu, jika anda hendak menikmati kopi, waktu antara 9.30 pagi - 11.30 pagi adalah paling sesuai kerana pada waktu ini, tahap hormon kortisol dalam badan sudah mulai menurun. Ada waktu lain lagi di mana hormon kortisol dihasilkan secara aktif iaitu antara waktu tengah hari dan juga 5.30 - 6.30 petang. Jadi, elakkan mengambil kopi atau minuman berkafein tinggi pada waktu ini.  Sekarang, anda sudah mengetahui sedikit sebanyak tentang ilmu biologi badan kita dan amalan waktu meminum kopi. Jadi, selepas ini anda bolehlah merancang waktu yang sesuai untuk menikmati kopi yang lazat itu!   Rujukan : http://blog.brainfacts.org/2013/10/the-best-time-for-your-coffee/#.VcQJAvmqpBc 

Lifestyle>Dining

Kopi Indonesia di Antipodean Cafe ( - )

 Adakah anda seorang enthusiasm dan peminum kopi yang tegar ? Jika Ya, Antipodean Cafe adalah lubuk kopi yang paling sesuai untuk anda. Cafe ini wujud di Malaysia, Indonesia dan Australia.  Kopi di Antipodean Cafe dihasilkan daripada biji kopi berkualiti yang diimport terutamanya dari Indonesia. Antara pilihan kopi yang boleh didapati adalah kopi Arabica Sumatera Barat, Kopi Wamena, Toraja Arabica, Timor Arabica, Sumatra Mandehling, Sumatra Lintong, Olde Dark Sumatra Arabica, Ngobo Estate Arabica, Kopi Luwak, Flores Arabica dan banyak lagi pilihan kopi khususnya dari Indonesia.   Selain menyediakan pelbagai pilihan kopi yang berkualiti, ada juga pilihan makanan barat untuk dinikmati.  Ada 4 cawangan Antipodean Cafe yang anda boleh kunjungi di Malaysia :Antipodean Bangsar No 20, Jalan Telawi 2, Bangsar, Kuala LumpurNo Tel : 03-22820411Waktu Operasi :Ahad - Khamis : 8pagi - 10malamJumaat - Sabtu : 8pagi - 11malam Antipodean Tan & TanNo 207, Menara Tan & Tan, Jalan Tun Razak, Kuala LumpurNo Tel : 03-21610752Waktu Operasi :Isnin - Ahad : 7.30pagi - 5.00petang Antipodean Mid ValleyGE-011(A), Ground Floor, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur Waktu Operasi :Ahad - Khamis : 7.30pagi - 11malamJumaat & Sabtu : 7.30pagi - 12.00pagi Antipodean AtriaG37 & GK1, Ground Floor, Atria Shopping Gallery, Jalan SS22/23, Damansara Jaya, 47400, Petaling Jaya, SelangorWaktu Operasi :Setiap Hari : 10pagi - 10malam  ** Non - Halal Cafe as they serve PORK 

Lifestyle>Dining

Kafe kopi yang patut anda cuba di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ( - )

 Kafe kopi yang patut anda cuba di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor Pickle & Fig, TTDINo 26, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala LumpurNo Tel : 03-28589960Waktu Operasi : 9.00 pagi - 11 malamFacebook : https://www.facebook.com/pickleandfig/timelineWebsite : http://www.pickleandfig.com/  Coffee SocietePublika, Block D4, Level G3, Unit 3A, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur 50480 Kuala LumpurNo Tel : 03-62115523Waktu Operasi : 8.30 pagi - 11.30 malamFacebook : https://www.facebook.com/CoffeeSociete/timeline  BAD Cafe By Wood & Steel B-G-10, Galeria Hartamas, Desa Sri Hartamas, 50490 Kuala LumpurWaktu Operasi : 10.00 pagi - 2 pagiFacebook : https://www.facebook.com/badcafekl/timeline  Garage 5151, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 46150 Kuala LumpurNo Tel : 03-56125618Waktu Operasi : 11.00 pagi - 11.00 malamFacebook : https://www.facebook.com/Garage51MY/timeline  Brew & Bread 10, Jalan Anggerik Vanilla M 31/M, 40460 Shah Alam, SelangorNo Tel : 03-51315201Waktu operasi : 8.00 pagi - 7 malamFacebook : https://www.facebook.com/Brew.n.Bread/timeline   LOKL Coffee30 Jalan Tun H S Lee, 50100 Kuala LumpurNo Tel : 03-20721188Waktu Operasi : 8.00 pagi - 8.00 malamFacebook : https://www.facebook.com/LoklCoffee/timelineWebsite : http://loklcoffee.com/ Antipodean Cafe20, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala LumpurNo Tel : 03-22820411 Waktu Operasi : 8.00 pagi- 11.00 malamFacebook : Antipodean CafeWebsite : http://www.antipodeancoffee.com/v2/  Real And Wholesome Coffee150 Jalan Ampang, 50450 Kuala LumpurNo Tel : 019-3138978Waktu Operasi : 7.30 pagi - 7.30 pagiFacebook : https://www.facebook.com/realandwholesome/timeline  The Red BeanbagA4-1-08, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala LumpurNo Tel : 03-62115116Waktu Operasi : 10 pagi - 10 malamFacebook : https://www.facebook.com/theredbeanbag/timelineWebsite : http://www.theredbeanbag.com/  

Lifestyle>Dining

Kopi Vietnam di Kuala Lumpur ( - )

 Kopi Vietnam sememangnya enak dan mempunyai keistimewaanya tersendiri. Semakin ramai yang menggemari kopi Vietnam. Rasa kopinya yang pekat begitu memikat hati para penggemar kopi. Tidak hairanlah kini Vietnam menjadi pengeksport kopi kedua terbesar di dunia selepas Brazil kerana mendapat permintaan yang tinggi dari seluruh dunia.  Kaedah penyediaan kopi Vietnam sedikit berbeza dan agak manual. Alatan yang digunakan adalah drip, penapis, cawan dan penutup. Serbuk kopi sebanyak 80-100 gram dimasukkan ke dalam drip kemudian ditekan menggunakan 'pressing tool' yang mempunyai lubang-lubang penapis serbuk kopi.  Sebiji cawan yang mengandungi susu pekat manis atau krimer diletakkan dibawah drip tadi. Air panas yang bersuhu antara 90-95°C dimasukkan ke dalam drip. Dalam masa 6-8 minit, titisan kopi akan keluar dan terkumpul di dalam cawan yang mengandungi susu atau krimer tadi. Kopi pekat yang terhasil akan dicampurkan sedikit air panas untuk kuantiti secawan kopi. Jika anda ingin menikmati kopi Vietnam, ada beberapa lokasi kafe restoran yang menyediakan kopi Vietnam. Di bawah ini ada berberapa lokasi yang sesuai di Kuala Lumpur , Selangor dan Cyberjaya untuk anda : O-BANH MI - Vietnamese Restaurant     33 Jalan SS21/56b, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor   No Tel : 03-77328540    Waktu Operasi     Isnin - Ahad 9.30 pagi - 9.30 malam   Facebook Page : https://www.facebook.com/obmMY/timeline KAFE VIETNAM       No 1, Jalan Puteri 4/1, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor   No Tel: 012-3015928   Isnin - Ahad 9.30 pagi - 9.30 malam   Facebook Page : https://www.facebook.com/kafevietnam/timeline  ANTIPODEAN CAFE      Facebook Page : Antipodean Cafe  Website : http://www.antipodeancoffee.com/v2/   Antipodean Bangsar   No 20, Jalan Telawi 2, Bangsar, Kuala Lumpur   No Tel : 03-22820411   Waktu Operasi :   Ahad - Khamis : 8pagi - 10malam   Jumaat - Sabtu : 8pagi - 11malam   Antipodean Tan & Tan  No 207, Menara Tan & Tan, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur   No Tel : 03-21610752   Waktu Operasi :   Isnin - Ahad : 7.30pagi - 5.00petang   Antipodean Mid Valley GE-011(A), Ground Floor, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra,    59200    Kuala Lumpur   Waktu Operasi :   Ahad - Khamis : 7.30pagi - 11malam   Jumaat & Sabtu : 7.30pagi - 12.00pagi      Antipodean Atria  G37 & GK1, Ground Floor, Atria Shopping Gallery, Jalan SS22/23, Damansara    Jaya, 47400, Petaling Jaya,    Selangor   Waktu Operasi :   Setiap Hari : 10pagi - 10malam  DU VIET RESTAURANT  - Vietnamese Cuisine      Website : http://www.duviet.com.my/   Facebook Page : https://www.facebook.com/DuVietGroup/timeline   Du Viet @ Uptown  41A & 43A, 1st Floor, Uptown 37, Jalan SS21/37,   Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor   No Tel : 03-77268101  Du Viet @ Pavillion  Lot 6.36, Level 6, Pavillion ,   168, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur   No Tel : 03-21484231     Du Viet @ KLCC  Lot LC401, Level 4, Suria KLCC, 50088 KL   No Tel : 03-21663630     Du Viet @ Sunway  Lot G1.45, Ground Floor, Sunway Pyramid,   No 3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150, Petaling Jaya, Selangor.  No Tel : 03-74920018 VIET - THAI CANTEEN        No. 6, Block E, Jalan GC 4 Glomac Cyberjaya, Cyber 12, 63200 Cyberjaya    No Tel : 03-83226986    Waktu Operasi : Isnin - Ahad : 9.30 - 21.30    Facebook Page : https://www.facebook.com/viet.thai.canteen/timeline   

Lifestyle>Dining

Kedai Kopi Hai Peng (Kemaman) ( - )

 Kedai Kopi Hai Peng sememangnya terkenal di Kemaman, Terengganu. Keistimewaannya terletak pada kopi dan seri kaya yang merupakan resepi adunan 'homemade'  turun-temurun keluarga.  Mula beroperasi pada tahun 1940 dan diasaskan oleh Wong Sang Hai. Restoran ini didirikan atas rasa keghairahan yang mendalam terhadap kopi. Kini, restoran ini telah meluaskan perniagaannya dengan mewujudkan serbuk kopi dan seri kaya buatan sendiri berjenama Sukiyang Coffee. Jika anda datang ke Kedai Kopi Hai Peng di Kemaman, jangan lupa untuk mencuba keenakan kopi yang sungguh beraroma dan 'kaw' ini. Anda juga patut mencuba tuna sandwich 'homemade', roti kaya dan French toast kerana ia paling popular di sini.   Alamat Restoran :PT 11283, Tingkat Bawah,Jalan Kubang Kurus,Taman Chukai Utama, Fasa 3,Kemaman, Terengganu.Tel: 019-915 0923 Facebook Page : Kedai Kopi Hai Peng

Lifestyle>Dining

Restoran Ngam - Thai Cuisine ( - )

  Jika anda melangkah masuk ke Restoran Thai Ngam, dekorasi dan suasana dalam restoran ini tidak banyak yang mampu menarik perhatian. Susun atus meja, kerusi dan bar di sini begitu ringkas. Tingkap cermin juga tiada hiasan langsir atau sekurang-kurangnya bidai untuk suasana yang lebih 'privasi'.   Namun, jangan menilai buku daripada kulitnya. Jika anda berkunjung ke sini dan merasai makanannya, anda pasti akan berpuas hati dengan hidangan istimewanya iaitu Mee Tomyam yang begitu 'kick'dan pedas.   Kesedapan Tomyam Siam memang tiada tandingannya. Asli, pedas dan pekat. Anda patut datang ke sini dan mencuba beberapa jenis menu utama seperti Mee Tomyam, Kepak Ayam Goreng dan Thai Fish Cake. Minuman di sini juga merupakan ala Thai di mana anda boleh merasai pelbagai jenis Teh dan juga menu pencuci mulut asli Thailand. Restoran Ngam 61, Jalan Maarof,59200, Bangsar BaruKuala Lumpur.Tel: 018-245 8297Waktu Operasi : 12 t/hari  -  9malam  (Isnin – Sabtu)Facebook Page  

Lifestyle>Dining

MY TOP 3 VEGETARIAN RESTAURANT IN KL ( - )

MY TOP 3 VEGETARIAN RESTAURANT IN KL I have been to many vegetarian restaurants in Kuala Lumpur. There are few good vegetarian restaurants and others are not so good for me. I would like to recommend my top three vegetarian restaurants in Kuala Lumpur. Radhey Pure Vegetarian Radhey’s Pure Vegetarian offers north and south indian cuisine with also Italian cuisines such as pizza, pasta and lasagna. I love to eat here because their vegetarian dishes are so delicious and does not make you feel boring while eating vegetarian foods. My most favourite dish from this restaurant is Paneer (cottage cheese) fingers coated fried and stirred in our specialty sauce. So tasty! You have to try if you drop by at Radhey’s restaurant. Address : No.1, Lorong Padang Belia, Brickfields 50470 Kuala LumpurTel No : 03-22725227 Radhey Pure Restaurant Paneer (Cheese Cottage) - RM12.90 Vegetarian Lunch Set Loving Hut @ Sri Petaling Loving Hut offers amazing vegetarian cuisine and anyone who want to start to live a vegetarian life, this restaurant will be your best choice to start. I love to come here because their vegetarian dishes is so delicious and full with nutrition. My favourite cuisines is Bean Curd Fish, Au Lac Salad Roll and Club Sandwich Address : 53-1, Jalan Radin Bagus, Bandar Baru Seri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, MalaysiaTel No : 03-90549657  Loving Hut @ Sri Petaling Bean Curd Fish The Origin Cafe & Restaurant The Origin Cafe & Restaurant  serves pure vegetarian food with fresh and quality ingredients without any animal content. Furthermore, they do not use onion and garlic in their dishes! They offers a wide range of tasty drinks such as flower tea, fruit tea, fruit juices, organic coffee and more. My personal favourite foods from The Origin is Asam Laksa and Cheese Rice. Address : 8, Jalan 1/67b, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, MalaysiaTel No : 03-42535388 or 016-2913000 The Origin Restaurant Asam Laksa Cheese Rice 

Lifestyle>Dining

Tanah Aina Azareena Restoran ( - )

Tanah Aina Azareena Restoran merupakan restoran steamboat dan seafood. Lokasi restoran terletak di Bentong-Raub, Pahang. Restoran ini merupakan salah satu rangkaian daripada rangkaian resort-resort Tanah Aina, iaitu Tanah Aina Farrah Soraya, Tanah Aina Farhana, Tanah Aina Fareena, Tanah Aina Farouq dan Tanah Aina Fahad. Pelanggan yang menginap di Tanah Aina Farrah Soraya selama 3 hari 2 malam akan berpeluang menikmati makanan malam atau tengah hari di restoran ini. Pelanggan yang datang untuk makan tengah hari secara walk - in juga dialu-alukan. Antara masakan istimewa di sini ialah Ayam Masak Nenas, Ayam Krispi, Kepah Kamheong, Sotong Goreng Telur Masin dan Tomyam Seafood.  Untuk Tempahan : 016- 9625335  

Lifestyle>Dining

MY TOP 5 BEST CHOCOLATE DESSERT ( - )

MY TOP 5 BEST CHOCOLATE DESSERT  Any dessert with chocolate in it, I will definitely try it. Chocolate is my most favourite flavour. Anything with chocolate, I will go crazy! I am sure that mostly everyone loves chocolate. Each time I visited any shop that sells dessert, i will only put my eyes on chocolate dessert. It is hard to not like chocolate desserts. Eating chocolate creates happiness in our life. I would like to share my top five best chocolate dessert that I ever tasted. Sizzling Brownies @ Acme Bar CoffeeAcme Bar Coffee serves amazing coffee and dessert. My most favourite dessert is Sizzling Brownies. Sizzling Brownies is a combination of brownies with a scoop of Oreo ice-cream on a hot plate. The best part, chocolate sauce is poured while the hot plate sizzles. It so delicious!! It really makes “mouth watering” Address : The Troika, Persiaran KLCC, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala LumpurTel No : 03-2162 2288Opening Hours : 11am to 1am Brownies Crepe @ Dip ‘n Dip BangsarDip ‘n Dip at Bangsar is one of my favourite dessert restaurant. They served amazing chocolate dessert and my most favourite is Brownies Crepe. Crepe stuffed with our rich chocolate brownies, then covered with the chocolate of your choice, or with all three chocolates. Address : 5, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala LumpurTel No : 03-22015052Operation Hour : 10am to 8pm (Mon to Sun) Tutti Frutti Waffle  @ Mad About CocoIf you are mad of chocolate, Mad About Coco is best choice for you. They serves amazing chocolate desserts that will melt in your mouth. My favourite dessert was Tutti Frutti Waffle because melted away by molten chocolate on top of it with banana and strawberry. Address : A1-1-9, Solaris Dutamas, No. 1, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur, Sri Hartamas, 50480Tel No : 03-2721 4890Operation Hour : 12:30-23:30 (Mon to Sun) Death by Chocolate @ Just HeavenlyDeath By Chocolate has three layers of chocolate goodness which are chocolate sponge cake, chocolate mousse and dark chocolate exterior. Address : S125,S126 &SK2, Second Floor, Bangsar Shopping Centre, 285, Jalan Maarof, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur,Bangsar, 59000Tel No : 03-2011 4866Operation Hour : Mon.-Sun. 09:30-22:00 Sinfully Delicious Devil's Chocolate Cake @ Marquise Pâtisserie ChocolaterieSinfully Delicious Devil's Chocolate Cake @ Marquise Pâtisserie Chocolaterie Address : G137 &138, Bangsar Shopping Centre, 285, Jalan Maarof, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur, Bangsar, 59000Tel No : 03 2011 7888Operation Hour : Mon.-Sun. 10:00-22:00 

Lifestyle>Dining

TEN BENEFITS OF EATING CARROTS ( - )

 TEN BENEFITS OF EATING CARROT  Increase your Eyesight Vision I am sure that you have heard this benefit all the time. Carrots will help to increase or improve your eyesight and reduce the chances of wearing spectacles. Carrots has high content of beta-carotene that transforms to Vitamin A in the liver. Beta-carotene also protect against macular degeneration and senile cataracts  Prevent Cancer Cancer is one of the most dangerous disease in the world. Eating carrots helps to reduce the chances of getting breast cancer (women), lung cancer and colon cancer. Carrots has falcarinol that acted as anticancer.   Slows Down Aging Carrots has high antioxidant to damage cell in our body which will slow down the aging.   Healthier Skin (Inside)  Carrots has vitamin A and antioxidant that acted as skin protector from the sun. Furthermore, it helps to prevent wrinkling, dry skin and blemishes.   Helps to Prevent Infections If you any cuts on your body, carrots can be use as paste on the wound. This will avoid any infections from damaging your wound.   Make your Outside skin Look More Healthier Carrots can be used as organic facial mask that makes your skin more glow and healthier.    Avoid Heart Disease Heart disease is the number one disease in the world. If we keep on eating unhealthy food that increase fat and it will create heart diseases. That is why we need to eat carrot everyday to reduce the chances to have heart disease. The carrots not only have beta-carotene but also alpha-carotene and lutein. Furthermore, it reduces cholesterol levels because the soluble fibers in carrots bind with bile acids.   Cleanses Our Body Vitamin A in the liver helps to wash away the toxins and reduce fat. The fibers in the carrot helps to clean out colon.   Protects Teeth and Gums Carrots can help us from getting teeth or gums pain. We do not have to go to dentist to get treatment. Carrots acts as toothbrush and toothpaste. It removes any plaque and food particles that stuck in our teeth.  Prevent Stroke Stroke is one the dangerous disease in the world. It can either cause death or paralyzed. Carrots can helps us to prevent stroke if we eat everyday or at least five times per week.   Lets make eating carrot as our everyday lifestyle. Carrots has a lot of benefits for us to prevent any diseases or other bad circumstances. Parents should start this lifestyle when their children are small so that it will become their habit to eat carrots on every single day.  Healthier Lifestyle Makes the Doctors Away!! 

Lifestyle>Dining

Please mark the position on the map that you want to search