Malaysia

| |
Category:
AllCar BeautyCar RepairCar AccessoriesOthers

Share:0

Like:0

View:1605

2017 Subaru Impreza

Selepas daripada pameran 2 model kenderaan konsep baru-baru ini, iaitu Subaru konsep 5-Pintu di Tokyo dan Model Sedan di Los Angeles, Fuji heavy Industries mengumumkan bahawa model 2017 Subaru Impreza akan di lancarkan pada acara 2016 International Auto Show yang akan datang pada penghujung bulan ini. Pada hari tersebut orang ramai akan dapat menyaksikan produk rasmi generasi seterusnya Impreza pada 23 March 2016, iaitu beberapa minggu daripada sekarang.Hanya terdapat satu gambar yang ditayangkan untuk tatapan umum ketika ini untuk model produksi yang mana memberikan gambaran pada bahagian hadapan model impreza terbaru ini, dan ianya kelihatan seperti model tipikal subaru yang biasa, dan tidak menyerupai model konsep yang kelihatan agak ekstrim sepertimana yang di pamerkan beberapa bulan dahulu, bagaimanapun ianya adalah amalan biasa untuk pengeluar berjenama.Impreza terbaru ini adalah model pertama yang menggunakan platform Subaru Global Platform, di mana ianya adalah 70- ke 100-peratus lebih kukuh daripada casis bagi model yang sedia ada sekarang dan juga 40- peratus peningkatan di dalam penyerapan tenaga hentakkan ketika kemalangan, Pusat graviti tengah yang lebih rendah boleh mengurangkan efek Bodyroll yang juga secara langsung mempertingkatkan pemanduan Handling bagi model Impreza iniSubaru konsep telah mampu membuatkan model Impreza terbaru ini kelihatan tampak lebih cantik dan kemas, dan harapan juga supaya beberapa ciri daripada model konsep yang telah di pamerkan dapat di ambil dan di terjemahkan ke dalam model produksi impreza nanti. Untuk model konsep sebelum ini, model hatchback di perkenalkan dahulu dengan warna luaran perak, manakala untuk model produksi, mengikut kenyataan keluaran akhbar, 2017 Impreza ini telah di reka secara baru sepenuhnya di dalam dan juga luaran, model “Update” ini mempunyai teknologi yang terbaharu dan ruangan dalaman yang lebih lebar dan luas dengan rekaan sleek new body design. selain itu, model ini juga akan di lengkapi dengan ciri signature subaru seperti Symmetrical All-Wheel Drive dan Sistem keselamatan yang telah diiktiraf Kedua -dua model Sedan dan model 5 pintu akan di umumkan dan ditayangkan pada sidang akhbar yang dijadualkan pada 12.20pm pada tarikh 23 March 2016 di pameran Subaru semasa acara 2016 International Auto Show di ikuti dengan ucapan daripada presiden Fuji Heavy Industries merangkap CEO, Yasuyuki Yoshinaga.Sumber : autoblog.com - paultan.org - subaru

Share:0

Like:0

View:2009

Lamborghini Models from the first to the latest

Lamborghini Models from the first to the latestLamborghini produces its first model in the year 1966 which is 350GT and its latest model in the year 2016 is Centenario. Years goes by and Lamborghini has became one of the hottest car in the world. The design and features has been main attraction of car lovers.350GT (1964-1966)*Image credit to starmoz.comSpeed : 254 km/hEngine : V12 3.464 litre400GT 2+2 (1966-1968)*Image credit to www.kidston.comSpeed : 249 km/hEngine : V12 3.929 litreMIURA (1966-1972)*Image credit to wikipedia.orgSpeed : 290 km/hEngine : V12 3.929 litreESPADA (1968-1978)*Image credit to bestcarmag.comSpeed : 245 km/hEngine : V12 3.929 litreISLERO (1968-1969)*Image credit to bestcarmag.comSpeed : 248 km/hEngine : V12 3.929 litreJARAMA (1970-1976)*Image credit to bestcarmag.comSpeed : 240 km/hEngine : V12 3.929n litreURRACO (1973-1979)*Image credit to bestcarmag.comSpeed : 230 km/hEngine : V8 2.0, V8 2.5, V8 3.0COUNTACH (1974-1990)*Image credit to bestcarmag.comSpeed : 305 km/hEngine : V12 4.0, V12 5.0, v12 5.2 litreSILHOUETTE (1978-1980)*Image credit to www.lamborghini.comSpeed : 260 km/hEngine : V8 3.0 litreJALPA (1981-1988)*Image credit to fi.wikipedia.orgSpeed : 234 km/hEngine : V8 3.5 litreLM002 (1986-1993)*Image credit to www.endurancewarranty.comSpeed : 210 km/hEngine : V12 5.17 litreDIABLO (1990-2001)*Image credit to en.wikipedia.orgSpeed : 330 km/hEngine : V12 5.7, 6.0 litreMURCIELAGO (2001-2010)*Image credit to lamborghini.comSpeed : 330 km/hEngine : V12 6.2 and 6.5 litreGALLARDO (2003-2013)*Image credit to lamborghini.comSpeed : 309 km/hEngine : V10 5.0, 5.2 litreREVENTON (2008-2010)*Image credit to en.wikipedia.orgSpeed : 355.98 km/hEngine : V12 6.5 litreAVENTADOR (2011-present)*Image credit to en.wikipedia.orgSpeed : 349 km/hEngine : V12 6.5 litreSESTO ELEMENTO (2012)*Image credit to en.wikipedia.orgSpeed : 352 km/hEngine : V10 5.2 litreVENENO (2013)*Image credit to cnbc.comSpeed : 356 km/hEngine : V12 6.5 litreEGOISTA (2013)*Image credit to paultan.orgSpeed : 325 km/hEngine :  V10 5.2 litreHURACAN (2014-present)*Image credit to en.wikipedia.orgSpeed : 325 km/hEngine : V10 5.2 litreCENTENARIO (2016)*Image credit to carbaySpeed : 349 km/hEngine : V12 6.5 litre

Share:0

Like:0

View:12275

Pengelap Cermin kereta - Getah VS Silikon

PENGELAP CERMIN KENDERAANGETAH ATAU SILIKONKegunaan penggilap cermin kenderaan ataupun Wiper adalah sangat penting digunakan untuk mengelap air di permukaan cermin pandangan hadapan kereta anda terutamanya air hujan yang menghalang pandangan, dan perihal mengenai wiper adalah sangat penting dan faktor yang tidak di ingini boleh mendatangkan bahaya semasa memandu sekiranya terdapat sebab yang menyebabkan penglihatan tidak jelas dan menghalang kelancaran semasa memandu.SILIKON ATAUPUN GETAH?Pada masa sekarang terdapat dua jenis wiper iaitu jenis yang menggunakan bingkai besi dan jenis Soft wiper yang menggunakan getah silikon sepenuhnya.WIPER JENIS GETAHMudah koyak, retak,reput atau melekat pada cerminGetah cepat keras sudah tidak elastik fleksibel lagi untuk menyapu air dari cermin keretaMasih ada garis-garis air tertinggal bila wipe.Perlu ditukar setiap 6 bulan sekaliMencalarkan cermin keretaWIPER JENIS SILIKONSilikon wiper ni mesra alam Lebih tahan lama berbanding pengelap getah (biasa)Silikon wiper dikatakan bagus sebab blade dia takkan jadi keras macam wiper getah bila dah lama pakai.Silikon wiper tak kan mencalarkan cermin kereta kerana dia jenis soft wiper berbanding wiper biasa dalam dia ada besi..Mengelap dengan lebih berkesan dan dapat mengelap dengan lebih rata cermin kereta andaIanya tidak mudah koyak, retak,reput atau melekat pada cermin depanSelalunya Silikon wiper ini dibuat penuh Tanpa tulang (Boneless Full Silicone) Mudah lentur dan ikut lengkungan cermin kereta andaSapuan air lebih dapat baik dan rataKalau hujan lebat, cermin kat depan tak kabur sangat macam wiper biasa..Tidak dipengaruhi oleh minyak, hujan, panaslebih smooth dan lancar pergerakan wiper tu.Kos efisien kerana tidak perlu kerap ditukar.PENJAGAAN WIPER KENDERAANTegakkan/ diangkat bilah wiper bila parking diangkat terutama sekali dalam keadaan cuaca panas. Ini kerana apabila wiper tersebut terus diletakkan di atas cermin tadi tindak balas suhu mengakibatkan bilah getah tersebut rosak dan menjadi tidak rata.Pastikan tangki pencuci cermin diisi air dan sedikit cecair pencuci (Wiper fluid) agar bila kita mengelap cermin menggunakan wiper lebih licin dan tidak merosakkan bilah dan cermin kereta anda.Selalunya cecair pencuci cermin biasanya didatangkan dengan bahan kalis air (water repellent) yang membantu pemanduan agar lebih jelas dalam keadaan hujan lebat. Tetapi.... Pastikan penggunaan cecair pencuci (Wiper fluid) tidak memberi kesan kepada permukaan cermin. Tetapi saya difahamkan ada gak jenis cecair pencuci (Wiper fluid) mengandungi peluntur ini boleh bertindak balas (side effect ) dengan getah atau silicon bilah wiper dan menyebabkan ianya menjadi cepat keras.Bersihkan bilah pengelap sekerap yang boleh sebaik-baiknya dalam seminggu sekali. Gunakan kain basah dan bersihkan dari kedua belah hujung sisi, wiper yang kotor biasanya akan meninggalkan kotoran berwarna hitam pada kain tadi. Bila mana kita terus gunakan wiper waktu hujan, dikhuatiri akan habuk atas ketulan pasir yang melekat pada getah wiper akan merosakkan permukaan skrin cermin dan boleh merosakkan getah wiper andaPENJAGAAN CERMIN KENDERAANSekiranya walaupun anda telah menukar ganti pengelap cermin kenderaan anda, akan tetapi jika tidak pernah mencuci atau tidak pernah di jaga cermin hadapan kenderaan anda pun akan menjadi kelam, kusam dan berhabuk dan seterusnya boleh menjejaskan pemandangan dan menganggu kelancaran pemanduan anda. Cermin yang tidak di jaga boleh merosakkan Wiper dan menyebabkan wiper anda perlu kerap diganti.Penjagaan skrin cermin kenderaan anda bermula dengan mencuci menggunakan sabun dan kemudiannya di bilas dengan air bersih dan lap dengan menggunakan kain lembut ataupun menggunakan kertas, di dalam bahagian dalam pula gunakan tisu, lap seluruh permukaan dengan rata dan bersih, hasilnya anda akan mendapat cermin yang bersih dan jelas. Masalah cermin kenderaan yang kerap berlaku selalunya adalah kesan karat yang tidak boleh hilang atau ada tanda bulatan di cermin dan permukaannya yang kasar dan susah untuk di hilangkan. Apa yang anda perlu lakukan adalah menggunakan Waxco Compounder. Bahan ini adalah pekat, anda perlu menuangkan ke atas span kemudian lap pada kesan di cermin tadi, sebelum di gunakan span tersebut perlulah didalam keadaan lembab supaya semasa menggilap, kesemua kesan kotoran senang di bersihkan

Share:0

Like:0

View:3350

Review - Toyota Prius Hybrid 2016

GENERASI KE-4 TOYOTA PRIUS HYBRID 2016Akhirnya baru Toyota mendedahkan secara rasmi model kereta ikon terbaru mereka iaitu 2016 Prius Hibrid Generasi ke-4 yang menjanjikan sebuah kenderaan penuh dengan teknologi terkini, lebih penjimatan minyak serta pemanduan dinamik yang akan terus menerajui segmen tersebut. Kereta hibrid merupakan pilihan terbaik masa kini untuk kelebihan penjimatan minyak dan pengurangan pencemaran udara. Toyota telah menerajui segmen kenderaan hibrid ini sejak hampir dua dekad yang lalu.Pengenalan model hibrid komersial pertama melalui model Prius pada tahun 1997 di Jepun dan tahun 2000 diseluruh dunia telah menjadi satu fenomena dan ikutan oleh pengeluar kenderaan lain. Sehingga Julai 2015, keseluruhan model Toyota Prius telah terjual sebanyak 5.2 juta unit mewakili 65.4% dari jumlah 8 juta kenderaan hibrid diseluruh dunia. Tidak dinafikan lagi bahawa Toyota Prius adalah model kereta hibrid paling popular dan berjaya.2016 TOYOTA PRIUS HYBRID GENERASI KE-4Toyota mendakwa, enjin Prius 2016, Generasi ke-4 ini lebih berkuasa, efisyen dan penjimatan minyak lebih 10% disamping penggunaan komponen dan bateri hibrid yang lebih tahan lama tetapi kecil dan ringan.Rekabentuk Toyota Prius terbaru ini pula jelas sekali amat moden dan "futuristic". Ia direka sedemikian rupa agar dapat mengurangkan rintangan dan geseran udara agar lebih efisyen. Casis barunya pula 60% lebih tegap dengan pusat graviti yang lebih rendah telah meningkatkan elemen kestabilan dan keselesaan.Dari segi aspek keselamatan, Toyota Prius 2016 ini dilengkapi dengan sistem terbaru dan terkini seperti lane departure alert, pre-collision system, dynamic radar cruise control, automatic high beam dan the Europe-exclusive road sign assist. Ianya juga kini lebih 60 mm panjang, 15 mm lebar and 20 mm rendah berbanding Prius Generasi ke-3. Ini bermakna, model baru ini menawarkan ruang kabin yang lebih luas untuk penumpang serta lebih ruang untuk bahagian bonet.Bahagian dalaman juga mendapat sentuhan baru dengan rekaan 'dashboard' yang moden, kemas, simple tetapi sangat mesra pengguna disamping penggunaan material yang berkualiti tinggi.Mungkin bagi sesetengah orang akan melihat rekaan Toyota Prius terbaru ini agak pelik dan janggal. Namun jika ianya di depan mata pasti mengundang tarikan. Terlalu subjektif untuk menilai. Adakah ini akan menjadi gambaran awal rekabentuk kenderaan masa akan datang? Kereta hibrid ini memang menjadi pilihan ramai namun oleh kerana tanda harganya yang terlalu tinggi telah menjadikan ianya sebuah kenderaan mewah yang hanya mampu dimiliki oleh golongan tertentu.Harga model kereta Toyota Prius sekarang ini adalah dalam lingkungan RM210K dan jika model terbaru ini memasuki pasaran sudah tentu harga akan lebih mahal.

Share:0

Like:0

View:5740

Pilihan Kereta Hijau - Elektrik VS Hidrogen

PILIHAN MODEL KERETA HIJAU (MESRA ALAM) ELEKTRIK VS HIDROGEN?Ketika pelancaran pertama Toyota Prius pada tahun 1997, ianya mendapat reaksi negatif serta kurang memberangsangkan. Kereta hibrid komersial pertama di dunia itu terus dikecam kerana menampilkan rekaan yang hodoh dan kurang cekap. Bukan sekadar harganya mahal malah alat gantinya juga mahal terutama bateri. Pengkritik menyatakan bahawa model ini tidak akan pergi jauh dan kemungkinan gagal dalam pasaran.* Keluaran Pertama 1997 Toyota PriusNamun setelah 18 tahun ianya dipasarkan, Toyota telah menjual hampir 5 juta unit model Prius serta kini sudah sampai generasi ke-4 dan menjadi model kereta antara yang paling laris di Jepun! Bukan itu sahaja, teknologi hibrid tersebut telah diguna pakai oleh hampir kesemua pengeluar utama kenderaan diseluruh dunia untuk model komersial mereka, Semuanya kerana faktor jimat minyak serta mesra alam.TEKNOLOGI KUASA HIDROGENToyota sekali lagi membawa satu lagi kereta berteknologi mesra alam yang terbaru dan terkini iaitu Toyota Mirai, kereta komersial pertama di dunia menggunakan sumber kuasa gas hidrogen. Ianya merupakan jawapan Toyota kepada kenderaan tanpa pelepasan pencemaran (zero emission) selain dari kereta elektrik. Ini adalah berikutan gas hidrogen akan bertindak balas dengan oksigen dan hanya menghasilkan air sebagai bahan buangan. Ianya amat bersih dan juga selamat.ANTARA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KENDERAAN HIDROGENMasalah utama kenderaan elektrik pada masa ini adalah pertama, jarak perjalanan yang agak terhad dengan purata jarak kurang dari 150km. Kedua, adalah tempoh masa mengecas bateri yang agak lama untuk kembali berkuasa penuh. Ada yang mencecah 8 hingga 10 jam! Namun agak berbeza dengan Toyota Mirai yang hanya mengambil masa 3 minit untuk isian penuh tangki hidrogennya dan mampu bergerak sehingga jarak 350km sebelum perlu diisi semula! Seperti juga ketika pelancaran Prius, Model Produksi pertama Toyota Mirai ini tidaklah murah harganya. Ianya dijual dalam lingkungan harga USD60,000. Jika masuk Malaysia, termasuk dengan cukai mungkin harganya mencecah RM500K! Toyota Mirai juga mempunyai saiz yang besar dan panjang serta beratnya hampir 2 tan.* 2016 Toyota MiraiNamun sudah pasti semuanya itu akan terus bertambah baik pada masa akan datang sehingga menjadi seperti apa yang kita lihat pada model Prius sekarang ini. Ketika pesaing-pesaing automotif lain sibuk bersaing dalam teknologi kenderaan elektrik, Toyota telah keluar dari kepompong dengan memperkenalkan teknologi yang berbeza. Hyundai turut serta mengikut jejak Toyota dan Honda juga sudah pasti akan turut serta.TEKNOLOGI KUASA ELEKTRIKTeknologi kenderaan elektrik juga sudah semakin maju. Tempoh mengecas kini telah ada yang berkurang sehingga purata hanya 4jam (ada yang kurang dari satu jam) dan jarak yang semakin bertambah dari masa kesemasa (Kereta elektrik Tesla S mampu bergerak sejauh 400 km!). Dalam tempoh 10 tahun lagi, tidak mustahil ianya akan mampu mencapai tahap yang diperlukan.Malah Nissan, sebagai pengeluar kenderaan elektrik komersial pertama dunia melalui model Nissan Leaf percaya bahawa teknologi elektrik adalah pilihan kenderaan masa depan. Alasan mereka mudah, "Sukar untuk mendapatkan kemudahan mengisi hidrogen berbanding elektrik yang ada di mana-mana!"Namun bukan semua sumber kuasa elektrik itu dapat mengecas bateri kereta dengan efisyen melainkan dengan kuasa 500 volt DC atau lebih pada 125 amps sahaja. keburukannya agak sukar untuk mendapatkan stesen yang menyediakan sumber elektrik berkeupayaan sedemikian.Nampaknya masalah adalah sama... Kedua-dua kenderaan mesra alam zero emission ini memerlukan persediaan infrastruktur terlebih dahulu sebelum dapat diguna pakai secara meluasKERETA HIJAU NASIONALPersaingan dunia automotif pada masa hadapan semakin mencabar. Arah tujuan teknologi kenderaan juga kini semakin menjurus kepada satu matlamat iaitu kenderaan mesra alam, tanpa pelepasan pencemaran atau zero emission. dan bagaimanakah pula dengan pengeluar kenderaan nasional? Adakah mereka sudah bersedia dan mampu untuk bersaing? Proton sudah bermula dengan projek Proton Electric Vehicle (EV) mereka dan diharapkan ianya akan dapat direalisasikan. manakala Perodua pula mungkin tidak mempunyai banyak masalah apabila pemilik dan pemegang saham utama mereka iaitu Toyota pasti akan menyalurkan enjin dan teknologi untuk mengeluarkan kereta Zero Emission ini.HIDROGEN, ELEKTRIK DAN PETROLApakah pilihan terbaik kereta mesra alam anda... Adakah hidrogen atau elektrik? Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangannya. Walaupun harga minyak akan jatuh harga, namun ianya tidak memberi kesan buat negara-negara maju untuk merealisasikan impian mereka iaitu "Zero Emission Vehicle at 2050!"CARTA PERBEZAAN DAN PERBANDINGAN TEKNOLOGIKenderaan FCEV - Fuel Cell Electric VehicleKenderaan BEV -   Battery Electric VehicleKenderaan PHEV  Plug-in Hybrid Electric VehicleKenderaan ICE -   Internal Combustion Engine

Share:0

Like:0

View:67044

Cara mengatasi masalah prestasi kenderaan anda

CARA MENGATASI MASALAH PRESTASI PADA KENDERAAN ANDA.Jika anda mengalami permasalahan prestasi kenderaan anda adalah berkemungkinan terjadi atas beberapa perkara dan faktor, untuk permasalahan yang agak umum seperti kereta kurang pick up terjadi kerana kemungkinan banyak puncanya, terutama bagi kenderaan yang telah lama digunakan dan telah berusia, selalunya anda perlu rujuk kenderaan anda pada mekanik berpengalaman untuk mengetahui apakah problem yang dihadapi oleh kenderaan anda. Sekiranya kenderaan anda terjadi masalah seperti kurang pick up yang memuaskan, kemungkinan ini adalah antara puncanyaMINYAK PETROLMinyak petrol yang digunakan tidak sesuai dengan enjinMinyak petrol yang digunakan tidak sesuai dengan enjin, Jadi ini bermaksud tidak semua kereta boleh menggunakan RON 95.  Periksa di penutup minyak anda atau buku manual kereta untuk tengok tahap minimum RON yang anda boleh guna.. Cuba RON95 dan RON97 dan lihat mana yang sesuai dengan keretaMINYAK ENJINPenukaran minyak hitam / enjin terlalu banyak, ataupun tidak sesuai ( terlampau pekat )Berkemungkinan semasa anda membuat penukaran minyak hitam enjin kereta dengan terlalu banyak (bubuh banyak sampai lepas tahap maksima), atau minyak hitam enjin kereta kurang sesuai -terlampau pekat, dan akan menyebabkan kelikatan pada enjin anda dan seterusnya mengurangkan prestasi kenderaan. sekiranya masalah ini di hadapi pastikan anda memilih minyak enjin yang sesuai dengan kenderaan anda.MINYAK RAWATAN ENJIN ( OIL TREATMENT )Sekiranya boleh, masukkan sedikit minyak Oil Treatment setiap 3 atau 6 kali menukar minyak enjinPernah tak anda semasa menukar minyak hitam anda membubuh sekali enjin bubuh Engine Oil Treatment? Sekiranya boleh, masukkan sedikit  Engine Oil Treatment setiap 3 atau 6 kali menukar minyak hitam.cukup hanya dengan setengah botol. tujuannya supaya boleh memberikan lebih perlindungan pada bahagian dalaman enjin dan selain itu juga dapat meringan dan melancarkan lagi pergerakan piston enjin turun naik dan dapat membuatkan kenderaan anda menjadi lebih lancar dan lebih pick up.SPARK PLUG Spark Plug sudah lama atau kemungkinan masalah pada suis plugCuba periksa spark plug  jika sudah lama. Berkemungkinan juga apinya kurang dan boleh menyebabkan pembakaran kurang efisien dan prestasi enjin kurang atau mungkin masalah pada plug cable . Ini juga boleh jadi punca bekalan spark kurang dan menyebabkan impak pada prestasi enjin kenderaan, seharusnya perlu di tukar Spark plug jika ianya lama tidak di tukar ganti dengan baru. PENAPIS UDARA ( AIR FILTER )Penapis udara yang kotor boleh menyebabkan perjalanan udara ke dalam enjin menjadi terhalang dan kurang banyak sehingga terjadi masalah seperti yang dinyatakan di atas. Banyak udara yang diperlukan oleh enjin untuk proses pembakaran dan sekiranya Penapis udara tidak di tukar, perjalanan udara yang masuk dalam enjin adalah kurang dan mengganggu proses pembakaran pada dalaman enjin anda, dan ini boleh juga mendatangkan impak pada prestasi kenderaan dan membuatkan masalah seperti kenderaan kurang pick up.KARBURATORBagi kereta yang guna karburator. seharusnya perlulah didalam satu tempoh yang agak lama untuk mencuci karburator kenderaan anda, kemungkinan ianya sudah terlalu tersumbat dan berkeladak kotor menyebabkan banyak enapan karbon... Karburator yang dipasang pada enjin kereta mempunyai satu alat yang dipanggil “acceleration pump” yang berfungsi untuk menambah aliran minyak masuk ke ruang pembakaran enjin dan meningkatkan kuasa dengan dengan pantas seperti ketika memecut untuk memotong kereta lain. Jika kereta terasa lembab biasanya alat inilah bahagian yang bermasalah.FUEL INJECTORJika kereta anda menggunakan Fuel Injection .. mungkin juga injector tersumbat. Ini juga boleh mengurangkan kecekapan enjin..  Jadi kenalah buat servis bersihkan injector dengan menggunakan Pressurized Fuel Injector Cleaner bagi  memberikan kelancaran semburan injector lebih baik dan sempurna.Seharusnya anda perlu membuat servis untuk membersihkan Injector dengan menggunakan Pressurized Fuel Injector Cleaner, ianya bagi membuang segala sisa karbon yang terdapat didalam karburator enjin kenderaan anda, Prestasi kenderaan akan meningkat sekiranya bahagian yang menghalang laluan oksigen dan minyak telah di singkirkan. Minyak yang di pam ke dalam enjin juga semakin bersih tanpa kotoran di dalam karburator.SENSOR EFISensor EFI yang kotor akan menyebabkan fungsi EFI kurang cekap.Sensor EFI kotor - selalunya hanya perlu di servis. sensor EFI yang kotor boleh menyebabkan fungsi EFI kurang cekap dan mendatangkan kesan pada prestasi kenderaan.PENAPIS MINYAK ( FUEL FILTER )Fuel filter kereta tersumbat . Fuel filter merupakan penapis kotoran dalam bahan petrol ( Filtering ).. jika sudah lama tidak di ganti mungkin juga menyebabkan aliran minyak masuk kurang efisyen..Mungkin anda tidak pernah menukar baru fuel filter itu yang dah bertahun tahun.. di mana kedudukan fuel filter ni? Sesetengah kereta anda harus cari di bawah kereta dimana antara tangki minyak yang bersambung dengan paip petrolMINYAK PEMBERSIH FUEL SYSTEMSelain daripada membersihkan penapis minyak anda juga seharusnya pada 6 bulan sekali perlu membubuh Fuel system cleaner  atau Injector cleaner di dalam tangki minyak petrol kereta anda. Isi minyak petrol penuh satu tangki kemudian bubuh pula Fuel system cleaner ..  Ini bertujuan mencuci dan membersihkan kotoran dan keladak-keladak yang terkandung dalam  fuel sistem kereta anda dari tangki minyak, piping, hose, masuk ke injector atau karburator sehinggalah ke ruang pembakaran..  Jika ada di lakukan pastinya akan membuatkan kesemua fuel sistem akan bersih dan memberikan prestasi kesan pickup kereta yang lebih baik dan lancar.IGNITION TIMINGMembuat Ignition Timing dengan menggunakan lampu Strobe Light.Ianya juga boleh mempengaruhi prestasi enjin kenderaan anda, antaranya adalah Tuning kenderaan anda sudah tidak optimum dan lari, Mungkin juga bacaan pada RPM adalah rendah dan juga tidak stabil, oleh itu enjin kenderaan harus di Tuning sedikit supaya prestasi kenderaan berada di dalam keadaan yang asal, Dalam proses membuat Ignition timing anda perlu menggunakan lampu Strobe ( Strobe Light ) * Lakaran dan Membuat Ignition Timing menggunakan Lampu StrobeKLAC PLATEBagi pengguna kereta transmisi manual, Antara sebab lain selain di atas yang perlu juga diperiksa ialah Klac Plate. Mungkin Klac Plate anda sudah haus, habis permukaan, dan menjadi nipis. sekiranya klac anda haus,sememangnya ia akan mendatangkan kesan pada prestasi kenderaan dan akan menjadi agak perlahan daripada yang biasa, seperti ketika kenderaan sedang mendaki, enjin anda akan bekerja lebih kuat daripada selalunya ataupun anda akan menghadapi kesukaran ketika mahu memotong kenderaan di hadapan.MINYAK GEARMinyak Gear atau minyak ATF kereta sudah kotor dengan kelikatan yang tidak betul menambah beban pada enjin. setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment... Ini bertujuan melembutkan lagi dan memberi perlindungan pada gearbox selain meringankan pergerakan VOLTAGE STABILIZERAda sesetengah orang memasang voltage stabilizer sebagai Penstabil Voltan untuk support elektrik pada alat elektronik kereta. Ini termasuklah kawalan minyak ialah injection dan computer box , dapat bekerja dengan baik tanpa beban elektrik yang berat supaya suntikan bahan api berjalan lancar tanpa gangguan voltan yang turun naik. Sekali gus menstabilkan pick-up keretaEKZOS KENDERAANSeluruh sistem haruslah diperiksa. Mungkin terdapat banyak sisa karbon extractor dan kemudian pasang tabung tengah. Bullet tengah kemudian di tukar kepada Muffler Straight Flow untuk menambah pick up dan prestasi kenderaan anda.Ada juga antara sesetengah orang tukar dari extractor dan pasang tabung  bullet tengah kemudian tukar muffler straight flow.. biasa kedai ekzos kereta mengatakan performance lebih responsif dan lebih lancar.SAIZ RODA / SPORT RIMSaiz roda atau Sport Rim terlalu besarJika terlalu besar ia akan jadi terlalu berat dan akan memberi kesan kurang pick up. Sebabnya tayar sudah lebar dari biasa, daya geseran tayar dan permukaan jalan pun bertambah, itu puncanya permulaan prestasi bagi kenderaan anda menurun dan kereta anda akan rasa berat ketika dipandu, seterusnya menambah beban pada enjin anda dan juga akan lebih kuat menggunakan petrol, kesan paling ketara adalah ketika melalui jalan mendaki atau pun menaiki jalan tinggi / berbukitTEKANAN ANGIN TAYARTekanan udara tayar yang rendah - juga penyebab beban berlebihan atau mungkin juga pajajaran kereta tidak betul.. Walaupun faktor ini tampak remeh, ini juga menyebabkan kita terasa kereta agak berat ketika memanduOVERHAULUntuk kereta lemah dari segi prestasi (underpower) apabila usia kereta sudah masuk 7 tahun  elok sahaja bagi dibuat overhaul. Simptom-simptom enjin yang memerlukan top overhaul seperti asap putih jelaga atau mungkin juga enjin ada kebocoran gasket

Share:0

Like:0

View:2941

Latest 2016 Cars That You Must Check It Out!!

Latest 2016 Cars That You Must Check It Out!!You all must check it out the latest car that will blow your mind away with its exterior and interior design.Honda Civic Sedan 10th GenerationWith a fierce new shape and distinctive cut lines, the all-new 10th-generation Civic has never looked better.For more info : http://automobiles.honda.com/civic-sedan/features.aspxVolkswagen The New TiguanWith its striking proportions, the new Tiguan exudes a powerful presence at first glance, wherever it appears. The upright front end, prominent wheel arches and distinctive sill elements underline the masculine SUV styling. Attractive design details complete the athletic look - and make an impression time after time.More Info : http://tiguan.volkswagen.com/Mazda CX-3 ~ Freestyle CrossoverMazda CX-3 has exquisitely sharp looks that suggest speed and sophistication.More info : http://mazda.com.my/Model/Mazda-CX3.Toyota RAV4 HybridBring tech, style and efficiency to all your adventures. With RAV4 Hybrid’s advanced innovations and Toyota's proven hybrid powertrain, you can make the most of any trip. And in addition to its great fuel economy, RAV4 Hybrid adds extra thrills with194 net horsepower and outstanding acceleration.More Info : http://www.toyota.com/rav4hybrid/#!/WelcomeLamborghini Huracan LP 580-2The real fun in driving this Lamborghini Huracan LP 580-2 when you realize that you are not just driving but acting like a driver. With new front and rear bumpers, exhaust pipes, rear grills and 19" Kari rims, the huracan's shape has never been so aggressive. Aeronautical in taste and this car is the purest expression of what can be created in Sant'Agata Bolognese More Info : http://www.lamborghini.com/en/models/huracan-lp-580-2Lexus RX 200tStrongly flared fenders contrast with the composed main form, expressing strength and mature sensuality through the three-dimensional form created by the undulations on the side and plan view. Fitted with all the well-appointed trappings of luxury, the RX Turbo is as compelling from the outside as it is awash with luxury inside the cabin. Under the hood, the RX Turbo’s 2.0-liter four-cylinder petrol engine revs to deliver an engaging performance.More Info : http://www.lexus.com.my/en/models/rx/rx-200t.html#introHyundai ElantraSwept-back, elongated headlamps and long, flowing character lines are signature elements of the "fluidic sculpture" design theme. The Elantra sets new standards in interior design, proving once again why leadership in compact car design has been the foundation of Hyundai's reputation. Elantra engines and transmissions boast major engineering improvements. They’re made of lightweight aluminum and incorporate such exotic new technologies as Continuously Variable Valve Timing for minimal fuel consumption and emissions and more power. Hyundai engineers were uncompromising in designing the Elantra's active and passive safety systems.More Info : http://www.hyundai.com.my/ModelsElantraInfo.aspx
Top Ranking
Please mark the position on the map that you want to search